Wednesday, February 18, 2009

Mari Bersukan!!

Assalamualaikum & Salam Perpaduan,

Siapa tahu makna pepatah seperti anak ketam mengajar anaknya berjalan? Tahun pertama aku disini, aku mempelajari satu pengajaran yang paling ampuh untuk aku jadikan panduan diri..Andai kita tidak tahu kenapa tidak kita bertanya kepada pihak yang lebih berpengetahuan..Aku cukup kecewa dengan perjalanan pertandingan bola baling peringkat zon kali ini..Aku cintakan sukan ini, aku sangat taksub pada permainan ini..bagilah aku seorang murid yang tidak pandai bermain dan tidak tahu peraturan2 permainan, pasti aku ajari dia sehingga dia jadi pemain yang hebat di padang..Namun, jika ada pihak yang mengelola permainan ini umpama melepaskan batuk ditangga aku berasa sangat sakit..sakit melihat permainan ini diperkotak katikkan..Bagaimana sukan hendak maju dikalangan murid2 sekolah andai pelaksanaannya tidak relevan..

Dari segi pemilihan pemain, latihan sehinggalah kepada perjalanan permainan ini..aku berimaginasi disini hebat2 belaka dari segi pengendalian kejohanan kerana ada beberapa pihak yang seolah2 hebat bila berbicara..HAMPEH!!! Boleh tak pengadil berselipar sahaja mengendalikan perlawanan? hampeh kuasa dua!! undang2 perlawanan? hampeh kuasa tiga lah!! apa lagi aku nak katakan andai ada pihak2 yang ambil enteng semua ini..

Namun, aku kena sedari diri..aku bukan di Johor Bahru mahupun di Seremban ketika aku kendalikan skuad sekolah ku yang lalu..aku kena sedari aku merantau yang mana jelas segala bicara ataupun pandanganku mmg sukar untuk diterima pakai oleh "pihak2 yang bijak ini"..entah lah aku sangat geram dengan mereka ini..senang cerita cakap tidak serupa bikin!! yeah!!

Oklah habis kes bola baling..Isnin dan Selasa lalu aku diberikan tanggungjawab untuk menjadi Ketua Pengadil Balapan untuk kejohanan kali pertama peringkat Zon di sini..Bertempat di Stadium K*apit, dari pagi sehingga petang kami berkampung..Seronok kerana kali pertama kejohanan seperti ini dilaksanakan kerana sebelum2 ini hanya diadakan pemilihan peserta sahaja untuk mewakili daerah..

Aku berkenalan dengan lebih ramai guru dari pelbagai Zon di daerah ini..Ada Zon Bandar (ZOBAN)-zon aku ini, ZUP, ZUBAL,ZAM,LOPEZ, ZOLORENG & ZARKOS (kalau tidak salah aku lah)..Pertandingan Olahraga ini pada awalnya berlaku kelam kabut kerana sekolah yang mengelolakan ini menghadapi masalah besar..Sekolah ini ditutup kerana dikuarantin selama 2 minggu akibat diserang penyakit HFMD (Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut)..Mungkin juga ini adalah kejohanan kali pertama jadi tiada pengalaman lalu yang membantu..

Walaupun banyak kelemahan, ianya berjaya dijalankan dengan bolehlah dikatakan sempurna..Tahniah kepada semua staf sekolah berkenaan..Kerja aku senang je..Kami berlapan menjaga di garisan penamat..menangkap peserta2 dan mengadili kedudukan keberapa berjaya mereka perolehi..Aku sangat berpuashati dengan kerjasama team aku..mereka sangat sporting..lain kali bolehlah kerja bersama2 lagi..

Oklah, aku nak layan SPA Q..

WASSALAM


5 comments:

EncyclopediaNa said...

Cikgu Arief suka main bola.

Hari-hari cikgu main bola.

saifulazrul said...

Badan Cergas Otak Cerdas

AJ Style's said...

saya suka main bola baling ye cik diana..

bola saya tak berapa pandai main.. tak caya tanya saiful azrul..hehehe dulu selalu main bola petang2 dengan saiful di UUM..rindu la!!

zouie said...

huhuhuhu...encik arip. komen sikit.
SAYA mana?
ok, MAJULAH SUKAN UNTUK KAPIT!!!

sonata anak kancil said...

gini cikgu, saya syorkan cikgu buat team kat sekolah cikgu, cikgu ajar betul2 sampai budak2 tu pandai! hah cikgu tunjukkan kehebatan cikgu dengan budak2 cikgu,biar orang sana tu celik terbeliak matanya tengok cikgu di padang. Cikgu buat pertandingan sesama sendiri, best tahu! saya kalau suka, saya lanyak aje! kira apa, janji kita enjoy!!!kerje2 ni cikgu biar enjoy...