Sunday, January 18, 2009

Cinta Kian Mekar Mewangi

Assalamualaikum WBT & Salam Perpaduan,

Dalam realisasikan 'sesuatu' untuk tahun baru ini, sering saya berfikir apakah ilmu dan pengalaman yang saya miliki hari ini mencukupi untuk 'menakluki' hari2 yang mendatang..Kerapkali juga saya gelisah kerana memikirkan beberapa perkara yang rasanya amat berharga..Melihat lirikan mata 'mereka' saya teruja untuk memberikan yang terbaik..Masalah utama, mampukah saya menolak segala prejudis yang acapkali bermain di minda..

Menjadi seorang guru sememangnya bukanlah cita-cita saya semasa kecil..Cinta kepada kerjaya ini hanyalah baru bermula hampir 5 tahun yang lalu..Setiap langkah yang saya atur semenjak 5 tahun lalu hanyalah untuk menjadi seorang guru yang berkarisma dalam segala segi..Saya cuba yang termampu untuk menjadikan "cita-cita" baru ini satu realiti..Dan alhamdulillah berkat usaha, sokongan dan doa baik dari diri saya sendiri mahupun keluarga serta rakan "cita-cita" baru saya ini menjadi..Syukur!! Saya berpegang kepada 1 prinsip..saya yakin dengan rezeki yang ALLAH beri..Sentiasa saya semat dalam kehidupan seharian saya..

Impak dari "cita-cita" saya ini, saya rasa saya semakin "selesa"..Keselesaan ini membuatkan saya takut..Takut untuk tidak memberikan yang terdaya dan yang berkualiti..Di sini, saya masih dalam proses pembelajaran membudayakan apa yang sepatutnya dibudayakan..Bak kata pepatah dimana bumi berpijak disana langit dijunjung..Saya masih mencari rentak untuk "menari" bersama..Mungkin saya lagi cetek pengalaman menangani isu2 di Sekolah Rendah yang banyak menggunakan psikologi..Mungkin..

Pengalaman mematangkan saya untuk terus berdiri walaupun acapkali saya tersungkur dengan beberapa situasi yang tercipta disekeliling saya..Dari OGOS 2004, semasa saya mula2 menulis di blog ini sehinggalah ke hari ini, banyak perkara telah anda ketahui..dari sekecil2 perkara sehinggalah sebesar2 luahan hati yang tak terucap dengan kata2..Ada yang manis ada yang pahit..kadang2 lama saya tidak mengemaskinikan blog ini..adakalanya tiap2 hari saya kemaruk menyusun baris2 perkataan..

Saya kini dalam proses berevolusi..mungkin seiring dengan peningkatan usia..mungkin juga dengan bebanan tanggungjawab yang semakin menebal..bukan bebanan sebenarnya..ianya lebih kepada tanggungjawab..menjadi seorang guru bukanlah tugas yang mudah..sekali guru tersalah mengajar kesannya akan berpanjangan..

Dan setelah hampir 4 tahun 5 bulan saya menulis, saya sedang menimbangkan untuk menutup blog ini... terima kasih..


WASSALAM

p/s: marilah kita doakan kesejahteraan umat islam di Palestin.. Semoga ALLAH menempatkan saudara2 kita yang terkorban di kalangan orang2 yang beriman dan dikasihiNYA..dan semoga mereka yang kehilangan keluarga dan saudara mara terus tabah.. Insya ALLAH, ALLAH akan menyelamatkan kita semua..amin!!

9 comments:

saifulazrul said...

Bantahan Yang Arif Ariep,

Saya memohon agar keputusan Yang Arif Ariep ditolak.

Nanti pembaca-pembaca setia blog Yang Arif Ariep nak baca blog sapa lagi?

Saya memohon agar bantahan saya ini diterima.

Teruskan menulis!

~~zAnAfAhMi~~ said...

jadi selama ni menghilang sb bz smbil memikirkan sesuatu?
kalau dah itu keputusan cikgu, apa kita boleh buat, kan.....
tepuk dada tnya selera, akak faham...bila trlalu lama di satu2 tmpt, kita akan rasa bosan atau ingin mengubah cara hidup.

Anonymous said...

ler....
apa pasai bro nk tutup blog ni?
hehe..
adakah gimik semate2?
:P

=nen=

AJ Style's said...

Saiful,
hehehe..ala dulu cikgu pun lama tak menulis..bagi saya ruang untuk kemukakan sesuatu yang lebih realistik..hehehe

Kak Zana,
Betul2..kadang2 bila dah terlalu lama, kita mahukan perubahan..hehehe..

Nen,
Gimik?

Sufi Idany said...

Salam ariep... apa yg yang ariep merajuk smpai nak tutup blog ni.... saya merayu ni...hihihhi jgn laa.... sekali sekali bleh gk sy jenguk bila kuar bintulu.... huhuhu

sonata anak kancil said...

Cikgu sonata ni, kalau ikutkan lagi sibuk! Blog tetap gak jadi sumber inspirasi...makin dekat nak pencen oiii...tapi, keje guna gear 5 aje! Hari2 balik dekat jam 5 tau...!

Saya bimbang, cikgu makin kesunyian, kalau blg ni ditutup...Yang pasti cikgu sonata akan 'hilang' sorang kawan...

saifulazrul said...

Ariep,

saya dulu rehat ja bukan tutup tapi Ariep nak tutup. Jadi saya bantah! Nak rehat tak pa. Hehehe...

Pengembara Lara said...

emm baru best baca blog macam ni,,, mempunyai unsur-unsur kemenjadian guru,aku baca ko punya tulisan ni 3 kali kerana ko tulis dengan semangat dan keikhlasan. Teruskan berjuang untuk mendidik dengan seikhlas dan sedaya mungkin. Sentiasa berfikiran positif dan matang . Baanyak-bnyak membaca al-Quran (tetiba je ) hehe... dan jangan lupa juga baca http://gurumalaysia.info

EncyclopediaNa said...

Bantahan diterima!