Friday, January 02, 2009

CUBA

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,

Belum terlewat rasanya untuk saya mengucapkan salam tahun baru 2009..Apa yang anda idam2kan sempena tahun baru ini? Saya seperti selalu mengharapkan agar tahun ini lebih membawa kecemerlangan dan kesihatan yang lebih baik berbanding tahun2 yang lalu.. Apa2 pun azam yang kita rangka pastinya perlu disertai dengan usaha dan doa supaya setiap perkara yang ingin kita laksanakan akan berjaya dijalankan serta mendapat keberkatan ALLAH SWT..Insya Allah, mari kita berusaha dan berdoa yang terbaik!!

Saya sudah pun berada di Sibu, Sarawak.. alhamdulillah penerbangan dari JB ke Sibu lancar..penuh penumpang semalam..sampai di lapangan terbang Sibu, aku bersua dengan Wan, Faizal dan Samsol..Kemudian kami berempat menaiki teksi menuju ke hotel di bandar Sibu..Perjalanannya mengambil masa lebih kurang 30 minit..rasanya macam dari bandaraya JB ke Senai..lepas check in kami gi makan then malam kami keluar lagi menemani Zai dan rakannya makan di McD..temankan rakan perempuan..hehehe..

Jualan murah masih berlangsung..jadi suasana di pusat membeli belah disini sangatlah meriah..Wan sempat membeli sepasang kasut baru..saya pun melilau juga mata melihat baju2 kemeja yang cantik2 semuanya..tak nak terjebak membeli lagi..ikut nafsu memang nak sambar je sehelai dua..hahahaha

Balik dari menemani dua orang rakan perempuan saya makan malam, sepanjang jalan kami bercerita..Aswad baru tiba dari KLIA..jadi kami habiskan malam di hotel sahaja berborak sambil melayari internet..Satu yang menarik hotel di Sibu, kebanyakkannya ada perkhidmatan internet percuma..laju pula..memang hotel2 disini selain pelancong luar negara, pelanggannya ialah cikgu2 lah yang ramai..

640 pagi..hari dah cerah ni..hehehe..satgi, balik kapit naik bot ekspress dalam pukul 1230 tengahari..huhuhuhu..nanti sampai kapit saya update lagi ye..sekarang kapit sudah ada line 3G celcom..dan saya juga sudah melanggan Broadband Celcom..hehehehe harap2 leh gunakan semaksima mungkin..

WASSALAM..

p/s- penggunaan kata ganti diri aku kepada saya..salah satu perubahan sempena azam tahun baru..hehehe

p/s2- cuba jadi yang lebih baik tahun ini dalam segala segi..insya ALLAH..amin


3 comments:

sonata anak kancil said...

Selamat bersekolah...dah 1 minggu masuk sekolah...tentunya cara kat sana tak sama dengan cara sini...

kat mana diarahkan bertugas~~~jalankan tanggungjawab itu dengan penuh dedikasi, mendidik anak Malaysia...

saifulazrul said...

Lama tak update. Sibuk ka? Selamat kembali mengajaq Cikgu Ariep...

Pengembara Lara said...

salam
apa khabar sekarang.. emm kurang jiwang sket tulisan terbaru hehe..
apapun hidup mesti diteruskan. jom kita tulis dalam bidang perguruan dan memberi pandangan apa yang sama2 kita rasa .. aku mencuba menulis dalam http://gurumalaysia.info