Sunday, December 21, 2008

Evolusi Minda


Dengar sini,
Dengar sini semua,

Dengar molek-molek,

Satu impian lebih baik dari seribu mimpi,


Dengar sini,
Dengar-dengar sini,
Satu kesedaran lebih baik dari seribu impian,

Dengar Lagi,
Dengar molek-molek,
Satu tindakan lebih baik dari seribu kesedaran,

Dengar-dengar sini,
Dengar baik-baik,
Satu matlamat lebih baik dari seribu tindakan,

Dengar lagi,
Dengar molek-molek,
Satu keikhlasan lebih baik dari seribu matlamat,

Dengar baik-baik,
Mulakan hari ini walaupun sedikit,
Mulakan lah semula walaupun sedikit,
Tapi melencong sedikit rugi berbukit-bukit..

(puisi ini dibacakan oleh En Norazlan-pensyarah IPRM semasa Majlis Makan Malam TKRS Julai 2007)




No comments: