Saturday, September 27, 2008

Pulang Berhari Raya

Murid2 Pemulihan Tahun 2..mereka adalah harapanku..

Assalamualaikum WBT & Salam Ramadhan buat semua,

Alhamdullilah syukur kehadrat Illahi kerana masih memanjangkan lagi usia kita dan memberi kesempatan berpuasa di bulan yang penuh keberkatan ini..Aku kini berada di Sibu setelah bergerak dari Kapit petan
g semalam menaiki bot ekspress jam 2.15 petang semalam..Mood dan suasana raya baru je terasa..selama sebelum bercuti, aura nak raya tiada langsung aku rasai..mungkin situasi disini tidak seperti di semenanjung yang majoritinya orang melayu beragama islam..di kapit majoritinya masyarakat bumiputera yang bukan beragama Islam,,tapi itu bukanlah menjadi masalah kepadaku untuk mengajar..bak kata pepatah "dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung"...

Hari terakhir persekolahan semalam masih seperti biasa, cumanya ramai rakan2 yang dari semenanjung dah pulang bercuti pada hari Khamis..depa dapat CRK dari GB..so leh balik awal..hehehe..best gak tu..tahun dpn leh la minta CRK,,huhuhu..Ramai murid mengucapkan selamat hari raya kepadaku..begitu juga guru2..Perjalanan pulang ke kampungku bermula jam 145ptg..ustaz Aidil, menghantar aku, samsol & hardi ke Wharf(terminal) bot ekspress..Ustaz dia tak balik selangor..dia dah berkahwin dgn orang tempatan..cantik isteri dia..anak pun putih comel,,so, kalau aku takde calon orang semenanjung, hehehe..orang sini pun ok..(org semenanjung pun ramai yang jual mahal kan)..huhuhuhu


Mengajar Matematik!! huhuhu..murid2 ni lemah konsep regrouping!!

Dalam bot ekspress ni, (aku lupa nak amik gambar) aku duk di bahagian
First Class, Samsol di bahagian Bussiness Class & Hardi di Normal Class dan pastinya harganya berlainan..RM30, RM25 & RM20..kenapa duk asing2? masa beli tiket ni kami beli masa yang berlainan..ialah masa tu ongkosnya tak berapa nak ada, so mana yang ada duit dapat la beli dulu..yang lambat plak, terpaksa beli yang mahal sebab tiket dah sold out..di kapit ni ramai rupanya cikgu2 dari semenanjung dan juga dari luar kapit..jadi semalam penuh bot dgn kebanyakkan guru2..wah ramai gak guru2 yang cantik2..hehehe..sepanjang duk di sini, tak pernah jumpa dorang..hehehe

Bot ekspress ni mcm feri nak gi Langkawi ye kekawan, cuma bot ni memanjang dan tidak tinggi..ada aircond, tv (mcm dalam bas) sepanjang perjalanan aku sempat layan cite Rambo & Rush Hour 3..dan sepanjang perjalanan juga aku ber sms dgn zawi, teteh, mardiah..hehehe...zawi pun otw kuar dari hutan..dia balik ahad dgn pojie dan pastinya aku percaya NEN adalah insan paling gembira dgn kepulangan Pojie..hehehehe..Nen, nyanyi lagu Aishah-kepulangan tau..sambil tunggu Pojie di Senai nanti..hehehehe..tangkap syahdu gile..wakakaka..

Sampai je di Sibu, check in di hotel..hotel buget je..then gi bazar ramadhan..pergh..dah lama tak makan sesuatu yang mengikut hawa nafsu..wakakaka..bleh ke ckp macam tu? akhirnya aku beli nasi beriani, air pandan selasih & sotong bakar pedas...nyum3x..bertambah la berat aku semula..takpe..bukan selalu dapat peluang seperti ni..balik ke hotel dan buka puasa bersama2 dgn samsol, hardi & ahmad..lepas solat magrib, kami ke SANYEN..jejalan shopping complex disini plak..besar juga dan banyak jualan murah...aku tak berminat nak beli apa2..just jalan2 belikan barang2 yang makcik aku krim..pencil case yang manik2 tu..dgn pen sarawak wat sourvenir kawan2 n famili di jb..baju anak sedara aku yang dua beradik pun aku tak dapat cari..takpe nanti cuti akhir tahun, Pak Ngah carikkan ye..hehehe..


