Monday, September 20, 2004

LEMAHNYA AKU!!!

Assalamualaikum...apa khabar? lama tak bersua dalam jurnal ni...terima kasih kepada geng2 yang baca blog saya ni..terharu gak..ada gak yang membaca..JOHN(lama menghilang mana ko pi?) Iela pun sama...saiful azrul selalu berhubung di SMS je...epol...(makin senang ko sekrang? alhamdulillah-tumpang gembira..kawin bila pool? hehehehe umah dah ada PS2 dah ada cewek2nya mana ek?)Izzud yang selalu menjenguk website aku...tQ...
Aku baru je balik semalam dari PAC kat INTAN KLUANG..3hari 2malam ..PAC tu apa?PTD Assessment Centre..PTD tu apa? Pegawai Tadbir dan Diplomatik...Jawatan Pegawai Kerajaan yang paling tinggi dalam kategori pegawai..bunyinya macam best kan kalau dapat jawatan ni..tapi susah beb!! prosedurnya banyak...pertama anda kena mendaftar dengan SPA pastu amik exam bertulis kalau lulus baru dapat ke PAC..lepas berjaya semua exam semasa di PAC baru di panggil temuduga & bila dah lulus temuduga barulah dipanggil menjawat jawatan ini...selepas tu amik lak DPA(diploma pentadbiran awam) wajib tu..barulah disahkan sebagai PTD..
Apa ada dalam PAC tu..macam2 ada..bila aku sampai je tepat jam 9pagi..pi la mendaftar kat kaunter pendaftaran..tak kan kaunter pertanyaan kot..hehehehe..dapat la bilik...ingatkan bilik berkongsi..masuk2 bilik pergH!!!sorang2 beb...siap ada tv,aircond,peti sejuk & bilik air dalam bilik..rasa macam x nak pi exam je..tido kat bilik tu..hahahaha!!ujian pertama ialah UJIAN ELPA(ENGLISH BERTULIS) pastu petang lepas solat Jumaat UJIAN PSIKOLOGI...memang Psiko aku..mana tak ujian tu dibuat semasa mata memang enak tido...dengan aircond nya yang sempoi2 bahasa...teruji psiko aku..nasib baik berjaya...petang tu ada taklimat sket..and then malam ada group discussion..bm and english...bm ok lagi..english memang aku akui aku lemah!! Pegawai Penilai pun ada tegur aku sebab kurang berinteraksi semasa group diksusi ni..macamana aku nak berikan idea..semua anggota dalam group aku semuanya laju2 nak nyatakan pendapat masing2 tak henti2..kat sini aku nampak sikap hipokrit dalam diri setiap ahli kumpulan aku..masing2 nak menonjolkan diri bagi dapatkan markah lebih di mata pegawai penilai..aku tak gemar perbincangan sebegini..dah la aku duk tengah2 dihimpit kanan ngan kiri oleh ahli perempuan...makin lama makin sempit dan panas...tak leh jadi ni lalu aku kuar dari bulatan kumpulan lantas menuju ke depan terus..hahahaha!!! masa pembentangan aku terus ke angkat tangan tak kasik chance kat orang lain...sapa suruh mereka tak dengar idea aku masa perbincangan tadi...nasib la...abis 10.30mlm..minum malam dan balik bilik, solat terus tido kesejukan...
5.20 pagi aku dah bangun...gosok gigi ...kejut kawan sebelah bilik dan turun ke surau solat subuh berjemaah...xtvt pagi tu masih lagi berkumpulan..kali ni xtvt bermesyuarat bm dan bi...alhamdulillah takde masalah...yang best tu aku sama group ngan kawan aku sekelas masa MATRIKS UUM dulu AZIZAL a.k.a COT....kemudian persediaan pengucapan awam & public speaking...lepas 2.30 aku ditempatkan di BILIK TAYANGAN ..aku sampaikan ucapan mengenai remaja yang semakin luntur semangat nasionalismenya...aku guna pengamatan aku untuk menyampaikan ucapan...walaupun gugup tapi aku berjaya juga mengabiskan ucapan lebih 5 minit..hehehehe tanpa kertas di tangan..tanpa segan ngan perempuan2 ...buat apa nak malu..bukannya aku kenal kat depa..tips cikgu english aku masa aku amik SLG dulu aku gunakan sebaiknya....Great presentation pada aku...namun aku lupa bawak blazer kalau tak markah penuh tu...takde lah..aku cakap je...tapi ada lagi yang lagi BAIK & SEMPURNA dari aku..aku akui banyak aspek kena belajar...aku bukanlah dikalangan terbaik...
Petang..FITNESS TEST...wah wah wah...aku dapat lari 2.4 km dalam masa 18 minit lebih..masih gagal nak lakukan dibawah 18minit..namun aku tak kecewa...aku akui aku gemuk dan larian aku perlahan dan cepat mengah..!! namun aku bangga lah walaupun gemuk aku berjaya meninggalkan ramai orang kat belakang...semangat tu ada...lagi satu yang buat aku berlari dengan sekata ialah wanita yang lari beriringan..pergh sportingnya ..dia potong aku..pas2 aku potong dia..sehinggalah ke garisan penamat...kerana terlalu nak cepat habis sampai kat selekoh yang banyak akar2 pokok..aku tak perasan lalu terpelecok...nasib baik x jatuh...nak cover malu kat awek tu aku teruskan lari...akibatnya KAKI AKU BENGKAK kat bahagian tapak kaki..!!!pergh...
Malam dengan kesakitan dan terencut2 jalan aku gagahi ke BILIK TAYANGAN untuk exam PUBLIC SPEAKING..kat sini aku rasa aku begitu kerdil dengan pencapaian aku...aku akui ENGLISH aku paling lemah antara mereka yang ada dalam kumpulan aku...aku tanamkan azam andai terpilih sekali lagi dalam PAC ni aku akan laksanakan dengan BAIK!!INSYA ALLAH..aku sampaikan tajuk how to market the new brand handphone..kah kah kah!! orang lain semuanya pasal ekonomi,isu semasa....lawaknya tajuk yang aku choice....balik bilik aku urut kaki yang sakit..esok ada debat ala parlimen..aku guna YB PULAI..hahahaha!! kawasan Parlimen tempat aku...isunya menarik...Kemiskinan menjadi punca peningkatan jenayah di MALAYSIA...aku dibarisan pencadang...abis debat ada taklimat & tips PTD ...2 jam berlalu akhirnya berakhirlah progran 3 hari 2 malam yang disertai oleh 200 orang...
BANYAK ilmu baru aku perolehi...jangan terlalu yakin bila belum mengetahui suasana situasi...jangan terlalu baik hati..kadang2 kena hipokrit...kawan2 tak payah cerita...ramai kenalan baru yang saya jumpa...baik lelaki mahupun perempuan...ada yang betui2 ikhlas kawan ngan kita ada juga yang buat2...apa nak kata...lumrah alam...hmm...tapi dari angka 26 000 yang mendaftar jawatan ini, 16 000 yang menduduki exam kelayakan & aku diantara 1900 yang berjaya exam dan layak ke PAC ni menjadikan aku bersyukur..bukan semua orang yang dapat menempuh sampai ke tahap ini...dan aku masih berharap agar lulus PAC ini dan dipanggil untuk ditemuduga yang dijangka bulan november nanti...ini adalah impian aku hendaklah pekerjaan yang tetap dan dapat membantu diri aku, keluarga & masyarakat...INSYA ALLAH..doakan kejayaan kita bersama...
SEKOLAH...ramai student yang prihatin ngan aku...bertanya kenapa aku berjalan terencut2..hehehe...bagus2 budak2 ni..walau dimarah ...tetap x ada dendam...bagus..semoga anak bangsa aku terus sedar tanggungjawab masing2...okeylah aku nak buat kerja...Pagi ni nak nengok LIVERPOOL vs MUTD...LIVERPOOL MENANGNYA LAH!!!Predict 2-0...Wassalam...

