Wednesday, December 10, 2008

Cinta Pandang Pertama


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Beberapa hari yang lalu, aku mengemas bilikku yang lama tidak dikemas..huhuhu..lama ditinggalkan..penuh berhabuk..tatkala sedang menyusun buku aku terpandang pada satu susunan kad-kad ucapan..aku membuka simpulan tali yang mengikat susunan kad-kad tersebut..lalu membaca setiap kata yang terukir..tertulis ungkaian kata yang menyentuh jiwa, mengamit semula memori kenangan itu, aku selesa disitu,
bersama mereka aku gembira..bersama mereka aku menyusuri satu dimensi berbeza..bersama mereka aku terasa dunia ini amat berwarna warni..sayang masa bersama mereka sangat singkat...3tahun berlalu bersama memori indah..yang tak bisa dibeli dengan nilai..aku belajar memanusiakan diriku dengan mereka..dan aku sentiasa mensyukuri rezeki ALLAH berikan padaku..



Sesungguhnya kita di muka bumi ini berbeza-beza kan..aku telah jatuh cinta pandang pertama dengan kerjaya ini..tidak pernah aku terfikir untuk menjadikan kerjaya ini satu cita-cita ku dahulu..Sekarang, demi agama bangsa dan negara akan ku tanamkan azam untuk memanusiakan murid-muridku agar mereka lebih berkasih sayang sesama sendiri tidak kira agama bangsa dan negara..Aku meluat dengan suasana politik masakini..Sesama islam bergaduh..selama islam bermusuhan..menganiaya sesama sendiri..masing2 bermuka2..tikam menikam..yang kaya bertambah kaya..yang kurang berkemam
puan semakin sukar..semua tak puas hati..semua nak tegakkan apa yang basah!!? tak pernah puas dengan apa yang diperolehi..yang kelakarnya, lahirlah puak2 yang muncul tiba2 nak jadi hero..menemplak,mengkritik, menghukum, jadi gunting dalam lipatan dan macam2 lagi..geli la tengok..konon-kononnya tahu macam2, kelakar la..kalau nak jadi hero pun janganlah mengkritik saja, bagilah idea dan cadangan yang bernas agar negara ini lebih aman, sejahtera dan saling bekerjasama..bina la semangat toleransi..


Hami & Family (anak dia setahun setengah)

Geram juga la kan kalau negara kita ni hari2 cerita politik mem
anjang, cuba lah lihat prospek yang lebih besar..pembangunan ekonomi negara ke..pembangunan modal insan ke..pembangunan sahsiah bangsa dan negara..ni tidak hari2 duk cerita pihak ni tak puas hati kat pihak satu lagi..yang ni tuduh yang itu, yang itu duk menuduh yang ini..rimas..rimas..sudahnya negara kita sendiri diperlekeh bukan oleh orang luar tapi warganegara kita sendiri..malu je..


Zawi Semasa Zaman dia Kurus..huhuhu


Gambar raya tahun lepas baru ditemui- Poojie, Zawi & Put2
Atas- Nen, Poojie & Put2


Oklah, berhenti pasal politik..cuti sekolah pun dah dipertengahan..lagi 3 minggu sekolah akan dibuka semula..rasa bosan juga bercuti lama tanpa membuat aktiviti..hehehe..awal cuti sekolah ni, aku dan rakan2 dah bercuti ke Seremban dan Kuala Lumpur..Melawat kekawan di UUM dan di Maktab..sambil2 cuti2 Malaysia..ada juga menghadiri majlis kenduri kawan2 berkahwin..meriah cuti ni..ialah kali ini cuti dengan sumber kewangan yang mengcukupi..ye tak? huhuhu..


Najib & Family..(Geng GSTT dulu gak ni..dah ada baby- 4bulan!!)

Layan dulu la gambar2 yang sempat dirakam sepanjang cuti sekolah ni...minggu ni,minggu depan dan minggu lagi satu ada lagi jemputan kawin lagi..huhuhuhu...



Main bowling (lepas gian) di Seremban Parade

Small Gathering with Zawi, Omar, Sid, Din, Teh & Sayed (roomate ni) @ Berjaya Times Square



Gi rumah Sid di Jelebu- Fius letrik rumahnya diambil TNB??

Majlis Nazri@Meo di Johol

Zawi bersama hadiah untuk kak Dina

Gathering ini di sponsor oleh MB..huhuhuuhu

Di majlis Kak Dina @ Rantau, N9


WASSALAM





3 comments:

Anonymous said...

gmbr zaman tok kadok bilalah ko amik ni rip oit? apepun cantik...hehehe aku suka :)
huhuhuh
-nen

Anonymous said...

wuhu!
rindunya zaman kat maktab!!!

-teh

AJ Style's said...

gambar tu ada dalam memori stick hphone lama aku..aku leh lupa nak transfer dulu..check2 balik terus aku pindahkan ke dalam laptop ni..huhuhu..apa yang cantik nen? hahaha

teh,
aku rindu juga pada kenangan di maktab..