Wednesday, February 11, 2009

Tragedi Berulang Semula..

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,

Kata pujangga, belajarlah dari pengalaman lalu agar sejarah tidak berulang semula..Maksudnya kita perlulah sedaya upaya mengingati apa-apa juga kejadian yang lalu untuk dijadikan iktibar untuk hari ini dan masa depan..Andai kita terlupa atau buat-buat lupa, sememangnya perkara2 yang tidak sepatutnya berlaku akan terjadi dalam hidup kita semula..

Kata pujangga juga ada mengatakan malang tidak berbau..kita hanya merancang tuhan juga yang menentukan..tapi sebagai hambaNYA kita kena yakin dengan qada dan qadar yang telah ditentukanNYA..kena redha..mungkin ada hikmah yang tersembunyi dari pandangan mata kita yang serba daif ini...

Semalam dalam jam 9 malam bertempat di dewan badminton polis Kapit, aku rebah lagi..kali ini lebih teruk dari rebahan aku di padang sekolah 4 tahun lepas..Ironinya, kejadian rebahan aku sering terjadi pada bulan februari..hanya kebetulan..ketika sedang mengambil bulu tangkis di hadapan jaring, kaki kanan ku yang sememangnya dah cedera kerana Ligamen Tear (ACL) tidak sempat 'landing' dengan tepat di lantai menyebabkan lutut aku 'twist' 2 kali dan 'ankle' aku terseliuh'.. 2kali tu..bukan sekali..selalu kalau aku main futsal, lutut aku akan 'twist' sekali saja..ni dua kali dan sesiapa yang pernah tengok perlawanan Liverpool vs MUTD yang mana pemain LIVERPOOL Sketel terkepak lututnya, macam tu la kena pada aku semalam...

Terus saja ke unit kecemasan di Hospital Kapit..bagus lah hospital ni..malam2 tak ramai orang..sejuk saja..aku mula2 boleh jalan terincut-incut..tapi memang sakit..gi xray..alhamdulillah tak patah apa pun..cuma melibatkan ligamen dan saraf di kaki kanan..bengkak..doktor check ala kadar saja..mungkin dia bukan specialist..dia bagi mc sehingga jumaat..bulan ni saja aku dah mc 5 hari..aduh..mula2 aku taknak mc..tapi memikirkan aku tak boleh menekal pedal minyak..dengan lutut yang membengkak..aku terima saja..doktor siap melawak lagi..takpe saya bagi mc saja..awak nak gi sekolah awak leh gi..kalau tidak rehat di rumah saja..

Nasib baiklah aku semalam boleh menahan sakit..ketawa jugalah dengar doktor tu bergurau2..ditambah dengan jururawat melayu yang manis dan cantik..hilang kejap sakit..huhuhuhu..kali pertama aku lihat orang melayu yang sangat jelita di kapit ni..tapi sudah ada tanda dijari..

Housemate aku memang baik la..Aswad, Samsol dan Amran..walaupun baru kenal2 kami semacam serasi bersama..mereka tunggu aku di luar kecemasan sehingga doktor lepaskan aku..nasib baik tak masuk wad..aku sekali lagi terlupa bahawa kesakitan ini belum berlaku sepenuhnya..malam aku tidak boleh tidur..sakit hanya tuhan yang tahu...urat2 di kaki dan betis timbul..macam nak pecah pun ada aku lihat...aku cuma letak minyak gamat yang emak aku selitkan dulu..sebotol habis aku curah..ni pun aku ikat lutut aku dengan bandage..biru2 jugalah kaki aku ni..

Aku sebenarnya rasa sangat2 tidak selesa ambil mc lama2,dah la belum confirm jawatan..kerja di sekolah banyak lagi..pastu, anak2 murid aku lagi tak belajar..kesiannya diorang..kalau anak2 murid aku jenis pandai2 takpe..mereka insan istimewa..yang kena diberi perhatian..siapa nak ambil berat ttg diorang di sekolah..aduh..maaf kan cikgu ye murid2..hak anda nak belajar disekolah tidak dapat cikgu tunaikan untuk minggu ini..

Oklah, sampai sini saja kisah aku dan kepala lututku...jumpa lagi WASSALAM..


p/s- best la naik kerusi roda ditolak jururawat lelaki semalam..seram ooo jalan2 di hospital waktu malam..hehehehe..


10 comments:

zouie said...

kesian ko ek...
kirim salam kat acol bdk baik tu...konon.

sonata anak kancil said...

Semoga cepat sembuh, cepat pegi sekolah...kalau cite bab jatuh ni, aduh hai, orang pernah jatuh aje tahu betapa sakitnya jatuh ni! kalau kat sini boleh tolong bawa ke orang cina yang memang pakar bab jatuh2 ni..

Saya pernah jatuh kepala atas simen main volleyball - hari guru (berbintang2!!!), pernah terkedu ankle & koyak tisu betis jatuh tangga, pernah tangan kiri terkeluar dari soketnya kerana jatuh atas simen !!!

AJ Style's said...

terima kasih zawi n cikgu sonata..tak tercakap la dengan kata2 bila lutut terkepak macam kepak ayam di tarik2..ni pun baru makan ubat..aduh..nasib baik tidak patah..alhamdulillah

~~zAnAfAhMi~~ said...

mcmna boleh jd mcm tu skali teruknya? main tak hengat....
err...minyak gamat tu mmg bagus utk urut mengurut ni tp akak rasa jgn dulu kalau masih bengkak. kalau x pandai, jgn pandai2 sendiri, cari org yg pro urut.

psst...dh bg mc tu, rehat la puas2. ish...cikgu ni, sama mcm suami akak....syg anak murid dia.

AJ Style's said...

terima kasih kak..selalu main ok je..perkara nak jadi..lepas baik boleh main semula..yeyeye

saifulazrul said...

Tak kena operate ke Ariep?

Apa pun moga lekas sembuh. Lutut ni sensitif banyak. Bahaya kalau tak jaga betul betul...

AJ Style's said...

cikgu,

sepatutnya perlu operate tp saya x berani lagi..hehehe.. nak kena letak paku2 lagi..hehehe

tunggu dapat berkhidmat disemenanjung semula saya akan fikirkan semula

:: Cikgu Wiween :: said...

alahai sian cikgu ariep. gajin2 sapu minyak mak bagi tu. ehehe

moga cpat sembuh! Ween pun x suka MC. takat nih belum pernah amik MC lagik. Demam pun bantai gak pi skola tu yg penyelia petang marah tu. ehehehheh

EncyclopediaNa said...

:/

sesekali pegi la swimming jadi alternative daripada badminton with high risk to get hurt...

haa.. mane tau missy tu pakai cincin mak dia bagi ke... ;p

nanti konvo gtau la, saya nak datang bawak bunga ummm bunga ape ek, bunga api nak? ;p

AJ Style's said...

miss diana,

bunga api yang macam malam merdeka nak la..kalau bunga api kecik2 xnak..insya ALLAH nanti saya bagitau awak kalau saya turun putrajaya ye