6 comments:

Anonymous said...

Tahniah!!!
Saya pi ujian PTD langsung tak dapat. Ariep memang terer!!!

Anonymous said...

Eh.. I remember you, I think.. from the public speaking. We were in the same room.. you were the one yang ada cerita pasal zaman portugis ke apa tu kan.. Anyway, good luck ye untuk temuduga nanti. Semoga dipanggil.

Anonymous said...

Assalammualikum ariep...interesting baca experience awak kat PAC..actually, saya pun hari tu pegi jugak PAC kat sg.petani tapi saya kecewa sangat sebab untuk speech BI tu saya terlupa points and grammar saya berterabur sampai orang gelak kat saya...lebih memalukan bila orang kata pronounciation saya kelakar..arrghh malunya...kononnya nak bagi speech tanpa notes but nampaknya saya still belum sampai ke tahap tu..bila agaknya result PAC nak keluar? saya check spa takde apa2 pun lagi..kata kuar sebelum puasa...saya rasa macam tak dapat jer dipanggil temuduga...menyesal betullah tak buat betul2..

oklah ariep...good luck...
onacarina@hotmail.com

Anonymous said...

Result PAC dah keluar hari (1 Ramadhan..) Boleh la semak. ;)

Anonymous said...

akum,

nak tanya sikit ELPA (English Bertulis) masa kat PAC dulu tu tentang tajuk aper?

sama la jugak ujian psikologi berkenaan tajuk aper?

aku akan ke PAC pada sept 2005 ni. terima kasih bebenyak kalau dpt bantu .bye

Anonymous said...

ish..membuatkan aku rase cam tammo g je exm tu..nak kne berhadapan dengan bnyk bende..arrrgghh tak peduli nak jugak!!!!

p/s: skrg dah dpt title 'PTD' ker?congrate la kalo dah..