Tuesday, March 08, 2011

Berita Gembira & Sedih



Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,

Minggu lalu, aku tersentak bila diberitahu oleh seorang rakan yang melanjutkan pelajarannya di Australia bahawa rakan sekelas semasa di Pusat Matrikulasi UUM telah meninggal dunia pada subuh 2 Mac 2011 dalam tidur.. Saudara Hilmy Hasrin merupakan seorang rakan yang baik semasa kami sama2 belajar di UUM.. Kebetulan, aku dan arwah dari Johor Bahru dan sekelas pula..Rasa seperti tidak percaya rasanya kerana arwah pergi terlalu awal pada usia yang baru mahu mencecah 31 tahun..Benarlah, ajal maut tidak mengira umur dan pasti akan datang..Kita yang masih hidup perlu teruskan hidup dengan menambahbaik segalanya untuk bekalan kita di akhirat kelak..

Seingat saya arwah walaupun perwatakannya adakala seperti 'garang' tapi sebenarnya dia seorang yang sangat peramah..Arwah suka bermain softball semasa di UUM..dan mahir bermain alat muzik..Kami pernah bergabung idea mencipta lirik untuk pertandingan muzik akustika anjuran Majlis Kebudayaan Universiti Malaysia (MAKUM) di UPM pada tahun 2001.. Kali terakhir aku berjumpa arwah pada tahun 2005 semasa memperbaharui kad pengenalan di Wisma Perseketuan Johor..Arwah bertugas sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik di JPN.

Sesungguhnya, pemergiaan arwah sangat2 dirasai..Walaupun aku dah lama tak berjumpa arwah, terasa sebak juga bila menatap gambar2 lama kami..Al-Fatihah, semoga arwah ditempatkan dikalangan insan2 yang dikasihi ALLAH SWT..

Hidup mesti diteruskan dengan sekualiti yang mungkin. Tahniah diucapkan kepada En. Fauzi & Pn. Ainani Faizura kerana telah dikurniakan cahayamata yang pertama..Insya ALLAH, makin berseri2 perjalanan kehidupan kalian..Nanti cuti sekolah bulan Mac, andai ada masa aku n isteri pergi melawat korang di Batu Pahat ya...

Tahniah juga diucapkan kepada En Ateh Salim kerana bertukar tempat bertugas di sekolah baru.. Walaupun diambang persaraan, aku percaya beliau sangat berpengalaman dan kepakaran yang ada pasti disalurkan demi kecemerlangan anak2 murid baru di sana. Selamat menjalankan tugas!!

Cuti sekolah pertengahan penggal pertama akan bermula 2-3 hari lagi..Masa untuk semak kembali kekurangan yang ada sepanjang 3 bulan pertama mengajar ni..


WASSALAM..




2 comments:

Ateh Salim said...

Hai....apa khabar orang Sarawak. Saya pula sudah jadi orang Melaka. Nampaknya semakin sukar untuk bersua. Terima kasih atas ucapan tahniah anda. Sebenarnya saya terima cadangan BPKhas untuk beralih angin ke Melaka kerana inginkan kelainan. Kalau anda dan rakan-rakan yang lain boleh bertugas nun jauh di Sabah/Sarawak, apalah sangat antara Batu Pahat dengan Melaka.

Waktu ini saya baru sahaja sampai ke BTP Pahang untuk berbengkel dari 8 - 11 Mac 2011.

Selamat maju jaya!

AJ Style's said...

Cikgu Ateh,

satu hari nanti saya nak ikut juga jejak langkah cikgu..hehehe insya allah..