Wednesday, July 30, 2008

Membara!!


Sid & Pokli (sama ke Sibu)


Assalamualaikum WBT & Salam Perpaduan,

Malam tadi aku tidak begitu nyenyak tidur..mungkin cuaca yang sedikit panas..berpeluh2 juga..hmm, disebalik tidak dapat lena dgn selesa, aku telah bermimpi..mimpi yang bikin aku bertambah panas..panas umpama api yang marak menyala..membuat debaran di dada semakin berkurangan..semangat aku kian membara..membara untuk memulakan karier ku sebagai seorang guru...

Dahulu, 11 tahun lalu..aku bercita2 nak menjadi usahawan yang kaya raya..sebab apa nak kaya raya? sebab 1 je..aku nak bantu mereka yang tidak berupaya..nak tolong anak2 bangsaku berjaya walaupun mereka tidak berkemampuan...aku nak jadi mcm Tan Sri Syed Mokthar..or Allahyarham Tan Sri Yahya ( meninggal sebab accident helikopter tu) usahawan bumiputera islam yang berjaya..itu cita2 ku 11 tahun yang lalu...

Namun, kini 11 tahun selepas itu, aku menukar anganan itu kepada sesuatu yang lebih realistik..kerna aku berasa tidak mampu menjadi usahawan...dan aku kini menjadi guru kerna nak merealisasikan tujuan yang sama seperti cita2 ku menjadi usahawan..walaupun aku tidak mampu menjadi usahawan, namun kini nekadku untuk melahirkan seberapa ramai usahawan yang berjaya, seberapa ramai ahli2 profesional yang berakauntabiliti serta nakkan semua murid2 ku nanti jadi insan yang berbakti utk dirinya sendiri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara..amin...

Memulakan sesuatu yang baru pasti sukar..namun, aku punya pengalaman yang baik juga untuk memulakan perkara yang baru..Berbicara tentang sesuatu yang baru, aku akan cuba untuk menerima hakikat bahawa di dia sememangnya tidak akan memberi ruang dan peluang untuk aku mencuba lagi.. Hmm, sedih je kan..namun tidak bermakna aku akan putus kawan dgn dia..hakikat yang sebenarnya aku cari disebalik kekecewaan yang aku rasa ciptaan ku sendiri..aku tetap sama..tidak akan melupakan dia kerna pada aku kalau kita meminati seseorang kita akan letak 100% ingatan dihati kita walaupun tidak bersamanya lagi..sama dgn semua wanita yang sebelum2 ni aku kenali..mereka masih 100% dihatiku..minatku tidak pernah berubah..mereka tetap istimewa dihati ini..cuma situasinya dah berbeza..



Selamat Bertugas!!

Semalam aku keluar dgn Hazawi dan Samsol ke Angsana..Sambar sehelai kemeja lengan panjang...terserempak dgn bekas2 pelajar ku yang bekerja disana..Layan Karaoke Box 15 lagu..wakaka..lepas gian..kami bertiga mmg suka menyanyi dalam karaoke box sahaja..kat luar2 tak nyanyi tau..tak caya tanya sayed mahazan..kan mate..hehehe..Sid pun datang..berborak2 cerita persiapan masing2..Sid dapat negeri sembilan..Then, satu je aku teruja Samsol kata, "alang2 kita ke Sarawak ni, takpelah kita kena hantar ke pendalaman..asalkan dapat balasan yang setimpal.."bermakna kata2 tu..hahahaha


WASSALAM


1 comment:

imaan said...

janganlah bersedih lagi sebab sebenarnya ada wanita lain yang lebih layak menerima cinta awak.