Saturday, November 22, 2008

Mencari Teman




Assalamualaikum WBT & Salam Perpaduan,

Acapkali kalau aku dilanda kebosanan atau masa terluang, aku kerap melihat kembali semua gambar2 semasa di maktab..bukan apa, selain dapat menghilangkan rasa bosan aku boleh muhasabah diri sendiri hanya dengan menatap gambar..pelik bukan..hehehe..lain orang lain caranya kan..kenapa gambar maktab? ialah masa di maktab ini lah banyak bergambar dan ada softcopy..masa di UUM pun banyak juga gambar namun ianya berbentuk hardcopy..dalam album..berat tu nak bawa kat Kapit..huhuhuhu..Ada apa dengan gambar? Macam2 makna yang tersurat dan tersirat dapat dirungkai dengan hanya menatap sebuah gambar...



Geng 10 Kapitan- dari kanan: Arief, Samsol, Zaidi, Wan, Asni, Zajib, Zairi, Faizal, Amran & Aswad

Apabila menatap gambar2 ini, aku rasa kan masa cepat sangat berlalu..sangat2 cepat..adakah aku antara tergolong orang yang rugi? harapnya tidak..cuma betullah kata orang..bila diri kita semakin dewasa masa akan cepat meninggalkan kita..demi masa..harap aku tidak lalai dan leka dibawa arus masa..begitu juga dengan kawan2..aku berpesan2 kepada diri sendiri dan juga kawan2..

Bersama cikgu Charlyn

Aku mulakan dengan cerita di Kapit la..Pekan Kapit merupakan sebuah pekan yang sangat tenang..jauh dari kesibukan yang teramat..pekannya kecil sahaja..tak la besar sangat..aku lupa nak ambil gambar..namun apa yang best di sini, kadar berlakunya jenayah amat rendah..masyarakat disini hidup dengan aman damai..huhuhu, majoriti iban..ada rumah panjang..tapi kebanyakkannya dah moden..kalau hari Sabtu dan Ahad, pekan kapit akan dipenuhi segenap lapisan orang kerana mereka akan ke pasar membeli keperluan harian..bukan setakat penduduk di pekan kapit sahaja yang datang, masyarakat dari kawasan2 pendalaman dan berhampiran akan turun juga dengan menaiki bot dan perahu panjang membeli belah dan menjual hasil tanaman atau ternakan..pernah aku berjalan di kaki lima dan tanpa aku sedari aku berhenti di kedai yang menjual ikan, sotong dan disebelahnya jual ba alif ba ya...nak termuntah pun ada masa tu..busuk gile..dah la warna pink dgn kepala diatas meja..muncung ke atas...pergh!!!


Bersama cikgu Mady, Cikgu Chanra & Cikgu Wan

Disini, masyarakat iban nya sangat peramah..aku banyak mendengar cerita cikgu Edwin..dia ni orang iban..dia banyak memberitahu hal2 yang berkaitan kapit dan adat resam budaya masyarakat disini..so, apa2 hal aku banyak bertanya kepada dia..disini kan kalau ada function, mesti ada karaoke..orang sini kata berlagu...aritu masa majlis perpisahan tahun 6 n jamuan guru pun ada berlagu..aku nak nyanyi tapi malu la..wakakaka..dan ada 1 lagi yang selalu dibuat namun off record la..hehehe


Presentation Kumpulan-Skema sey!!

Waktu makan tengahari aku selalu makan di restoran islam kat sini..kalau nak ikutkan hanya ada 3 buah je restoran islam..bab makan, terimalah seadanya..tak boleh dibandingkan dengan masakan di semenanjung..namun apa yang boleh dikatakan, sedap lah juga..aku jarang masak sendiri..sebelah malamnya aku dan rakan serumah makan di Open Air(medan selera terbuka)..pun masih jauh nak dibandingkan dengan disini..dan kena terima perubahan ni..kadang2 tengah makan, anjing lalu..pergh..jadi tak selesa la pulak..


Group Camry- Aku, Mady, Diana, Kak Isma, Megros & Wan..(Warrant tiada dalam gambar)

Disini juga aku dapat ramai kenalan baru..tambahan pula 27hb oktober lalu, kami guru-guru pemulihana bahagian kapit diberikan kursus E-ReEM..so, berkumpulan kami seramai 54 orang guru2 pemulihan kapit..kami terdiri daripada opsyen pml kpli, ada juga kpli kdc dan juga beberapa guru yang bukan opsyen..perkenalan ini menambahkan kecenderungan untuk menjadi lebih baik..kami bertukar2 bahan, pengalaman dan cerita kerana kami datang dari serata ceruk bahagian kapit yang sebesar negeri Pahang ni..ada yang memang sekolahnya pendalaman jenis ketiga, kedua dan pertama..majoritinya orang sarawak sendiri..wah..mendengar pengalaman mereka sangat mencabar..aku juga sokong guru tempatan yang mengajar anak tempatan di sini..bukan guru dari semenanjung tidak mampu, boleh tapi ambil masa sedikit kerana kekangan bahasa untuk berkomunikasi..tapi alah bisa tegal biasa..insya ALLAH kita rakyat Malaysia seharusnya mampu membantu sesama kita...


Bersama Cikgu Mady & Cikgu Diana

Masa kursus kami dikehendaki menyiapkan folio dan juga ada presentation..huhuhu...kumpulan aku terdiri daripada 7 orang..aku, wan, warrant, diana, mady, megros dan juga kak isma..aku sorang je mengajar di kawasan luar bandar..yang lain pendalaman..mcm diana nak ke sekolahnya kena naik perahu panjang..3jam..lengguh pinggang...kosnya pun mahal..tiap2 minggu keluar beli stok makanan..warrant pula kena naik perahu n hilux..sama juga macam mady..dia pun kena naik hilux..kalu ikut sungai mahu 9 jam perjalanan..waduh!! kak isma pula kena lalu pusaran air di Pelagus..tau tak kawan2 pusaran ni telah banyak meragut nyawa..bot pun karam..baru2 ni seorang guru besar mati kerana terjatuh dari bot lalu ditelan pusaran..huhuhuhu..cabaran tu..kata orang tempatan dalamnya pusaran ni 17tingkat bangunan..mak aik..


Bersama Cikgu Mady-Tugasan Berkumpulan..

Apa2pun inilah cabaran guru-guru di pendalaman..aku salute keberanian mereka..tak semua orang ada pengalaman tersebut..aku sendiri rasanya tidak berkemampuan untuk membayangkan tempat2 seperti mereka..hehehehe..oklah nanti aku sambung lagi...


Bersama Cikgu Jaq- paling muda..hehehe..macam rasa ada adik perempuan plak dah!!


WASSALAM...

p/s- Indahnya Berteman!!

3 comments:

Azwani Shaari said...

Wahh abg ariep.. rajin2 lagi updet tau dah cuti2 skolah ni..nevesnyaaa nak tunggu posting.. huwarghhh

saifulazrul said...

Update Pun Ariep!

Bila nak mai KL? Kalau nak mai call la. Ada rezeki boleh jumpa...

Anonymous said...

bro...den dh pulang...syokkkk woooooooo
hehheheeh salmat bercuti, manfaatkan betul2 okay :)
-nen