Monday, June 30, 2008

King of Europe!!

Assalamualaikum WBT & salam sejahtera..tak berapa sihat batuk2 sebab petang semalam makan keropok lekor banyak sangat kot..aku ada tonsil..so, pantang la kalau makan makanan yang gatal2 or berminyak..tapi, selalunya aku pantang tengok..huhuhu...kebosanan mula melanda aku..bila nak posting ek? aduh...soalan yang sering bermain bukan kepada aku sahaja, tapi aku yakin kepada semua kawan2 semaktab dan juga kenalan2 di maktab2 lain..pada aku, aku rasa sangat teruja nak mengajar kembali sejak aku tinggalkan alam jadi guru sandaran tidak terlatih (cikgu kontrak) Ogos 2006 lagi..

Masa praktikal? pada aku masa praktikal aku tidak mengajar sebenarnya sebab aku dalam proses pembelajaran mcmana nak jadi guru yang baik..proses pembelajaran for me tidak boleh dikatakan mengajar dalam konteks praktikal..apa yang boleh aku katakan, proses pembelajaran semasa aku praktikal adalah satu cara implementasi apa yang aku pelajari di maktab, dibantu dengan bimbingan guru pembimbing dan rakan2 seunit aku utk jadi guru yang ada fokus dan bermatlamat..Mengajar pada aku sangat berharga pengertiannya..Kadang2 aku hangat hati la kepada orang2 diluar sana yang kata aku jadi cikgu sebab takde kerja..pergh...kalau nak ckp biarlah berdasarkan fakta (buat la kajian perseorangan jangan buat persampelan dari semua yang ambil kpli)..

Tinggalkan bab-bab sekolah ni dulu, awal pagi ni, Spain vs Germany..Aku suka kedua2 pasukan ini..since aku dari kecil minat Jerman Barat (World Cup 1990) then, aku minat EPL since 1996 pun lepas aku tengok game Euro 1996 di England..Liverpool of course..the Red yeh!!! Aku paling tak suka Man Utd...geli je..hahaha..Pagi ni, aku pilih SPAIN juara..walaupun dalam hati aku ada Jerman..Euro kali ini aku tak layan la..maybe sebab England tak masuk kan..

Hmm, 2004 masa tu suku akhir England vs Portugal..kebetulan sekolah tempat aku mengajar tu ada wat Maulidur Rasul..so, malam sebelum majlis..(kami guru-guru) bergotong royong a.k.a rewang untuk kenduri (ms Teh, rewang bukan setakat maksud merayau2 k..hehehe)and as usuall kami guru2 lelaki yang bujang stay kat sekolah la sampai pagi esoknya..malam tu ada live..apa lagi Najib (mana ko skrg?) siap angkut TV layan bola sama2 sambil kami menjaga sekolah dgn beberapa org students..riuh rendah sekolah yang besar tu dgn suara kitaorang..wakaka..layan punya layan sampai last2 esok paginya kami balik umah, datang semula.. hahaha...datang masa orang berarak then masing2 tertidur dalam kereta..apa raa cikgu2 ni..kenangan tu..

p/s: Baju euro 2004 pun ada lagi..adidas..tahan beb baju adidas..4tahun relax je..nak cari la euro2008 punya baju..(ye ye ooh je..tengah kering sekarang..elaun dah tak masuk..tunggu jadi lepas 3 bulan posting la ye..) sengsara nya..kereta, personal loan, kad kredit? (agak2 genglah boleh ke wat personal loan or kad kredit kalau takde kerjaya yang mantap sebelum jadi cikgu ni ek?)

So, kpd mereka2 yang kata semua guru kpli takde kerja sebelum melangkah ke kerjaya ini adalah salah sama sekali!!buka minda..kami jadi guru kerana kami suka..kami taknak anak bangsa kami takde perpaduan, sesama bangsa bergaduh..penat tengok melayu2 bergaduh sebab politik..islam dgn islam bermasam muka..kami jadi cikgu nak pulihkan semua ini..mana termampu akan aku usahakan..Insya ALLAH...WASSALAM

2 comments:

ninot said...

Rip..Sepanyolllll menang..ahakssss YIPPPE!!!Hip hip HURRAYYYYY ;P
ntah bila nk pasang ntah..td baru mai, tp xotter lagi..heeee

AJ Style's said...

hahaha..torres score goal!! spain main cantik..one touch football..