Saturday, February 14, 2009

Kisah Yang Tidak Sempurna

Assalamualaikum WBT & Salam Perpaduan,

Cuaca di pekan Kapit seminggu ini cerah dan panas..kata orang di sini tandanya musim kemarau semakin menghampiri..kalau basuh baju sidai tak perlu sehingga setengah hari sudah kering..hehehe..kalau beberapa minggu lalu, ketinggian air sungai rajang meningkat akibat hujan sepanjang hari, tapi kini air sungai rajang semakin surut..Cikgu2 di pendalaman yang melalui sungai2 siap sedialah untuk menolak perahu atau sampan akibat air cetek..kata kawan saya, lepak juga nak menolak perahu..

Tadi saya telah kembali ke sekolah semula..seronok dapat ke sekolah setelah 3 hari cuti sakit..kaki semakin ok, tapi tadi akibat berdiri lama, bengkak semula..lutut ok dah cuma di pergelangan kaki masih membara merah bengkak dan timbul urat2..sakit tak payah cakap..daripada boleh berjalan seperti biasa, balik rumah saja tadi sudah kembali terhencut2..

Ramai juga prihatin di sekolah bertanya tentang kaki saya..dari PK1 sehinggalah anak2 murid saya bertanya..Ada anak murid saya yang cuba bergurau..layan saja lah karenah mereka..Tadi di sekolah ada gotong royong perdana..untuk pengetahuan semua, di sarawak sekarang sedang dilanda penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD)..di sekolah yang berhampiran sudah ada kes.. Alhamdulillah sekolah saya tiada lagi murid2 yang terkena penyakit ini..kasihan kalau ada yang kena..

Saya bersama2 Ustaz Suhaimi, Cikgu Azhar, Cik Julis, Cikgu Tarasie, Ustaz Zam & Cikgu Sandai membersihkan kawasan longkang belakang sekolah..Saya membantu ala kadar mengikut kemampuan kaki..cuma mengeluarkan batu2 besar dari longkang guna cangkul..bersih la longkang kami kerja bersama2 murid2 lain..macam2 isi lain yang dikeluarkan..ada rumput, keladak, pasir, guli, batu, cacing, anak2 katak memang banyak..hahahaha..comel sey anak2 katak ni..hahaha..nasib baik takde yang lebih bahaya..alhamdulillah kerja2 pembersihan longkang selesai dengan jayanya tepat jam 10 pagi..

Lepas rehat, saya minta bantuan 5 orang murid tahun 6 membersihkan kelas pemulihan .hehehe..tak larat nak bikin sorang2..cantik jugalah lepas dibersihkan dan ubahsuai kedudukan meja dan kerusi..maklumlah tahun ini kelas saya dipenuhi semaksima murid yang gagal menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira)..Tahun ini saya masih mengajar tahun 2 dan 3 serta tambahan 2 orang murid tahun 6 yang betul2 tidak tahu langsung huruf dan abjad..Ambil jugalah atas kapasiti saya ingin membantu mereka..tiada paksaan dari GB atau sesiapa..sekurang2nya saya membantu mereka untuk menghadapi UPSR dan dapat juga saya tambah2 ilmu dan skil individu..

Hmm, bercerita tentang konvo kpli yang akan diadakan di PICC, Putrajaya pada 10-12 Mac ini, saya insya ALLAH pulang..tiket sudah ditempah, tinggal tunggu surat dari Institut Perguruan R*ja Mel*ewar saja untuk permohonan cuti..Tambahan pula pada 13 Mac nanti, emak saya akan pergi menunaikan umrah..boleh lah saya menghantar emak nanti..lepas tu dapatlah bercuti sekolah hampir seminggu lebih kan..

Oklah, takde apa aktiviti menarik lagi..tunggu kaki saya sembuh untuk turun bermain semula..

p/s: apa kena mengena tajuk saya dengan kandungan kali ini? hehehe..sesaja bikin gempak je tajuk entry kali ini..kepada cik dian, sila berikan komen ye..hehehe

p/s2: kepada semua pengunjung..selamat cuti hujung minggu..yang beragama Islam jangan sambut Valetine's Day ok..salah tu!!

3 comments:

~~zAnAfAhMi~~ said...

akak teringat satu malam kt kelantan, hujan lebat pukul 12 mlm, kita org gi cari cc. turun dr kereta, bnyk katak2 kecil memenuhi cc....melompat2 akak.....takut katak naik ke kaki, siap dok brsila dlm cc tu.

EncyclopediaNa said...

you hv 2 tkcre of your legs, Arief...

jangan paksa sangat kaki awak tu, nanti dia lari ha... nak cari ganti kat mane? saya pernah dpt satu nasihat berguna ni: "would u pay one million dollars for what you have (legs, hands, eyes etc)?" all u need to do is just faham had dia (kelajuan 80kmph) dan beban yang dia pikul k. (dah...dah macam nenek kebayan buat ceramah pulak kat sini).

OK... syape suruh saya komen... heheh!

AJ Style's said...

hehehe, kakak kat sini orang makan katak tau..

miss diana,
insya ALLAH, saya ikut nasihat awak ye..thanks..