Saturday, May 30, 2009

Jangan Bermain Api

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,

Beberapa hari kebelakangan ini, negara kita sekali lagi dikejutkan dengan berita mengenai ketua penganas komunis di Tanah Melayu yang ingin kembali ke Malaysia atas alasan ingin mengabiskan sisa-sisa hari tuanya di tanah bertuah ini..Beberapa pihak jelas memberikan sokongan padu kepada "NIAT MURNI" si ketua penganas ini..ada yang beri alasan atas dasar kemanusiaan la..apa la..dan bermacam2 lagi..ada juga yang buta sejarah mengatakan si ketua penganas ini adalah salah seorang yang memperjuangkan kemerdekaan..dan hari ini ada juga peguam yang cuba bersungguh-sungguh mahu permohonan ini dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan hak kepada si ketua penganas ini..

Atas dasar apa si ketua penganas ini masih layak pulang ke Malaysia? Adakah dia betul2 cintakan negara ini atau sekadar menjadi bahan kepada politik yang tidak matang?Hmm, saya sangat benci kepada pihak2 yang bermuka2 yang konon2nya nak tunjukkan dialah hero..dialah wira sedangkan mereka tidak sedar apa yang diperjuangkan itu umpama meludah ke langit kena muka mereka sendiri..Berapa kali hendak diulangkan sejarah penubuhan negara Malaysia kepada barisan ahli politik yang berbilang bangsa ini agar mereka benar2 faham sulur galur perjalanan kemerdekaan dan pembentukan negara bertuah ini..

Apa yang diperjuangkan oleh ketua komunis ini adalah satu ideologi yang akan memenangkan pihak lain, bukannya memerdekakan negara pada masa itu..Saya tidak hidup di zaman tersebut, namun saya boleh hayati betapa perit, sengsara dan terseksa baik dari segi fizikal dan mental keganasan yang dibawa oleh ideologi ketua penganas ini..Mereka mempermainkan dan mempersendakan rakyat negara ini dengan kekejaman yang tiada penghujung..meragut nyawa para perwira negara yang gugur di medan perjuangan..adakah ketua penganas ini layak digelar wira negara?

Jangan bakar api kemarahan kaum2 bumiputera dan kaum2 lain di Malaysia ini dengan satu lagi sandiwara picisan orang politik yang boleh saya katakan tidak bijak..berpeganglah kepada pepatah, di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung..Terutamanya orang2 melayu yang sudah lama menahan kesabaran dan bersikap toleransi demi perpaduan negara ini..Ingatlah kepada sejarah..Kalau tidak tahu tentang sejarah, boleh pergi kedai buku..ada buku2 sejarah dijual..belilah dan buatlah koleksi peribadi agar apabila berkata2 biarlah merujuk kepada fakta..

Cukup2lah dengan pelbagai sandiwara yang didendangkan oleh orang2 politik..Jangan cuba bermain dengan api...sekarang ini masa untuk kita memperkukuhkan kembali perpaduan..Bekerja lah untuk rakyat yang menyokong kalian dengan adil dan beramanah..

Selagi saya bernyawa, selagi itu saya akan tiupkan api nasionalisme ke dalam setiap murid2 saya agar mereka tahu apa tanggungjawab mereka kepada agama, bangsa dan negara..Dan selagi saya bergelar rakyat MALAYSIA, jangan haraplah nama ketua pengganas akan disebut2 sebagai pejuang kemerdekaan..


Semoga ALLAH merahmati roh2 pejuang2 agama, bangsa dan agama..Al-Fatihah..


WASSALAM..

6 comments:

saiful said...

Satu hakikat yang harus diterima ialah Chin Peng adalah salah seorang pejuang kemerdekaan tetapi berhaluan kiri. Itu hakikat.

Setelah Tanah Melayu merdeka, Chin Peng tetap mahu mentadbir Tanah Melayu mengikut acuannya yang langsung tidak sesuai dengan pegangan Penduduk Tanah Melayu.

Taktik perang gerila dan kekerasan Chin Peng memang tidak dapat diterima hingga ramai yang menjadi mangsa kekejaman Chin Peng.

Secara peribadi, saya amat-amat tidak bersetuju dengan pendapat mana-mana pihak dari mana-mana aliran politik sekalipun yang menyokong usaha membawa pulang Chin Peng pulang.

Biar Chin Peng menerima secebis 'hukuman dunia'.

AJ Style's said...

itu pendapat cikgu..saya masih mengatakan si ketua penganas tu bukan lah pejuang kemerdekaan..tiada hakikat atau perkara2 yang tersurat yang akan mewirakan dia sebagai pejuang kemerdekaan..

mereka ini lebih kurang hindraf juga..

saiful said...

Ariep,

Kalau teliti kenyataan Pakar Sejarah macam Prof. Khoo Kay Kim pun mengakui Chin Peng adalah salah seorang pejuang kemerdekaan.

Cuma dalam kes Chin Peng, mereka berhaluan kiri yang tidak langsung sesuai dengan norma-norma yang dikehendaki oleh Penduduk Tanah Melayu hingga mereka memberontak mellaui senjata. Inilah yang menyebabkan saya tidak bersetuju dengan membenarkan Chin Peng pulang ke Malaysia kerana taktik kekerasan yang digunakan memang tidak boleh diterima dengan nilai kemanusiaan.

Hakikat yang perlu kita fahami, dalam buku teks kita masih ramai pejuang kemerdekaan yang dipinggirkan...

saiful said...

Secara mudahnya begini...

Tahap 1 - Chin Peng memperjuangkan kemerdekaan.

Tahap 2 - Chin Peng menjadi pengkhianat negara.

Atas sebab itu, Chin Peng harus menerima hakikat kepulangannya amat amat ditentang oleh rakyat Malaysia.

AJ Style's said...

saya akan buat kajian lagi..dan saya tetap menolak dia adalah pejuang kemerdekaan..saya bukan bersikap perkauman..namun itulah realitinya..

AJ Style's said...

tambahan lagi dia bukan menuntut kemerdekaan tp menyerapkan elemen komunis dalam perjuangannya