Sunday, June 29, 2008

Kisah Hati Ada Dia

Berseri wajahmu bak puteri,
Ayu dikau terpesona mata,
Tertibmu indah tidak terperi,
Hati bergetar alam gempita,


Cantik berseri Sang Puteri,
Cuba mengalih tidak terjadi,
Sinar jelingan menyentuh hati,
Hati bergetar siapa peduli,


Jalanan ini ku tempuhi jua,
Walau tersirat seribu duka,
Hajat membara disiram hampa,
Kasih diberi tiada terima,

Kembalilah semangatku,
Buatku menduga,
Lautan asmara,
Kembalilah semangatku,
Buatku menduga,
Hatimu semula,


Lihat pada rembulan,
bersinar murni menerangi jalinan,
Selagi mendongak ada harapan,
Selagi mendabik ada sandaran,
Dan selagi rindu hangat membara,
Pastinya,
Kisah Hati Ada Dia....





2 comments:

nen said...

Mr.JKE,
ni lagu DELIMA..eh THE LIMA dlm Sepi tu ke?
Mcm best jek...Nyanyi Sket ;)

MoQuE said...

bukan..ni aku tulis la