Thursday, February 24, 2011

3 Purnama

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,

Pening juga kepala memikirkan tahap pencapaian murid2 tahun dua kelas linus pemulihan aku tahun ini..Sudah masuk bulan Mac, tahap penguasaan mereka terhadap nombor asas 1 hingga 10 sememangnya sangat menyedihkan..Adakah cara pengajaran yang salah atau ada sebab yang lain..yang pasti kena perti
ngkatkan kepelbagaian kaedah dan bahan bantu mengajar yang lebih efektif..

Sekarang ini musim sukan. Sekolah aku telah dijadikan pusat latihan untuk pasukan daerah K*pit sebab satu2nya sekolah yang ada padang dan gelanggang serbaguna.. 1 padang diwarnakan dengan pelbagai garisan untuk beberapa acara sukan. Menarik..Kekurangan padang disini menyebabk
an banyak jenis sukan tidak dijalankansecara efisyen..


Antara acara sukan yang dipertandingkan di padang sekolah saya

Karnival Sukan Dan Permainan ini akan dijalankan bermula hari ini sehinggalah 26 Februari 2011. Song, Belaga dan Kapit merupakan daerah2 yang akan bertanding da
lam Karnival ini..Dan saya juga terpilih menjadi pengadil untuk pertandingan bola baling pada 26hb..tapi saya akan menolaknya..sudah ada janji temu yang perlu diutamakan..Surat lantikan baru sahaja diterima pagi tadi..tak dapatlah membantu melancarkan pertandingan bola baling kali ini..Selalu sangat jadi bidan terjun..

Jumpa Lagi...


No comments: