Tuesday, March 31, 2009

Perkasakan Akar Umbi

Assalamualaikum WBT & Salam Perpaduan,

Cuaca di sini panas dan berbahang..walaupun hujan malam tadi lebat, tidak dapat mendinginkan suhu..Alhamdulillah, perjalanan saya disini semenjak naik cuti sekolah yang lalu sudah semakin stabil walaupun diasak kerja2 mengemaskini fail dan penyediaan bahan bantu mengajar.. Bukan cikgulah kalau tidak ada kerja..itu pun ramai yang berbicara yang kerja cikgu ini sangatlah senang..entahlah..pada saya semua kerjaya ada susah senangnya sendiri..

Kelas Pemulihan saya dalam proses transformasi..bukan saya bentuk fizikal malahan segala perkara saya cuba titik beratkan agar segala perancangan yang sedang saya usahakan berjalan dengan sistematik.. Baru sekarang saya terasa sedikit 'seksa' mengelolakan murid-murid pemulihan..hahaha..mencabar dan sangat menduga kesabaran..walaupun murid saya untuk satu2 sesi P&P hanya 15 orang, namun..hahaha..tak terucaplah..dengan karektor dan sifat yang berbeza..

15 orang tu saya pecahkan 3 kumpulan mengikut peringkat kepandaian diorang..tahap rendah, sederhana dan tinggi..walaupun berada di 3 kumpulan berbeza, ada juga murid yang tiba2 jadi lebih menguasai topik yang diajar berbanding dengan kumpulan yang lebih tinggi aras topiknya..TETAPI keesokkan harinya murid yang tiba2 pandai ni, jadi murid yang lebih rendah arasnya berbanding dengan kumpulan yang terakhir..huhuhuhuhuhu..

Tinggalkan bab di sekolah, saya tertarik dengan isu PPSMI..sebagai kakitangan kerajaan,secara profesionalnya, saya menyokong penuh usaha kerajaan ini..Namun, sebagai insan biasa yang bergelar rakyat Malaysia suka saya nyatakan, usaha menjalankan PPSMI ini pasti akan lebih bermakna andai Kerajaan memperkasakan dahulu penguasaan dan kebolehupayaan murid-murid menguasai kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira) dalam BAHASA MALAYSIA..

Ini pandangan peribadi, kalau saya salah sila betulkan saya.. Dahulu saya merasakan kenapalah ada usaha2 yang cuba menyarankan agar PPSMI dimansuhkan..namun, kini saya lebih realistik untuk menyatakan bahawa betapa pentingnya kerajaan memandang serius akan tahap penguasaan bahasa malaysia ini..Betul, Kementerian Pelajaran Malaysia telah banyak melaksanakan banyak program, umpamanya PROTIM, PROBIM, KIA2M, PEMULIHAN KHAS dan lain2 lagi..tapi alangkah baiknya kalau keseriusan KPM itu dilipatgandakan dengan pemantauan dan penilaian yang lebih ketat terutamanya di kawasan2 luar bandar dan pendalaman..

Kurangkan karenah birokrasi dalam rantaian arahan dan prosedur pelaksanaan juga adalah langkah yang proaktif dalam membantu guru-guru terutamanya di kawasan2 luar bandar dan pendalaman mendapat informasi terkini dan menjalankan program2 ini dengan lebih tersusun..Apabila rantaian arahan tidak diterima sepenuhnya berlaku kecelaruan maklumat..Mangsanya, murid2 juga lah..

Mungkin program ini lebih bermakna andai keseriusan ini berterusan dengan pemantauan yang lebih mendalam..Umpamanya jika ada berikan peruntukan peralatan mahupun kewangan, adakah bantuan ini terus ke pihak yang berkenaan atau adakah peruntukan ini sampai tetapi tidak diberikan kepada pihak yang berkenaan (digunakan oleh pihak lain) atau apakah peruntukan ini disalahgunakan atau digunakan dengan berhemah..turun padang dan bukan terima maklumbalas melalui kiriman pos, email mahupun faks sahaja..Kalau semua ini diambil kira, Insya ALLAH usaha2 memperkasakan Bahasa Malaysia pasti berjaya..ini sebagai contohnya sahaja...

Angka stastitik murid yang gagal menguasai 3M juga pasti menurun kerana, semua pihak bermotivasi mengembleng kepakaran masing2 tanpa ada yang menuding jari menyalahkan sesiapa.. dan ketika itulah PPSMI pasti akan berjaya sepenuhnya..baik di bandar, luar bandar mahupun di kawasan pendalaman..

p/s-ini adalah pandangan peribadi saya..jangan disalahertikan ya..

WASALAM

3 comments:

sonata anak kancil said...

apa2 pun program yang dilaksanakan ada kesan +ve nya.

saifulazrul said...

PPSMI bagi saya lebih banyak kesan negatif berbanding positif. Perkasakan pengajaran bahasa Inggeris untuk pertingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris.

Pengembara Lara said...

aku setuju ppsmi diubah atau dimansuh kan..emm mate aku memang guna blog http://www.mahazan.com
enset aku rosak so harap ko dapat sms aku bagi no ko balik, apa2 ko rujuk kat www.mahazan.com