Friday, February 25, 2011

Musim Sukan


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,

Hari ini telah berlangsungnya pertandingan Hoki peringkat MSSD Kapit.. Seperti biasa sekolah aku terpilih sebagai penganjur pertandingan.. hanya 2 dari 3 daerah di Kapit sahaja yang mengambil bahagian..Daerah Song & Kapit.. Kali ini, aku ditugaskan oleh GB untuk menjadi AJK Logistik.. Bermakna segala persiapan tempat dan peralatan dibawah seliaan aku..Dibantu oleh pasukan Pengakap, TKRS, Tunas Puteri dan PBSM serta AKS tugasan ini dilaksanakan dengan baik dan lancar..

Cuaca yang tidaklah begitu panas merancakkan suasana pertandingan kali ini.. Perlawanan pertama menemukan pasukan lelaki dari daerah Kapit dan Song..Berat sebelah dari segi corak persembahan kerana pasukan Song lebih kerap menyerang sehingga di akhir tiupan wisel penamat,pasukan Song berjaya membenamkan juara bertahan tahun lalu, Kapit dengan jaringan 4-0.. terasa sungguh pemergiaan mantan jurulatih hoki Kapit , cikgu Azri yang telah berpindah ke Pulau Pinang...

Perlawanan kedua turut menemukan lawan dari daerah yang berjiran ini..Kali ini pasukan perempuan Kapit berjaya membalas dendam kekalahan pada tahun lalu dengan mengalahkan Song dengan jaringan 3 berbalas 1..(dah macam berita sukan surat khabar ni) hehehe..

Sebenarnya bukan isu sukan yang hendak diketengahkan..Aku sangat teruja dengan semangat murid2 yang membantu aku. Mereka ini bersungguh2 menyelesaikan tugas dengan baik..dengan senyuman dan rungutan yang minima..tenaga yang dikeluarkan bukannya sedikit..mengangkat kerusi panjang kantin, mengangkat meja, menjaga papan markah, membersihkan padang dan mengemas semula selepas acara berakhir..Dan, aku juga tidak terasa berat poket untuk membelanja mereka makan dan minum selepas itu..Mereka tersenyum menerima pemberian aku yang tak seberapa..dan yang terharu lagi, selepas makan dan minum mereka mengucapkan terima kasih..

Alangkah bagusnya andai ada 'segelintir' orang dewasa bersikap sebegitu lagi pada hari ini...

Jumpa Lagi...

p/s: mahu 'bersiar-siar' di bandar Sibu

No comments: