Sunday, October 05, 2008

Edisi Raya Part 4- Kembali Ke Kapit

Geng Futsal KPLI IPRM

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,

Rasanya harini sudah ramai yang kembali ke rumah masing2 setelah berhari raya bersama keluarga di kampung halaman..Aku salah seorang daripadanya..Hmm, rasa ada peningkatan motivasi..menatap wajah2 orang yang aku sayangi membuatkan aku rasa lapang..melupakan segala apa yang sering berselirat di mindaku ini..anugerah mempunyai keluarga yang bahagia membuatkan aku kuat untuk terus berjuang di jalan yang diredhai ALLAH..semoga kawan2 juga seperti itu jua..


Setelah masuk hari kelima berhari raya, semestinya kita telah dihidangkan dengan makanan yang enak2 belaka..ketupat, lemang, rendang, beraneka jenis kuih2 raya & kek2..tiba lah masanya untuk kita kembali menyihatkan badan..ni aku berpesan2 untuk diriku juga..sejak 2 bulan ni ada penurunan berat badan aku..aku nak maintain lagi menggurangkan lagi..hehehehe..boleh ke? Insya ALLAH boleh...


Gaya Profesional Tak? Huhuhu


Aku naik bot ekspress sat lagi jam 930pagi..sekarang ni duk2 saja mengadap tv dan laptop ni..kat kuar dah terang benderang..lain rasanya dengan JB..hmm, takpe perlahan2 la pasti boleh membiasakan dengan kehidupan di sini..Naik sekolah ni macam ada banyak perkara yang perlu aku bereskan..aku rasa naik ni mmg sedikit sibuk..then, aku kena membantu mengajar PROTIM darjah 6 lagi..huhuhu..takpe la, aku nak cuba juga sesuatu yang baru..nasib baik tak menganggu jadual kelas pemulihan aku...berkorban la sebulan ni..Niatku ikhlas membantu mereka yang tidak bernasib baik ni..Insya ALLAH, kalau berjaya aku tak rugi apa2..yang penting murid2 ni dapat mempelajari apa yang mereka ketinggalan...

Hmm, baiklah..nak berkemas jap..maybe pasni update blog seminggu sekali kerana di kapit line internet mungkin perlahan & kesibukan yang bakal aku lalui..

WASSALAM


p/s-misi mencari sesuatu yang hilang bermula semula!!! yeah!!


1 comment:

Anonymous said...

bro...
aku dah tukar ke wordpress tau.
kang tkr link aku okeh..
lama xupdate?

-nen