Wednesday, January 28, 2009

AWAN DIANA atau AWAN DANIA


Assalamualaikum WBT & Salam Perpaduan,

Selamat Bercuti kepada kawan2 yang dapat bercuti panjang..Cuti seminggu ini bolehlah digunakan untuk memulihkan tenaga dan kekuatan mental dan fizikal yang telah digunakan sepanjang 3 minggu pertama tahun 2009..Awal tahun macam2 perkara dan aktiviti yang dilaksanakan..terutamanya melibatkan guru..Dari sebelum sekolah dibuka sehingga sebelum cuti, saya begitu sibuk dengan pelbagai perkara.. Bermula dari tibanya di Kapit tempohari, saya dan rakan2 berpindah ke rumah baru..lebih besar dan selesa..kami tinggal berempat..



Alhamdulillah, akhirnya dapat juga menyewa tatkala tidak banyak rumah yang ada di sini dan harganya cukup mencabar minda untuk menyatakan persetujuan pada permulaan tawaran..
Diikuti dengan minggu pertama, saya masih belum menjalankan P&P pada minggu tersebut kerana saya ditugaskan untuk "relief" atau "sit-in" sementara menantikan kehadiran guru2 kpli yang baru..Walaupun saya tidak menjalankan P&P secara berkesan namun setiap kelas yang saya masuk, saya akan pastikan mereka bersedia untuk menyusuri tahun 2009 dengan bermakna..Saya suka terapkan nilai2 yang relevan dengan sekolah saya..



Sepanjang 3 minggu ini, selain mesyuarat, saya juga telah mula menjalankan aktiviti latihan bola baling..Alhamdulillah, tahun ini saya pegang Ketua Penasihat Kelab Bola Baling sekolah saya..Akhirnya..Saya ada matlamat sebenarnya...hehehe...Hmm, jawatan2 lain? banyak jugalah..antaranya setiausaha PPSMI sekolah, AJK Pusat Sumber, AJK kecil Panitia BM dan Matematik dan lain2 lagi..


Cabaran paling besar tahun ini kerana peningkatan murid yang masih gagal lagi menguasai 3M..tahun 2 ada 23 orang murid dan tahun 3 ada 15 orang murid yang betul2 masih tidak mengenal huruf apatah lagi membaca..pening juga nak menyusun jadual pemulihan..tapi alhamdulillah, berkat kerjasama guru2 lain, jumlah murid2 ini dibahagikan kepada 2 kumpulan..saya ambil kumpulan yang betul2 dan tersangatlah lemah..1 kumpulan lagi guru bahasa malaysia kelas yang ambil.. Kami bergabung sama2..harapan saya agar, walaupun murid2 ini lemah, lambat menguasai bahasa, perangai yang tidak seiring dengan perkembangan usia semua itu hanyalah alasan..yang penting pada saya biarlah mereka tidak seperti murid2 lain dari segi menguasai pelajaran, namun yang paling penting biarlah murid2 ini menjadi manusia yang berguna..baik dari segi tutur kata mahupun kelakuan..proses pembelajaran kepada mereka walaupun lambat tapi biarlah secara teratur..Insya ALLAH, mereka juga akan berjaya seperti murid2 normal yang lain..

Saya masih baru dalam bidang ini..saya sangat kagumi guru2 pemulihan khas yang lebih berpengalaman..harap ada yang sudi berkongsi ilmu dengan saya..hehehe..
Cuti Sambutan Tahun Baru Cina ini digunakan sebaiknya..kerana geng2 10 kapitan (GPK batch julai 07) yang ditempatkan di Kapit berkumpul..Seronok ooo dapat jumpa kawan2 yang sama2 datang di kapit ini mula2 dulu..Kami sampai di Kapit ini hanya 15 orang sahaja pada 1 Ogos lalu..terkapai2 sendiri..dengan tiada taklimat dan sebagainya..kami belajar sendiri banyak perkara..kadang2 rasa batch kami ini macam dianaktirikan juga..semuanya dibuat secara tergesa2 dan pada masa2 akhir..contohnya semasa mengetahui keputusan penempatan..kami hanya ada masa seminggu lebih sahaja untuk membuat persiapan..diberitahu untuk ke KLIA dan berlepas ke sini..


