Tuesday, July 01, 2008

Kisah Hati Ada Dia II

Beransur tiga purnama,
Jejaka yang melayangkan cinta,
Cuba mengetuk jendela hati,
Transkrip lara tetap sama,
Lantas cuba untuk menghindari cinta,
Lari dari bayangan sendiri,
Lari dari derita jiwa tidak terperi,
Lari demi mencari penawar hampa,
Lari menyembunyikan apa terpancar,
Lari mengotakan azam dijanji,
Lari dan terus berlari,

Apakah dengan lari jejaka ini bisa melupakan,
Walau tiada kenangan terindah berdua,
Walau tiada senyum tawa berdua,
Walau tiada janji terkota berdua,
Selepas lafaz terlaksana...

Apakah dengan larinya jejaka ini bisa melupakan,
Sedikit kenangan terindah bersama,
Sedikit senyum tawa bersama,
Sedikit janji terkota bersama,
Waktu lafaz belum terlaksana....

Aku terbayang,
Andai Jejaka ini adalah diriku,
Mantapkah diriku dicuba derita cinta,
Kenyalkah hatiku dipanah asmara,
Kukuh impianku untuk bina mahligai bahagia,
Hilangkah sepiku seketika...

Aku terbayang,
Jika Jejaka ini adalah diriku,
Dan sememang akulah Jejaka ini,
Merentas masa menanti jawabnya,
Sepi ku terima tanda harapan,
Dan sememang akulah Jejaka ini,
Terus memberikan cinta,
Walau seakan tahu jawabnya,
Sepi itu tanda bahagia,
Dan sememangnya akulah Jejaka ini,
Terus berdoa Pada Yang Esa,
Kerna Yakin Pasti ada Jawabnya,
Kisah Hati Ada Dia...





p/s-Selamat Hari Lahir kepada Sayed Mahazan..Semoga Panjang umur, murah rezeki & diberkati perjalanan hidup ek mate..kek 2 tingkat ke ko potong? hehehe

1 comment:

shazanateh said...

jiwang jiwang!!!