Tuesday, July 29, 2008

Ukhwah ini Pasti Utuh

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera..

Alhamdulillah masih lagi diberikan tenaga dan kesihatan pada pagi ini..Perjalanan kehidupan kita bermula sekali lagi pada awal pagi..seorang pelajar akan bersiap ke sekolah menuntut ilmu..
seorang ibu dengan penuh kasih sayang akan menyediakan sarapan untuk keluarganya tanpa disuruh..seorang isteri akan setia menyediakan persediaan untuk suaminya bertugas..seorang ayah akan bersedia untuk menghantar anak2 mereka ke sekolah..si suami juga begitu kasih bersama2 isteri melengkapkan permulaan hari yang berbahagia ini...semuanya ada tugas dan peranan yang sememangnya akan dilaksanakan..bila semua tahu akan tanggungjawab masing2 barulah dapat lahirkan suasana aman, harmoni dan saling memerlukan..

Aku tetap menghitung hari..confirm aku akan berlepas ke Sarawak (sibu barangkali) menaiki penerbangan pada jam 8.50 pagi 1hb Ogos di KLIA..berdebar tetap ada..ni adalah kali pertama aku menjejakkan kaki ke bumi kenyalang..walaupun sebelum2 ni aku pernah berjauhan ke utara namun tidak dapat mematikan debaran di hati..Insya Allah mungkin ini adalah perasaan normal untuk pertama kali bergelar seorang guru..mengajar adalah minatku..pedulikan apa yang "orang2" kata guru KPLI ini tidak berkualiti..orang baru mana nak ada kualiti yang tinggi..berilah peluang untuk kami belajar dan memperbaiki kelemahan dan seterusnya jadi yang berkualiti..aku pasti buktikan..doakan aku kekawan..


aktiviti di JPA3..angkat Puan Zha yang berbungkus tu..wakakaka..

Semalam seharian aku keluar berurusan dengan KWSP dan mengemaskini akaun bank..bersama2 Hazawi dan Faizal( sanggup datang ni dari Kluang)..Terima Kasih Faizal kerna datang berjumpa kami bakal2 ke Sarawak..Aku sangat menyanjungi semangat setiakawan Faizal..Begitu juga rakan2 yang lain..Cuba untuk bersama2 aku merasai pengalaman mendebarkan ini..ini membuatkan aku teringat kisah semasa aku di Pusat Matrikulasi UUM hampir 10 tahun yang lalu..di kala itu, kami seperti adik beradik..berat sama dipikul..ringan sama dijinjing..ke mana2 kami bersama..mcm isi dgn kuku..ke bandar Alor Setar bersama..ke Pasar Malam Changloon bersama2 naiki bas HBR..ke Padang Besar bersama2..gi Pulang Pinang juga bersama2..aku sangat gembira ketika itu..ada rakan2 sekelas yang prihatin..bukan setakat rakan sekelas sahaja..rakan sematrikulasi dgn ku juga baik..Wak(mana la ko gi ek?), Abone, Baha, Hafizi, Wan Melaka..

Semalam aku juga ke Jusco bersama Faizal dan Hazawi..sebelum tu singgah makan di Mamak berhampiran Giant Extra..Faizal lapar..huhuhu..dan kali pertama juga aku minum air bandung ada ais krim pastu ditaburkan dengan milo..huhuhuhu..mahu kena kencing manis ni..wakakaka..Faizal belanja..terima kasih..Di Jusco aku layan cerita cina RED CLIFF..kali ini ramai sket la yang layan walaupun aku rasa macam tengok wayang di HONG KONG sebab kami bertiga je melayu..tengok disini lihatlah betapa Malaysia ni harmoni..semua kaum dapat menikmati semua kemudahan..filem ni best..walaupun aku tertido setengah jam awal kerana terlalu mengantuk tp lepas tu aku layan..perang dan taktikal..tapi tgh syok2 layan..to be continued..wakaka..mcm LOTR la plak..best2..


Harini maybe keluar lagi..rasanya nak beli keperluan ke sana..tak banyak la sebab barang2 lama still ok..cuma blur nak bawa apa..nak gi kecilkan seluar..hehehe..dah kurus sket la..harap2 leh diet lagi pasni..baru ada awek nak..iye tak..huhuhu prejudis la..takpe lah..janji aku diet boleh sihatkan badan..

hmm, semalam aku pun dapat kiriman sms bertalu2 dari rakan2 maktabku..Wan Fauzana wat aku terharu lah..since she is my bestfriend kan..siap kalau boleh nak hantar semua kekawan sekelas yang ke sabah sarawak..takleh la babe..ko kan kena gi daftar juga 1hb ni..raya la jumpa, huhuhu..krim salam suami ko..dan semalam juga aku dapat berbalas kiriman dengan si dia..kawan tetap kawan walaupun permohonan lisan ku tak berjaya lagi..hahaha..nak kena hantar resume ke? takpelah..aku doakan dia selamat disana dan insya ALLAH bertemu lelaki idamannya..dan tentunya bukan aku..huhuhuhu..tapi ukhwah ini pasti utuh sebab aku sangat2 menghargai kawan2ku..



dulu2 aku rapat dgn dia mcm kawan baik..tp skrg tak lagi..huhuhuhu


ok, aku nak bersiap ke LARKIN..nanti aku sambung lagi ye..sebelum ke sarawak..


p/s- terima kasih Faizal siapkan gambar utk blog ni..cantik..buatla banyak2 lagi..wakaka..tq bro!!

No comments: