Friday, May 30, 2008

Berseri Indah Bulan Purnama



Assalamualaikum wbt..sepi yang menjelma dalam hidup telah mula bertukar ceria kembali..sudahku katakan hanya masa yang dapat mengembalikan semangatku yang berderai..aku pun tak tau kenapa aku jadi longlai..mestikah berterusan begini? hidup mesti diteruskan walaupun apa jua rintangan melanda..aku masih berpegang kepada prinsip, gagal sekali or dua kali bukan bermakna akan tewas selamanya.. Insya Allah, jika tidak mudah berputus asa pasti ALLAH akan sentiasa memberkati perjalanan hidup kita..

Aku masih seperti dulu, keyakinan ku tetap utuh dengan satu impian..impian yang takkan akan aku kendurkan selagi 'sesuatu' itu tidak menjadi milik sesiapa..entah lah kenapa kali ini aku berasa sangat teruja..Namun dalam keterujaan aku terhadap sesuatu, aku rasa sangat bersalah kepada seseorang yang lain..Aku rasa sangat2 dan tak terucap, terzahir kekhilafan aku terhadap insan ini..berdosa rasanya menyebabkan dia berdukacita dan bersedih..Namun, hanya 1 ku pinta..kemaafan dari sudut hatiku yang sangat dalam ini..apa yang aku lakukan kepada dia untuk kebaikan dirinya dan masa depannya..Aku bukan manusia terbaik untuknya..hanya dia yang tahu betapa aku menyayanginya...tidak pernah terlintas untuk melukainya...juga tak terlintas aku nak membohonginya..aku lakukan ini untuk dia berfikir mencari yang lebih berkualiti dariku..entahlah!! Buat adikku..abg mohon maaf sekali lagi..

Dewasa ini aku mencari sebuah panduan untuk bekalan di masa depan..bukan setakat di dunia malahan bekalan di akhirat.. pensyarah2 ku berpesan jangan terlalu mengejar kebendaan sehinggakan terabai tanggungjawab utama kepadaNYA..hmm, muhasabah diri aku..sepanjang 2008 ini, pelbagai perkara yang terjadi menguji aku..cinta, kewangan, kerjaya dan pengharapan serta persahabatan mewarnai diriku..tidak semudah kita memberikan cinta, tidak sekukuh keluli pengharapan ttg cinta, tidak seteguh jati jalinan persahabatan, sehalus sutera ikatan kewangan dan sejernihnya air umpama pencarian kerjaya..aku tetap akan berjalan, melihat dan menafsir diri ini agar aku tidak terus hanyut dibuai mimpi2 lalu..

Kalau dah kena reject dalam cinta, apa yang perlu kita buat? jawapannya pasti pelbagai kan..jadi sendiri mau ingatlah hanya cinta pada ALLAH sahaja yang tidak pernah DIA reject..aku berpesan2 kepada diri aku agar aku dapat tebus kesilapan, kekhilafan dan kejahilan aku ttg perbuatan yang pernah aku buat..Wassalam..





2 comments:

ninot said...

uit...aku ok dunt wori... baguslah aku tgk ko dah makin ceria...keep it up!chaiyok!!huhuh

shazanateh said...

Happy happy selalu yeh ariep!!!