Wednesday, December 31, 2008

KEJORA




Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,

Sedar atau tidak masa sentiasa bergerak pantas meninggalkan kita semua.. Cuti sekolah selama hampir satu bulan 2 minggu semakin sampai ke penghujungnya.. Esok, 1hb Januari 2009..aku akan mulakan langkah menaiki kapal terbang menuju ke kepulauan borneo semua..di sana pastinya satu lagi lakaran kehidupan untuk tahun baru akan dimulakan..

Faizal & Zawi @ jusco bkt indah

Hmm, semangat sebenarnya nak memulakan sesi persekolahan ini..bukan apa, gembira rasanya dapat mengajar semula..hahaha..cuti lama2 memenatkan otak aku..bila bekerja walaupun penat aku rasa seronok..berdepan dengan murid2 yang comel2..yang banyak karenah..kadang2 bikin hati membara pun ada..tapi tak kisah..walaupun aku mengajar budak2 pemulihan, aku lagi rasa best..walaupun mereka ini lemah dalam serba serbi aku tak kisah..aku lebih suka mengajar budak lemah berbanding dengan budak pandai..setidak2nya aku boleh muhasabah diri aku dengan kejadian ALLAH cipta ini..Manusia tidak dilahirkan tiba2 jadi pandai ok..

Terapi Ikan @ Bestmart

Balik Kapit nanti, mcm2 kerja nak buat..rumah sewa baru aku tak cuci lagi..alamak..lepak la nanti..nak kena samak dapur dan peti sejuk..hehehe..aku dan kekawan aku (5 orang) baru je dapat menyewa umah flat 2 bilik berharga rm500 sebulan..seksa juga nak cari rumah yang selesa di sini..namun, nasib baik lah tuan rumah bermurah hati nak sediakan peti sejuk dan tv sony 29 inci ok..disamping set sofa dan tilam queen yang amatlah nikmat untuk berehat dan tidur..rumah ini tidak jauh dari sekolah ku cuma 6 kilometer sahaja..namun masa perjalanan mungkin mengambil masa kerana struktur jalan raya di kapit yang berbukit2 ini menyebabkan kancil aku kadang2 semput juga..slow je..hahaha..tau aku sambar 4x4 hilux ke..hahahha

Mula sabtu lalu, aku sudah mula sibuk membeli barang2 keperluan untuk persediaan balik ke kapit..banyak sey aku shopping..maklumlah, baju2 lama tak uzur dan kena ganti baru..lagipun aku nak jaga penampilan aku di kelas..moga anak murid aku akan ambil langkah2 penambahbaikan pada diri dan imej mereka dengan melihat penampilan cikgu mereka yang kacak berkrim disukai ramai ini..hahaha..yang ado!! tapi betullah penampilan seorang guru kena jaga agar murid2 hormati dan sedikit sebanyak boleh diorang jadikan panduan..

Shopping Baju Kemeja & Perfume CK

Oklah, nanti sambung lagi..

WASSALAM

4 comments:

Unknown said...

huhu....sama mcm suami akak, siap beli kasut bonia bagai...excited nk ngajar tmpt baru, sudahnya kaki melecet.....
jauh ye tmpt ariep ngaja tu? tp bujang lg ok pe!!

Sufi Idany said...

salam bro...guwe dpt ke bintulu laa... jauh ke dr tmpt awk....?

Sufi Idany said...

opps.... lupa lak ... selamat balik kapit ek.... wah2 bagus2 guru kena jaga penampilan....

Anonymous said...

kaki sapa yang berbulu tu arip? wakakaka!

wah! zawi dah ade baju baru, but still belang gituuuu