Friday, December 19, 2008

DUNIA YANG LEBIH INDAH


Comelnya Anak Patung disusun sedemikian rupa


Assalamualaikum WBT & Salam Perpaduan,
Masih letih dan tekak diserang tonsil.. Perit dan rasa macam luka di tekak..Namun, sempat juga semalam aku dan rakan2 ku "beronggeng cik kiah" (dengan izin) ke bandar Kluang.. program ke Kluang tidak dirancang..Hanya berbalas sistem pesanan ringkas (SMS) bersama beberapa orang kawan, semua berpakat menuju ke Kluang kerana sudah bosan berjumpa di JB..

Aku, Zawi, Samsol, Sid dan Faizal..



Minum Petang di Kluang Railway Coffee

Aktivitinya biasalah layan wayang, makan2 dan minum2 di beberapa buah lokasi di bandar Kluang..Topik perbualan? hehehe lebih menjurus kepada akademik tapi persoalan pokok yang seringkali diajukan oleh aku dan rakan2 ialah soal jodoh.



Semua dah duk plan majlis perkahwinan masing2..huuhu..menarik gak jualan barangan perkahwinan di Air Hitam ni..

Menarik!!! hehehe..

Tapi apa yang lebih menarik perhatian aku ialah kupasan isu Pelarian Rohingya dari Myammar yang dipaparkan di TV3 Rabu lalu dalam program 360...Kasihan..sesungguhnya beruntung jadi warganegara MALAYSIA..masih boleh mencari rezeki dan hidup aman dan sentosa di bumi bertuah ini..Jadi, renung2kan dan selamat beramal...


Dunia Yang Lebih Indah
(FIRDAUS)


Menjadi fitrah manusia hidup di dunia
Perlu sesama, begitu adanya
Pabila duka mengusik indahnya suka
Dan seharusnya bangkitlah di jiwa

Rasa peduli menolong sesama
Bukan hanya bicara, tindakan yang utama

Di sini kita dengan segala yang dipunya
Semuanya fana, titipan semata
Lihat mereka saudara kita di sana
Dalam nestapa, di manakah cinta?

Rasa peduli menolong sesama
Bukan hanya bicara, tindakan yang utama

Cuba rasakan setiap tangisan
Tak berhenti berharap akan huluran tangan
Memberi cinta dan harapan
Bersama kita melangkahkan kaki
Menuju dunia yang lebih indah

Pernahkah kita bayangkan jadi mereka
Belum tentu kan mampu, cuba sedari
Tanya diri sendiri
Apakah ada simpati



p/s- tahniah kepada wan k.u & ahlam- majlis pertunangan pada petang ini..semoga kekal sehingga diijabkabulkan dan ke akhir hayat..amin

5 comments:

Sufi Idany said...

Cikgu ariep.... indah idup kerana kita yang mengindahkannya dengan pelbagai cara dan cerita kehidupan.... tggu saya ek... nk join the club.... huhuhu

Papa-Itam said...

wa bestnyer...jalan kat kluang ngan air tam...ghindu nak kesana....masa anak dara dulu tulah tempat bermain....ooooooooo

Anonymous said...

dh update dah blog..
singgah lah...
btw, zawi ade blog ke?
:D

-nen

AJ Style's said...

Cikgu Sufi selamat datang ke sarawak!! tahniah ye..hehehe..jangan risau sarawak sudah moden..

Papa & Umie..
Umie dulu duk kluang ke? hehehe

Nen,
zawi takde blog lagi..k, nanti aku gi melawat

Azwani Shaari said...

Letak lagu frdaus, windu kat firdaus la pulakkk..huhu