Situasi sama berlaku lagi, KONVO batch kami juga tidak dimaklumkan secara yang bersistematik..dengan ramai kawan2 lain yang di dalam hutan jauh daripada liputan sistem komunikasi..bagaimana nak rancang untuk ikut sama majlis konvokesyen yang diadakan di Putrajaya kelak? Kadang2 bila difikirkan, tidak perlukan saya menuding jari cari salah siapa..betul, keputusan yang dibuat memang tidak dapat memuaskan hati banyak pihak..tapi buatlah secara rasional..kami yang di sabah dan sarawak ini bukannya boleh naiki bas balik ke semenanjung..kena tempah tiket awal untuk mendapatkan harga tiket yang murah..kalau diberitahu lambat masakan kami dapat mengatur perjalanan pulang dengan hati yang tenang..


Air Pasang, Hujan lebat beberapa hari lalu


Hmm, satu lagi bukan semua antara kami yang mengajar di pekan2 atau dibandar..rantaian penyampaian maklumat yang terhad menyebabkan ramai kawan2 yang mengeluh..nak mintak cuti lagi dari pengurusan sekolah..bukan semua yang mengajar di pendalaman keluar setiap minggu ke bandar..ada yang sebulan sekali..ada yang 2 minggu sekali..bukannya ada posman masuk hantar surat ke kawasan mereka..tak relevan sungguh...


Best kan kalau dapat naik perahu ni..dalam sungai Rejang ni..

Kami kaya tinggal disini? elaun banyak? tidak ada masalah nak beli tiket yang mahal harganya? huhuhu..satu lagi pandangan yang tidak relevan..memang ada kawan2 yang boleh menyimpan duit dengan elaun yang diberi, namun harus diingat juga bagaimana pula nasib kawan2 saya yang tinggal di pendalaman apabila nak keluar sebulan sekali sahaja ,perbelanjaannya dah mencecah keseluruhan elaun yang diberikan..? bukan merungut sebab elaun, tapi tolong jangan buat andaian kami kaya tinggal disini..alasan tu lapuk dah..tidak boleh digunapakai...


Inilah Sungai Rejang...

Masuk cerita lain pula...Orang kata kaya bekerja disini, namun orang tidak tahu harga elaun yang diberikan itu hanyalah kecil jika nak dibandingkan pengorbanan kawan2 saya mengharungi sungai deras selebar 100-200meter dengan perahu kecil? Sebab apa..sebab mereka guru..orang kata guru kerja nya senang..tidak perlu bersusah payah kerja sampai petang..tidak perlu fikir macam2..cuti panjang..sampai masa boleh balik rumah..


Konklusinya, kami bukan mengejar elaun..elaun kami mengajar untuk kepentingan negara..kami ingin bangunkan warganegara MALAYSIA yang terbilang..kami sahut cabaran walau dimana kami ditempatkan, amanah pasti kami julang..

P/S- nak balik ke tidak ye? ramai kawan2 sekelas tak pulang..kurang meriah berkonvokesyen tanpa teman yang sama2 berjuang..

6 comments:

sonata anak kancil said...

saya terharu dengan komitmen cikgu...Itulah guru. Semoga dapat menjalankan tugas tanpa mengenal erti penat @ jemu...Bukan mintak disanjung/dikenang, tapi cikgu realitinya,bila kita buat yang terbaik, orang akan sentiasa kenang jasa kita...Cikgu sape tu? Cikgu AJ...sampai mati cikgu !

Anonymous said...

rip, masih memikirkan mahu pulang atau tidak yer?
hmm...xpe, moga hati terbuka untuk pergi...sbb aku setia menanti kwn2 yg jauh di mata tapi tetap dekat di hati... well.....c u soonnnn :)

-nen

Azwani Shaari said...

awan DIANA? ehem..ehemmmm..

Anonymous said...

Teruskan berbakti kepada anak bangsa! Lakukan dengan penuh keikhlasan dan InsyaAllah kepuasan akan terjelma.

All The Best Cikgu Ariep!

Unknown said...

slmt mlm cikgu...
ada kwn adik ipar akak kata, nk klua bndr je abis RM800 so tak guna jugak dpt elaun bnyk kalau kos nk kemana2 mahal, kan....
bagaimanapun akk bangga dgn cikgu2 yg betul2 mengajar demi kepentingan masa depan anak muridnya. moga ariep tabah, sabar dan berdoa pd yg Esa.

Wednesday said...

Hmmm Arief...tajuk lari daripada teks...potong 5 markah...

-Cikgu BM