Saturday, February 19, 2011

Terjaga Semula

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,

Setelah lama blog ini dibiarkan bersawang, akhirnya saya kembali..Insya ALLAH kali ini, akan merajinkan diri..

Mood sekarang adalah melayan drama bers
iri Jepun, Gokusen 3..sememangnya sejak diperkenalkan oleh seorang rakan, saya jadi seronok menonton cerita seorang guru wanita mengajar anak2 murid lelakinya yang rata2 berada di kelas hujung dan nakal2 semuanya.. Menonton bukan sekadar untuk suka2..adakalanya mesej yang diutarakan memberikan ruang untuk kita yang dewasa ini berfikir.. Apa baik dan apa keburukannya..Saya suka melayan (kalau ada masa) drama Jepun..Korea saya tidak minat langsung...Entahlah mungkin, drama jepun lebih menyentuh ruang sensitiviti saya kot...

Selain drama Gokusen, Great Teacher Onizuka (GTO) antara drama jepun perihal tentang guru di sana suka saya tontoni berulang2 kali..Walaupun secara peribadinya watak dan perwatakan guru (watak utama) tidak mencerminkan etika sebenar, namun apa yang menariknya, guru tersebut sentiasa ada untuk murid2nya..tidak kiranya sama ada murid2nya suka atau tidak kepadanya, guru ini tetap mengaja
r dan melaksanakan tanggungjawab dengan baik..dan sebenarnya sejak menonton GTO ini pada tahun 2002 saya sudah mula menanamkan minat untuk menjadi guru..


Tidak kenal maka tidak cinta kan, syukur..perjalanan saya saya menjadi se
orang guru bermula dari tahun 2004..menjadi guru sandaran tidak terlatih memberi platform terbaik untuk saya mencapai cita2 baru ini..seterusnya 2007 setelah 3 kali mengambil Mtest diterima masuk ke IPGM Raja Melewar..dan 2008 ditempatkan disini sehinggalah ke hari ini..Alhamdulillah.. Saya suka mengimbas kembali sejarah2 lalu supaya saya sedar bahawa bukan mudah saya nak capai kerjaya ini..sejarah sentiasa ada untuk kita mengingati dan belajar menjadi lebih berkualiti dan berintegriti..

Jumpa lagi..Assalamualaikum...


No comments: