Tuesday, September 02, 2008

Salam Ramadhan Al Mubarak

Zawi
Zawi & Pojie
Aku, Pojie & Zawi

Aku


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,

Syukur alhamdulillah..ALLAH masih memanjangkan usia kita semua untuk bertemu sekali lagi dengan bulan penuh keberkatan dan kerahmatan.. Aku juga bersyukur setelah sebulan berada di Sarawak ini semuanya berjalan dengan baik..syukur..


Pandangan Belakang- Aku, Pojie, Samsol

Setelah kembali dari Miri, Samsol lepak di rumah guru bersama2 aku..kira kami masih lagi menumpang di rumah Ustaz Aidil yang sangat baik orangnya..Ustaz ni baru 30tahun dan dialah orang pertama aku ketemu disini..dia tak tinggal di quarter tu..sekali sekala je..sebab dia warden asrama..dia orang Selangor tapi dan berkahwin dengan orang sini..hehehe..aku nak kawin dengan orang Sarawak kah? hehehehe...


Naik je cuti tempohari aku telah ambil alih tugas guru pemulihan dari Cikgu Lini..Cikgu Lini ni muda lagi baya Pae..tapi sekarang dia balik KL..cuti bersalin..hehehe..Kelas pemulihan aku berjalan seperti biasa, cuma aku perlu agresif sket menyelesaikan kerja2 pengurusan kelas ni...data2 murid kena updated...semuanya lah kena updated..so, aku kira bermula dari minggu ini sehinggalah cuti raya aku bz dgn kelas ku ini..
Awek Cun- Noreen, Zawi & Aku

Student2 kelas ni ramai..sebab skolah ni besar..then tak wat pembahagian kelas ikut kepandaian murid2..so kelas 2 hujung ni ramailah yang masih tidak tahu membaca dan menulis..walaubagaimanapun, aku nak wat ujian saringan, diagnostik semula..sebab apa perkiraan aku yang masih tahap amatur ni, ada di antara mereka yang sudah boleh menulis dan membaca..


Aku nak juga ucapkan salam kemerdekaan ke 51 kepada semua...Seperti biasa aku berdoa negara kita aman, damai dan sejahtera tanpa ada pergeseran..dan aku sangat2 berharap orang melayu/ bumiputera terutamanya yang beragama islam memahami hak mereka..jangan sampai sanggup gadaikan kepentingan diri sendiri dengan melelong hak2 kita sewenang2nya..

Bulan Kemerdekaan yang lalu di peringkat sekolahku, aku ditugaskan membaca teks ucapan dari Menteri Pelajaran..hehehe..tapi aku rasa masalah pertuturan menyebabkan budak2 kurang faham apa yang aku bacakan..hehhehe..

oklah, geng berhenti setakat ni dulu k..nanti aku sambung kembali..


WASSALAM...


p/s- dia dah tak reply sms lagi..apa maksudnya? hehehe...

2 comments:

nen said...

bro,
cantiknya gmbr matahari tu..
rinduuuuuuu siiiootttttt kat korang...nk join ronggeng gak...
lagi 27 hari lagi bday aku...
tp, si dia takde kat sini :(
sedihhhhhhhhhhh!!!

Anonymous said...

dah tak lama dah ek birthday ko nen, skejap je rasanya stahun..takpe nanti cuti sekolah leh sambut dgn si dia k..ko sambut la dgn famili ko dulu k..dorang lagi sedih kalau ko sedih..hehehe..

p/s- kat sini takde secret recipe la babe..hahaha..kek carrot best!!

AJ