Friday, July 18, 2008

Berwajah Baru..tapi...?


Hentian R&R MACHAP Ke KEM KAIZEN NOV 2007

Assalamualaikum WBT & Salam Perpaduan,

Ahlamdulillah syukur masih dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki kita semua..Hmm, Layout blog ni dah bertukar dari hitam ke hijau..satu transformasi mungkin...dah terlalu lama kekal dgn warna hitam..jadi, perlukan kesegaran mata yang membaca..hijau menjadi pilihan..Kenapa hijau?Hijau melambangkan ketenangan dan aku suka warna hijau selain biru dan merah...

Lama tak menulis, sekadar copy & paste lirik2 lagu sehingga ada yang keliru..maaf sayed..lirik tu hanyalah lirik lagu dan sedikit sebanyak ada kesan dalam perjalanan kehidupanku..Jumaat lepas, aku ke rumah akak aku somewhere in Melaka..Actually dulu masa belajar di IPG, setiap minggu pasti aku ke umah akak aku ni kerna mak dan ayah aku pun mmg ada kat situ..selain dapat melepaskan kerinduan kepada ayah dan mak, aku leh melupakan sekejap masalah2 yang ada serta bermain dgn 2 orang anak buah ku ya
ng semakin meningkat usianya..comel mereka..Alang2 gi melaka, aku juga melapangkan masa untuk pergi berurut di kampung sebelah ayah aku..lama tak balik kg..hmm, selalunya hari raya je..masa raya je meriah sebab skrg ni umah di kg hanya tinggal makcik aku seorang sahaja..

Pulang ke kampung, ayah menunjukkan hasil tanaman tebunya..walaupun tak banyak tapi ayah kata dah ada pembelinya untuk bulan ramadhan..Alhamdulillah..Namun, aku rasa bersalah yang teramat, disaat usia ayah melewati 60an..ayah masih kuat bekerja..walaupun sepatutnya masa ini masa untuk dia beristirehat..aku juga rasa bersalah kerana aku masih belum sepenuhnya dapat menjalankan tanggungjawab aku selaku seorang anak..kerjaya ku masih belum stabil lagi..Insya ALLAH..sedikit masa
lagi aku janji aku akan tunaikan agar ayah dan emak aku akan lebih selesa lagi daripada sekarang..Anda bagaimana? dah tunaikan tanggungjawab dan peranan masing2?

Hmm, dah 2 minggu tak keluar dgn hazawi..masing2 sibuk..zawi selalu jadi PA kepada Hj Raya (ayahnya)..bagus la ko bro..tapi semalam oleh kerana dia dah bosan agaknya..dia ajak aku keluar untuk ke Maxis dan Celcom..nak cari internet broadband katanya..hahaha..nak YM dgn Teh la tu..hehehe.. tapi walau secanggih mana pun telekomunikasi di Malaysia tapi di kawasan tempat tinggal zawi masih tiada lagi liputan..(ceruk mana tu?)sedih je mamat ni..yang ada streamyx..tp dia taknak sebab takut posting nanti ditempat lain..penat je pasang..hmm, solutionnya aku dgn dia gi makan di HUTAN BANDAR..


Bersuka ria di Air Terjun Gunung Pulai..


Setahun berlalu, sekejap je masa berlalu..setahun yang lalu, aku berjumpa dgn rakan2 baru di sebuah IPG di Negeri Sembilan..Hmm,aku msg2 kawan2 sekelas..hepi anniversary pertama..hahaha..kelakar je..then aku wish juga kpd roomate, sayed & bro fauzi..lawak la bro fauzi msg.." bro, masa ni kita tengah dgr tazkirah di balai islam"...kenangan tu semua..dulu masa di UUM kenangan ini juga sama..sehingga kini aku masih contact dgn semua kekawan sekelas aku semasa di Pusat Matrikulasi UUM kelas 1.27.....yang terbaru jumpa dgn JAI di BTN..dia jadi pembentang kertas kerja & Fasilitator..One of my very bestfriends..

Politik?aku kira ramai ada pendapat masing2..just aku nak pesan kepada diri sendiri dan kekwan..janganlah sesama kita (1 bangsa, 1 agama) bergaduh dan berbalah sesama sendi
ri..yang rugi diri sendiri kelak..bangsa lain duk ketawakan kita..jangan perbesarkan isu yang tidak relevan..dah sampai masanya kita bersatu menjana bangsa kita yang dah semakin layu kerana duit dan kuasa..sedarlah pemimpin2 dahulu bersusah payah memerdekakan MALAYSIA bukan kerana mahu melihat kita bergaduh sesama sendiri..mereka inginkan negara kita bebas..bebas dalam erti kata lain ada jati diri, bantu membantu membangunkan negara..bersama2 membantu rakyat yang semakin hari semakin mengeluh kesan dari gelojak politik...bantulah rakyat seadanya bukannya bertikam lidah..Para pemimpin dipilih untuk jalankan tanggungjawab dan peranan masing2..bukannya janji2 kosong...mana yang salah perbetulkan..mana yang buat khilaf mohon kemaafan..mana yang bijak hulurkanlah bantuan..jangan pertikaian peranan masing2..INSYA ALLAH..Islam menggalakkan kita bertoleransi dan bersepakat..



Diatas feri ke Penang Island- Nov 2007


WASSALAM..

6 comments:

shazanateh said...

hohohooho..
i kecewa!!!!!

AJ Style's said...

teh,

kecewa tu pun satu anugerah..tapi berpada2 k..

Pengembara Lara said...

salam
Emm bagus ni dah tukar warna hijau ni,.. menarik dan nampak ceria sket dari hitam agak malap. Terskan menulis memang aku akan baca semua apa yang ditulis.Kalau ada masa tulis citer kampung hang ,,aku pun nak tahu juga macam mana kehidupan masyarakat selain daripada tempat kampung aku.

shazanateh said...

kecewa itu satu anugerah. tp sakitnya hanya Allah yang tahu. nak nak kalau orang yang menyebabkan kesakitan itu buat macam dia tak bersalah.

arip. aku perlukan korang untuk buat aku kuat dan happy macam dulu...

+cried.

AJ Style's said...

teh,

bila2 masa je u rasa nak meluahkan apa2 je ..aku n kekwan lain sudi je dgr..sediakan bahu sekali tau..insya ALLAH..pelan2..sedih dan sakit semuanya menduga kita untuk lebih dewasa dan bijak memilih...

AJ Style's said...

Pengembara Lara,
Insya Allah aku akan wat entry kg aku ek..hehehe..terima kasih kerna sokonganmu...