Thursday, July 24, 2008

Berjalan, Melihat & Mentafsir...


Assalamualaikum Wbt & Sejahtera....

Menulis bagiku satu kepuasan..aku mengarang mengeluarkan idea2 yang seringkali aku fikirkan dan aku angan2kan..tidak terlintas dihati dengan menulis ini akan menjadi satu tarikan simpati daripada pembaca..namun kalau ada yang rasa penulisan ku macam sedih dan sentimental, sebenarnya tiada apa yang terjadi sebenarnya..biasalah penulis akan berimaginasi..sama ada imaginasi itu tulen ataupun karangan minda anganan penulis sahaja yang tahu..biarlah misteri dan hanya aku serta beberapa kenalan rapat sahaja yang mengetahuinya..aku tidak mahu dirinya dilabelkan sebagai 'penjahat' mahupun kejam...biarlah cerita sepi ku menjadi satu imaginasi yang tidak berpanjangan dan hanyalah rekaan semata2..


Penantian satu penyeksaan.. menantikan sesuatu jawapan dan kepastian adakala menyakitkan...adakala menggembirakan dan jarang2 penantian tidak meninggalkan kesan pada setiap individu..Jawapannya walau selama mana pun penantian itu ditunggu, ianya juga ada titik noktahnya...dan bercerita ttg penantian aku berkenaan penempatan sekolah rendah aku berakhir pada petang semalam secara tidak rasminya aku berjaya ditempatkan di SARAWAK..hahaha..Sarawak pun Malaysia ok..Tapi aku tak leh jadi bluehyypo? erk..hipokrit la..aku sedikit suam2 kuku gak bila dapat tau ke SARAWAK...seram2 sejuk pun ada wakakaka..tapi memandangkan ramai lagi rakan sekelasku dan rakan2 senegeriku yang akan berkelana membuka lembaran baru, mencari keberkatan rezeki yang ALLAH sudah tentukan serta insya ALLAH ada hikmahnya aku membulatkan tekad...berbakti dimana sahaja..INSYA ALLAH..aku yakin dengan rezeki ALLAH...

Sarawak akan menjadi destinasi pengembaraan ku yang terkini..bersama rakan2- Hazawi, Wan K.U, Samsol, Pokli, Omar, Zura, Ahlam, Suhaini, Wani, Pojie dan beberapa rakanku lagi...nasib baik ramai geng2 kamceng..sekurang2nya ada juga kenalan ke sana nanti..walaupun ramai ianya tak menjanjikan tempat yang sama..so berserahlah kemana selepas ni...Hmm, riak reaksi keluarga ku? alhamdulillah mereka dapat menerima dgn penuh positif..aku risau gak dgn ayah dan emak aku kelak..aku berdoa yang terbaik untuk diriku dan keluargaku...

Dia? dia dapat ke Sabah...jauh juga tu..walaupun tidak sepatutnya aku memikirkan lagi tentang dia, namun dia masih juga kawan ku..dan semalam setelah sebulan tidak bertanya khabar, dia membalas msg2 ku jua..alhamdulillah..harini juga begitu..aku tidak mengharapkan apa2 kejutan dari dia..andai ada jodoh aku akan terus setia menanti kehadiran cintanya..apa yang lebih penting aku mengharapkan dia fokus dan pandai jaga diri di sana..sememangnya dia gadis yang sangat kuat dan kebal..hahaha..susah aku nak tembusi hatinya...namun aku tetap juga degil untuk mencuba..rebah dan terguling pasti ku bangun semula..Gagal beberapa kali bukan bermakna akan gagal selamanya..

Kekawan yang lain Wan Besar, Kak Wan, Kak Yan & Kak Ju dapat N9...Melaka- Nira, Mai, Haidir... Johor- Rokiah & Izan..Pahang- Kak Ain..Sabah- Pae...Harap geng2 unit ku dapat menerima keputusan posting dgn tenang dan tidak berkecamuk mcm aku..hahaha..Nen, jangan lah sedih2 sis...dia kan gi kerja..hehehe..Bro Abg Long dapat Johor gak..rindu kat celoteh abg long...sayed dapat selangor..mate ko kena cari awek terkini la pasni...

Hmm, lepas ni bermula lah sekali lagi perjalanan kerjaya ku yang ke sekian kalinya..bermula dgn GSTT, Guru Sekolah Swasta, GSTT kembali, Logistic Planner & Parts Executive di Perodua banyak memberi peluang dan ruang untuk aku berjalan, melihat dan menafsir kehidupan aku..dan kini apabila bergelar guru kelak, aku berdoa agar dapat keberkatan dari ALLAH, kesihatan yang baik dan perubahan sikap dan sifat ke arah yang lebih positif, proaktif dan berdisiplin...begitu juga aku doakan kepada semua kawan2 ku 1 batalion KPLI IPRM ambilan JULAI 2007..semoga kita jadi warga pendidik yang berwawasan, yang bersatu padu membentuk anak bangsa kita ke arah MALAYSIA yang lebih baik dari masa ke semasa...pasni leh suruh Faizal wat gathering..aku leh booking hotel 5 stars la kan..masing2 dah ada duit..wakakaka...


p/s-confirm dapat sarawak dah ni sebab laman web KPM dah updated...huhuhuhu


WASSALAM..


2 comments:

Sufi Idany said...

Sejauh perjalanan yang kita lalui, sebanyak itu lah pengalaman yang kita kutip di sepajang jalan. duri dan onak di kiri kanan sepanjang perjalanan ini mengajar kita erti kecewa, terluka, sakit, perit, dan segala erti tentang hidup ini. lagi jauh kita berkelana, makin ramai orang yang kita kenal dan temui, banyak ruang utk kita perbaiki nilai diri kita sendiri. kekosongan bukan bermakna kita tidak punya apa2.... cuma kita kadang2 terlupa pada org lain bila hati dan jiwa kita terarah pada dia. harapan kita, impian kita cukup indah kan bila dia yang menjadi tunjang nya. pada hakikatnya, kecewa tetap milik kita... penantian satu penyiksaan tp jgn lupa tanpa penantian kita tak mungkin akan dapat apa yang kita impikan, dengan penantian kita belajar erti kesabaran. so.... teruskan penantian anda jika hati yakin mengatakannya. tanya hati kecil dan pilihan ada di tangan kita. gud luck!!! semoga bumi kenyalang bakal membebat semuanya. cinta sukar untuk dimilik tapi jika ia hadir untuk kita jgn menafikan nya....

ninot said...

bro...
harap aku kuat..aku ni nmpk je kua..tapi dalaman aku perghhhhhhh usah dikata..tmbahan lagi dpt berita cenggini..apepun ini semua cabaran...
insyallah semua ok..tnggu aku thun depan..aku itot kowang...:)