Saturday, January 16, 2010

Rasa Itu...

Assalamualaikum WBT & Salam Perpaduan,

Minggu ke 2 persekolahan telah pun berlalu.. Alhamdulillah, semua berjalan dengan baik..Mesyuarat Kurikulum, HEM dan Panitia BM & Matematik juga diadakan setiap hari dari isnin hingga khamis lalu.. Tahun ini, rasanya akan ada barisan 'nazir' yang akan datang ke sekolah..pencapaian UPSR tidak menggalakkan..sekadar mencatat pencapaian 1.1% sahaja menjadikan peratus keseluruhannya 39%..Hmm, masih jauh dari sasaran.. bagus juga nazir datang..kalau boleh, ceraplah saya..agar saya tahu kelemahan saya..sekurang2nya saya tahu apa yang saya salah..apa yang saya kurang..apa yang saya kena perbaiki..apa yang perlu saya tingkatkan..ini perlu supaya saya tidak 'lalai' dan 'selesa' bukan pada tempatnya..

Tahun ini, setelah saya adakan ujian2 yang berkaitan dengan 2M ( membaca dan menulis) tahap TEGAR, Tahun 6 ada 12 orang murid yang belum menguasai, Tahun 5 ada 10 & Tahun 4 yang masih lemah ada 6 orang..ramainya..Murid tahun 2 untuk kelas pemulihan ( yang tidak lulus KIA2M) 17 orang. (satu kelas tahun 2D)...namun, saya bahagi dua dengan guru bahasa malaysia kelas.. Tahun 3 ada 8 orang..

Tahun ini saya merancang nak menyelitkan 2 orang murid tahap 2 dalam setiap sesi P&P saya, sekurang2nya murid2 tahap 2 ini yang masih ada tidak kenal huruf dapat membuat ayat2 mudah untuk menduduki UPSR tahun ini..Insya ALLAH, tahun ini saya akan lipat gandakan usaha dan kerajinan..lagipun saya masih bujang dan tiada masalah besar untuk saya melebihkan masa untuk murid2..cuma, masalah yang selalu hadir ialah MALAS...

Habis bab2 sekolah, semalam ayah telah dimasukkan ke wad di IJN..emak dan adik lelaki saya menghantar ke sana..Isnin ini, insya ALLAH ayah akan menjalani pembedahan di jantung..rasa terkilan juga berjauhan saat ini..ayah ada berpesan sebelum saya pulang ke kapit supaya tidak pulang melawatnya semasa dia operation sebab sekolah baru bermula..Hmm, berat juga..Saya sentiasa berdoa supaya ayah selamat..Walaupun saya dan ayah kurang 'berkomunikasi' sebab saya lebih rapat dengan emak, tapi saya rasa sangat 'sakit' tidak dapat buat apa2 disaat ayah sakit.. alhamdulillah, saya ada keluarga yang sangat mengambil berat antara satu sama lain..Kakak dan adik lelaki saya mampu laksanakan tanggungjawab dgn baik..saya hanya mampu berdoa dan memberikan semangat dari jauh..sebak ..

WASSALAM

3 comments:

Ateh Salim said...

Assalamualaikum.
1. Anak yang baik, ialah anak yang selalu mendoakan kesejahteraan ibu dan bapanya. Di samping itu selalu-selalulah bertanyakan khabar (sekarang ada hp, lagi mudah. Insyallah Allah akan memakbulkan doa anak yang soleh! Semoga bapa anda selamat menjalani rawatan.

2. Membaca catatan anda kali ini, saya dapati anda merupakan seorang guru yang berjiwa besar. Inilah semangat guru yang dikehendaki oleh kementerian kita. Walau di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung.

3. Untuk mengatasi masalah murid-murid lemah 3M dalam kumpulan yang besar, perlu ada permuafakatan yang jitu dari SEMUA guru. Semua guru MESTI memerah segala tenaga dengan ikhlas tanpa menuding jari kepada rakan-rakan yang lain. Guru yang paling penting ialah guru TAHUN SATU atau guru PRASEKOLAH (jika ada). Tidak guna selalu mengadakan mesyuarat, kalau keputusan mesyuarat hanya menjadi catatan semata-mata. Biar mesyuarat 1 kali, tetapi pelaksanaannya berganda.

4. Sudahkah SK Kapit melaksanakan HEADCOUNT ? Jika sudah, laksanakan dengan betul. Jika belum bermula, mulakanlah....

5. Sebagai GB dan sekali-sekala dipanggil memberi motivasi, saya sangat suka berbincang tentang masalah murid lemah 3M. Semuga anda tidak terasa hati dengan catatan ini.

Insyallah, segala yang anda lakukan dengan niat yang baik, pasti akan menerima ganjaran yang baik juga !

Terima kasih.

Ateh Salim said...

Menjawab pertanyaan anda tentang TOV dan ETR (secara ringkas):

TOV (Take off value) ialah Nilai letak kerja kepada seseorang murid berdasarkan potensi sedia ada. Paling senang nak faham: Keputusan (markah)peperiksaan yang lalu. Biasanya markah peperiksaan pada akhir tahun lalu.

ETR (Expected Targeted Result) ialah: Sasaran hasil pembelajaran yang diharapkan.
Paling senang nak faham: Berapakah markah yang kita harapkan murid itu dapat pada akhir tahun ini.

Contoh:
Pada peperkisaan akhir tahun lalu (tahun 5) 'A' dapat 50 markah. Sasaran kita di peperiksaan akhir tahun ini (tahun 6) 'A' akan dapat 80 markah.

Kita tolakkan 80 dengan 50, jawabnya 30. Untuk mendapatkan tambahan 30 itu, kita perlu membuat sesuatu (maknanya, guru kena ajar betul-betul dengan apa cara sekalipun).

Secara ringkas begitulah. Di Johor dan di beberapa buah negeri, headcount sudah menjadi budaya para guru.

Senang cerita: kita mengajar ada sasaran. Sasarannya dalam bentuk angka.

Boleh rujuk dalam internet tentang headcount.

AJ Style's said...

terima kasih atas penerangan cikgu..dulu semasa mengajar di sekolah menengah saya ada buatkan 'ini' tp dah lama tinggal jadi lazimnya mudah lupa...