Saturday, December 20, 2008

Indahnya Berbilang Bangsa





Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,

Lokasi 1: MASJID AL NUR, KOTARAYA JB Ada seorang wanita melayu merenung aku ketika aku sedang menuruni tangga menuju ke tempat wudhuk..Tenungannya menggambarkan kehairanan..aku tersenyum sendiri..

Lokasi 2: PERSADA JOHOR
Semua salesman dan salesgirl yang berjumpa aku akan memulakan bicara dalam bahasa mandarin.. aku senyum dan membalas, saya tidak faham dan saya orang melayu..

Lokasi 3: Merata kawasan di Malaysia
Semua orang yang berbangsa cina apabila berjumpa dengan aku akan memulakan perbualan dengan bahasa mandarin..huhuhuhu..dan aku tersenyum lagi..

Kesimpulannya, wajah aku ada mirip ke arah bangsa cina kerana moyang aku berketurunan cina..
sayangnya aku tidak fasih berbahasa mandarin..huhuhuhu...




Hari ini, pagi2 aku dah pergi ke Kulai..ingatkan nak hantar check absorber myvi aku..ramai pula pelanggan di pusat servis perodua..tak jadi la..mungkin minggu depan aku datang lagi..lagi pun perodua harini sedang buat pengiraan stok tahunan..

Teringat kembali aku ketika aku bekerja di sini..bila stock take memang sibuk..then systems tak leh nak running..jadi serba serbi manual..kelam kabut juga..tambah2 masa tu aku baru lagi di perodua..

Manager En. Fendi senyum menyambut kedatanganku..dia mentor aku masa aku mula2 kerja di Perodua..so, ayat dia.."hang mai nak tolong wat stock take ka?"..aku senyum..

Ajak, mentor aku no 2..dia ambil alih tempat aku ketika aku berhenti dari perodua (sebelum ni dia di servis centre lain) untuk masuk maktab pun sibuk..tak sempat dia nak layan aku..

Kesimpulannya, service centre kulai yang pernah aku bertugas semakin maju..kalau dulu masa aku jaga stor, target sales sebulan bawah rm80k sekarang ni setiap bulan target atas rm200k..masyuk la..



Sebelah petang, Zawi dan Sid turun dari Kulai..kami menuju ke Kotaraya..hajat nak pergi ke PC FAIR di Persada Johor..Mak ooi, ramainya umat manusia kat sini..jalan sesak..berlaga2 bahu bila jalan...sesak..aku beli apa? ikut nafsu nak je guna kad kredit beli note book 8 inci yang cute dan mudah di bawa ke mana2..ringan lagi..tapi kata org ikut nafsu lesu...jadi simpan dulu niat nak beli note book tu..lagi pun tak berkepentingan sangat..

Hanya mesin kalkulator canon berharga rm 10 sahaja aku beli..selebihnya, aku hanya ambil pamplet sahaja..hahaha..penuh 1 beg..teknologi laju dan sentiasa berubah..aku baru sahaja beli external hardisk di lowyat 3 minggu lalu dgn harga rm200 utk 250GB..harini, harganya berubah lagi dan ada pelbagai jenis external hardisk yang lebih comel dan menarik nafsu aku lagi..wakakaka..


Sebelum tu, kami berkesempatan melawat pameran kereta..pergh, pelbagai jenis kenderaan buatan luar negara ada dipamerkan..aku paling minat HONDA ACCORD..minat je..macam2 aksesori kereta ada dipamerkan..kereta yang dah diubahsuai menjadi seperti home teather di rumah pun ada beb..hahaha..baik aku beli TV LCD SONY 49 INCI dari aku ubahsuai kereta macam tu..puas hati..



Aku juga terserempak dengan beberapa rakan lama aku di cosmopoint jb..PUAN BUHAIDA antaranya..sempat minta maaf sebab tak datang majlis kawin dia tempohari..then semasa kami sedang minum petang di ruang legar kotaraya, ada juga kenalan lama menegur..aku tidak kenal dia tapi dia kenal aku dan zawi..muka aku tak berubah sangat kot..mudah orang kenal..

Sebelum pulang, singgah di Dataran Bandaraya..ambil gambar dan beli yong tau fu..



Cuti sekolah pun dah sampai ke penghujungnya, so minggu depan maybe dah sibuk untuk mencari bahan2 pengajaran..aku pun nak fikir dan rancang perancangan strategik tahunan kelas aku nanti..

WASSALAM

p/s- tahniah kepada kawan2 ku yang berjaya di posting kan ke SARAWAK pada 2hb ye..welcome to the club!! jangan risau2 ..






3 comments:

Anonymous said...

Ariep memang chinese look. Sweet!

:: Wiween :: said...

beshnye awk ke johor.sy windu giler sama JB :(

AJ Style's said...

saya mmg org jb la wiween..hehehe