Alias- Salah Seorang Murid aku yang beragama Islam-suka dia dapat duit raya dari aku!!

Untuk makluman semua pada 23hb yang lalu, kami di Sarawak kebanyakkan bahagian telah menerima gaji..Alhamdulillah syukur!! Rezeki yang ALLAH beri tidak putus2..alhamdullillah lega..at the same time, aku terima pos laju kad kredit yang keempat..kali ni E*n B**K, tak sangka masih lepas lagi..huhuhuhu..bleh la guna time2 terdesak kelak...lagi 3 kad aku just nak bayar je tunggakan2nya..duk kapit bukannya bleh guna kad kredit..leh la aku menyimpan dan yang paling penting membayar semua hutang2ku yang bukan keliling pinggang ku lagi, ni dah tahap berkali2 pusing ini pinggang..wakakaka...


Sambung cerita membeli dan belah ni, hehehe..jejalan lagi, makcik aku nak krim kain batik sarawak..melilau la aku mencari dari sebuah kedai ke kedai ke kedai yang lain..(banyak sgt ke kedai..mmg banyak kedai pun aku singgah)..akhirnya berjumpa..cun la tu, kalau kawan2 kawin ke leh la aku hadiahkan kain batik sarawak..ooppss, ni bukan kain batik sarung k..ni kain utk wat baju kurung tau...penat berjalan kaki, singgah di McD..lama tak makan di sini..lepak sambil makan sundae coklat..Tiba2 Wan K.U call, hehehe sian dia sekolah dia Isnin dan Selasa ni kena gi sekolah sebab dia sorang je Islam..dan sekolah dia tak amik cuti ganti..dasyhat sungguh..nasib baik wan k.u tak balik kelantan beraya..dia beraya dgn ahlam di rumah abg ahlam di Kuching..huhuhuhu pastu lagi sadis wan k.u ni baru jatuh motor..dia kata luka teruk gak ditangan n kaki..harap ko cepat sembuh wan..takpe ko P3,
so elaun pendalaman ko besar..harap2 dapat mengubat sakit di tangan n kaki ko..gaji ko besar ma..hehehe..

Usai sahaja membeli dan belah, kami pulang ke hotel,aku ni dah flat gila tapi memandangkan ada wireless ku gagahkan jua mata ni untuk meneruskan perjuangan melayari internet smpi kul 2pagi..ni pun lepas subuh aku tak tido..huhuhuhu gian beb..kat kapit tak selalu surfing dalam suasana aman dan tenang..wakakaka..


Bilik Guru yang besar & macam office dah..siap ada partion lagi..

oklah, geng..nanti aku sambung semula ya..satgi aku nak jumpa salesgirl perodua..kereta kedua aku telah selamat didaftarkan di Sibu ni..nanti pas raya akan dinaikkan ke atas tongkang untuk dibawa ke Kapit..aku beli kancil 660 je..paling murah..tiada aksesori cuma ada aircond je..satgi nak minta salesgirl bawa gi kedai tinted dan masuk alarm serta radio..amik aksesori yang murah2 je..nak tau no plate kereta baru? QS*6994...hehehehe..kalau dapat 6996 kan best..miss lagi 2 no je..

Flight aku dgn samsol jam 425 petang ni..so aku akan update lagi malam ni di jb..rumahku syurgaku..JB tunggu aku!!! (mcm kl menjerit la plak!!) wakakaka..

p/s-adakah menyepi itu langkah yang terbaik? buangkan egomu..ingatlah janji2mu.."sekali berkawan, selamanya akan berkawan"....


1 comment:

nen said...

bro...
heheh dh selamat smpi ko kat jb kan?
cmne?terubat rindu ko?hehehe..
salam lebaran bro