Friday, March 27, 2009

Layakkah Aku?

Assalamualaikum WBT & Salam Perpaduan,

Masa berlalu sangat pantas..Sedar tidak sedar sudah di penghujung bulan Mac..Masih banyak lagi kerja yang tertangguh gara-gara kemalasan yang melanda..Sejak awal minggu ini, saya cuba sedaya upaya menyelesaikan satu persatu tugas yang tertunda..Alhamdulillah, tahniah pada diri sendiri kerana berjaya mengikis kemalasan dalam diri..adalah 30% proses kerja saya dapat disudahkan..


Proses P&P pun berjalan seperti biasa..saya masih tidak berpuashati dengan apa yang saya laksanakan..masih ada kekurangan yang terlalu nyata sehingga saya sering terfikir layakkah saya menjadi seorang guru andai tidak dapat menyempurnakan tanggungjawab hakiki saya dengan sesempurna mungkin.. Saya sangat berasa risau kerana melibatkan soal masa depan seorang murid yang selayaknya mendapat ajaran yang sebaiknya..Saya juga terfikir, apakah selama ini saya hanya syok sendiri mengajar? hanya sekadar melepaskan batuk di tangga atau sekadar mengikut arus 'selesa' seorang kakitangan kerajaan?

Layakkah saya andai ada pihak2 tertentu sering merungut tentang 'keselesaan' yang dinikmati oleh guru pemulihan dan murid-murid pemulihan berkadaran dengan pencapaian murid-murid pemulihan saya..pertikaian2 ini sering menjadikan saya rasa risau..Namun, saya seperti biasa akan menjadikan 'pandangan sinis' ini suatu cabaran dan membina semangat saya untuk membuktikan saya berada di sini bukanlah menjadi seorang yang sia2..tidak mengapa..pandanglah rendah pada saya..saya akan buktikan sesuatu kepada mereka..Janji saya tidak mengganggu gugat kerja mereka..


Hmm, emak saya selamat sampai semalam..Alhamdulillah, syukur padaMU yang memberi rahmat dan kesihatan yang baik pada emak untuk melaksanakan umrah..Mendengar suara emak, membangkitkan naluri saya untuk berusaha lebih gigih..Insya ALLAH..

Oklah, mata dah suam2 kuku..nanti sambung lagi..


Wassalam..


Tiba2 teringat pada Cikgu SU di Miri..hehehehe


Cinta Zulaikha

Pejam mata bayangkan cinta
Satu cahaya terindah
Dari jiwa
Terang Jiwa

Kekasihku kau ku puja
Menjelma di langit musim berduka lara
Terpinggir sepi hampir putus asa
Melayar hari kelam yang tak bermaya
Dan makna

*
Hendakku luahkan
Takut makanlah diri
Hendak kusimpankan
Meracuni hati

Hendak ku jeritkan
Takut malu sendiri
Hendak ku diamkan
Kau takkan mengerti

Biar susah bagai cinta zulaikha
Cinta dalam mimpi jadilah nyata
Biar pahit manis juga terasa
Hari ini hampa esok gembira

Biar susah bagai cinta zulaikha
Cinta dalam mimpi jadilah nyata
Biar pahit manis juga terasa
Hari ini hampa esok gembira




5 comments:

sonata anak kancil said...

Wahai guru ku ! Teruskan perjuangan sebagai guru...Ingat amanah sebagai guru....

AJ Style's said...

terima kasih

saifulazrul said...

Nobody perfect, Tapi selagi kita berusaha ke arah kesempurnaan, kita tetap layak. All the best Cikgu Ariep !

zouiery said...

majulah PEMULIHAN untuk negara....
Ikhlaskan diri ko....

AJ Style's said...

baiklah cikgu zouiery..sedap nick ko ni ek cikgu..so, mcmana kehidupan anda dalam hutan sana..musim kemarau ke?

saiful, terima kasih