Thursday, November 27, 2008

Teman Terulung


Assalamualaikum WBT & Salam Muhibbah,

Pernah satu ketika dahulu, rasanya penghujung tahun 2005..Ketika itu aku telah pun ditamatkan kontrak menjadi GSTT..Ketika bulan Ramadhan dan aku sedang menjadi penggangur terhormat..Sedang aku terlena di petang itu, aku dikejutkan dengan deringan lagu dari khidmat sistem pesanan ringkas (SMS).. " Cikgu, A*na lari dari rumah cikgu..Tolong cari dia cikgu.." Dalam antara sedar dan mengantuk aku sedikit terkejut..Budak A*na ni tidak ada kerja lain ke? lari la di padang sekolah ke..tak pun di balapan ke..ni dia lari dari rumah..Aduh!! dah la aku ni tak mengajar di sekolah tu lagi..kawan-kawan dia sibuk mengirimkan pesanan ringkas..minta tolong aku..

A*na seorang pelajar yang bijak, dia belajar di tingkatan kedua terbaik..namun tingkahlakunya sedikit kasar dan boleh dikatakan kurang ajar..di kelas, dia adakalanya bercakap dengan guru menggunakan intonasi yang tidak sesuai..adakalanya mimik mukanya seolah2 dia melawan cakap guru2 nya..Dulu aku mengajarnya mata pelajaran Sejarah..aku juga sering kali menegur sikapnya yang agak kurang diajar..dia juga sering melanggar peraturan sekolah..itu A*na ketika berada di tingkatan 2.

Sejak mengetahui A*na bersikap biadap di sekolah, aku terasa ingin mengetahui mengapa A*na jadi sedemikian rupa.. Rancangan diatur, aku berpakat dengan beberapa pelajar yang baik dengan A*na..daripada mereka aku perolehi nombor telefon bimbit A*na..dan aku mula menyamar menjadi rakan sebaya A*na yang konon2nya dia berkenalan dengannya..Rancangan berjaya..hari demi hari aku melayan dia..Namun aku gagal mengesani masalah yang dihadapinya..Adakala waktu malam aku juga pergi ke gerai ibunya berniaga untuk minum2..yang pasti ketika di gerainya, dia kelihatan malu-malu dan dia melayanku dengan baik berbeza dengan tingkahlakunya sewaktu di sekolah..

Setelah mengetahui kehilangannya, aku cuba menelefon telefon bimbitnya..nyata bukan dia yang menjawabnya..kedengaran suara seorang wanita menangis kesedihan kehilangan anak yang disayangi..wanita bergelar ibu itu menyangkakan aku rakan anaknya lalu menanyakan jika aku bersama anaknya..aku memperkenalkan diri..lalu si ibu sedikit terkejut..si ibu menceritakan apa yang berlaku sebenarnya...si ibu menjumpai diari A*na setelah kehilangannya..Dalam diari itu si ibu menyatakan A*na merasa dia tidak mendapat kasih sayang sepenuhnya dari keluarganya lalu itulah punca dia melarikan diri..Dan secara logiknya barulah aku sedari bahawa kelakuan A*na di sekolah adalah bertitiktolakkan pergolakan jiwa remaja yang menyangkakan kurang mendapat kasih sayang dari keluarga..A*na bertindak sedemikian di sekolah kerana ingin mendapatkan perhatian semua orang...Kasihan A*na..

Aku tidak tahu bagaimana cara ingin membantu si ibu..cuma aku katakan aku cuba bertanyakan kawan2 A*na yang lain..Dan sehari kemudian ibu A*na memberitahu A*na sudah kembali ke rumah...A*na ke rumah rakannya di Kota Tinggi dan tiada tambang untuk pulang..Keluarga A*na pergi menjemput A*na di sana..Alhamdulillah..A*na selamat..Dan selepas kejadian itu A*na tahu yang selama ini dia berbalas kiriman SMS dengan aku..

Awal tahun 2006, aku mendapat tawaran kembali menjadi GSTT di sekolah yang sama.. Aku mengajar A*na kembali Sejarah di Tingkatan 3.. Alhamdulillah A*na sudah berubah..A*na sudah menjadi pelajar yang lebih menghormati guru..A*na juga bila berjumpa atau berselisih dengan aku, dia akan tunduk malu atau tersenyum..aku tahu dia malu aku mengetahui kisahnya namun apa yang pasti jiwa remaja tidak bergelojak lagi..A*na juga telah aktif bersukan..dia pun ada sama2 dengan pasukan bola baling ku berlatih bersama pada setiap petang..namun kecenderungannya lebih kepada bola jaring..

September 2006, aku berhenti menjadi GSTT kerana mendapat peluang pekerjaan yang lain.. Aku sedikit terkilan kerana aku tidak dapat bersama2 pelajar2ku ketika mereka sedang giat menghadapi PMR dan SPM..masa itu, aku mengajar Bahasa Melayu dan Sejarah untuk PMR dan Bahasa Melayu untuk SPM..Apa yang pasti aku gembira kerana ramai pelajar-pelajarku yang lulus dengan cemerlang..A*na juga begitu..

Menjadi guru tidak semestinya setakat waktu pengajaran dan pembelajaran..(betulkan aku kalau kenyataan ini salah)..Guru meliputi semua aspek..guru adalah kawan..guru adalah ibu bapa..guru adalah segalanya..aku katakan ini bukan atas kapasiti aku seorang guru semata2..pengalaman aku menjadi murid banyak membantu aku menjadi guru yang Insya ALLAH berguna kepada semua pihak..Aku berharap aku menjadi seorang guru yang sentiasa peka..sentiasa ada bersama pelajar..sentiasa mahu mencari jalan penyelesaian..dan sentiasa mahu mencuba sesuatu yang diluar imaginasi..walaupun adakalanya aku merungut dengan sistem, namun jauh di sudut hatiku pelajar2 adalah keutamaanku..

Dan aku ingin sentiasa melihat pelajar2ku tersenyum......

WASSALAM..

p/s: kita tidak boleh paksa orang untuk membuat keputusan, namun kita kena kuat untuk menerima keputusan tersebut agar mereka tahu kita sentiasa tabah mengharungi perjalanan kehidupan ini..



1 comment:

Anonymous said...

Betul..setuju sangat. Sbb jd cekgu kita deal dengan manusia, membentuk manusia menjadi manusia. Jadi guru ibarat memakai topi yang berlainan setiap hari. Hari ni pakai topi cikgu, esok pakai topi doktor, lusa pakai topi polis dan sebagainya..