Friday, February 18, 2005

SEMALAM YANG PENUH DENGAN KEMARAHAN!!


Saya dilahirkan didalam sebuah keluarga yang besar. Ibu bapa saya tidaklah sekaya mana tapi masih mampu menyara hidup kami. Saya mempunyai 12 adik-beradik. Saya anak ke 8 dan sudah meningkat menjadi gadis sunti. Abang dan kakak saya semuanya berjaya dalam hidup mereka tetapi bila sampai turn saya, saya seolah-olah memalukan ibubapa saya. Apa boleh buat. Sebenarnya saya ni cacat, tak cantik dan hitam pulak tu. Dan lebih teruk lagi saya mempunyai penyakit malu yang amat sangat.
Saya malu nak berhadapan dengan masyarakat, malu dengan adik beradik malah malu yang amat dengan mak abah. Memang malulah hidup saya nih. Hinggakan nak tengok muka saya di cermin pun malu yang amat. Kalau jalan saya pasti menunduk, menunjukkan malunya saya pada tahap kronik. Apatah lagi berhadapan masyarakat, rasa macam nak pakai topeng je. Tapi mak abah selalu marahkan saya, mereka kata saya tak mensyukuri nikmat tuhan. Tapi malu tu kan anugerah tuhan juga. Disebabkan mak dan abah dah fedap, maka mereka merancang untuk mengahwinkan saya.
Apa lagi, meraung la saya. Saya ni kan malu yang amat dasyat. Macam mana nak berhadapan dengan suami pulak nanti? Dah la saya cacat, hitam ditambahkan dengan sifat malu yang menebal, macam mana saya nak hadapi semua tu? Hari ni saya nekad, saya musti berjumpa abah untuk menghalang perkahwinan saya. Apa nak jadi, jadilah!! "Abah kan tahu yang saya ni malu nak berjumpa orang ramai. Lagi abah mahu saya kawin dengan orang lain. Abah tak berperasaan ke?" Tempik aku penuh semangat. "Apa yang kau nak malukan sangat?" Tanya abah saya serius. "Laaa.. abah tak nampak ke, saya ni kan ke cacat, hidung panjang, hitam pulak tu, gemuk lagi. Malu la saya macam ni." balas aku penuh keyakinan.
"Woi anak durhaka, kau tau tak kenapa hidung kau panjang, hitam dan gemuk, kau tau tak kenapa? Sebab kau tu tapir. Tapir memang la muka macam tu. Tapir atau nama saintifiknya cipan adalah spesis kau!! paham tak tapirrrrr!!!" Lerr... tapir ke saya ni? Patut la saya malu amat sangat. Tapir rupanya saya ni. Ingatkan saya cacat semualajadi. Itulah dia kalau talau tak rajin menanya. Bodoh sungguh saya sampai ke tulang.
MORAL: kenalilah diri anda. Janganlah menapirkan diri anda walau dimana jua anda berada.
ahaks!!!
Assalamualaikum WBT kpd geng2 yang sering ke sini..lama btul x update..banyak kelija la...tambah2 lagi nak sukan sekolah ni..maka bertambah2 lah tugasan sampingan..kan best kalau cikgu2 kontrak macam aku ni diberikan elaun tambahan untuk setiap kerja selain daripada mengajar...kesian kat aku ni kan..tak macam cikgu tetap..macam2 imbuhan kerajaan bagi..elaun itu ini..aku hanyalah ditakuk lama..dah la gaji takde kenaikan, kalau nak cuti kena potong gaji..takde cuti langsung, harapkan mc je la..itu pun kalau sakit..hmm, mengeluh ek? hehehehe takdelah..Aku memang sket terasa hati sket antara keje kontrak dengan tetap..bezanya macam langit dan bumi..pada aku sapa2 yang keje kontrak ni akan melaksanakan satu tugasan yang 100% ikut kebolehan dia sebab nak buktikan kepada majikan mereka bleh melaksanakan keje dengan baik dan seterusnya akan disambung kontraknya..kalau sambung kontrak maknanya adalah gaji untuk menyara kehidupan diri sendiri dan orang yang ditanggung..kalau tak alamatnya kena la menapak dan sediakan resume untuk cari keje lain...bunyinya macam sedih tapi itulah hakikatny....manakala yang permanent ni buat keje ala kadar pun takpe...gaji dapat..tak perlu risau pasal kena buang..Pergh!! kalau korang pikirlah sapa tak angin kan..senario ni berlaku kat dalam negara kita...yang senang akan terus senang dan yang susah akan terus berusaha untuk meneruskan kehidupan...(MACAM AKU KE?) Aku harap Menteri2 yang berkenaan jenguk2lah masalah ini..tak kira kontrak or tetap semuanya bekerja demi satu matlamat..jangan beza2kan pekerja yang keje secara kontrak dengan tetap..
Semalam ada acara prasukan..aku ditugaskan menjadi pelepas acara trek dan pengelola peserta..alhamdulillah berkat kerjasama antara cikgu kontrak dengan cikgu2 tetap yang berkaliber semua acara Lelaki dan Perempuan bawah 13 tahun dilaksanakan dengan teratur dan ikut rancangan..datang pada waktu pagi untuk handle prasukan dan mengajar pada waktu petang memenatkan aku sket...Aku rasa kualiti pengajaran aku terjejas...badan penat otak jadi lambat sket...bila dah penat emosi akan terganggu...aku angin giler ngan student pagi yang key in data peserta umah sukan aku..lain yang diberi lain yang di key in nya..so kelam kabut untuk acara prasukan Lelaki dan perempuan bawah 15...apa tidaknya cikgu pagi suruh cikgu petang cari peserta bawah 15 tahun ( Acara bwh 15thn ini utk form2 dan 3)..alasan dia sebab budak form 3 takde yang nak masuk...pergh aku dah siap cari nama..tup2 bila acara ada pplak budak f3 yang mai...abis2 kesianlah budak2 f2 yang turun training..dah kelam kelibut kat tengah padang...dah la aku terpaksa tinggal kelas nak settle masalah kat padang tu..menambahkan keribut hati aku ni...
Aku bagitau kat budak f2 korang pi je kat setiap venue pastu ko potong je nama budak pagi then letak nama korang..alasannya pertukaran saat akhir...ada yang budak pagi terkedek2 jumpe aku...nak masuk acara la..baru nampak batang hidung..masa latihan tak nak datang..ko pergi balik...jangan nak menyusahkan keje cikgu2 lagi...pastu aku naik ke kelas..kelas yang aku tinggalkan tadi...aku dah berikan tugasan supaya semasa peninggalan aku diorang baca buku..naik2 je YA ALLAH..dengan budak cina bawak handphone..pastu ajak geng2 cina dia datang huru harakan kelas aku...pergh..darah aku menyirap semula...semua aku denda..aku nak letak nama diorang dalam buku rekod displin sekolah....biar padan muka...suruh belajar bahasa melayu betul2 x mau...aku tak pernah berat sebelah cina ke melayu ke india ke semua aku tibai kalau buat salah...so sepanjang hari semalam aku mengamuk..hahahaha...
Okaylah...nanti aku smbg balik...aku nak gi sekolah ni WASSALAM

2 comments:

Anonymous said...

Sabarlah Ariep... InsyaAllah ada rezeki Ariep nanti... Banyakkan doa...

-Saiful-
www.saifulazrul.cjb.net

Anonymous said...

as'kum.. ha at last org bukak gak blog cgu ni...
em, not bad sey, tp pehal masok name org lak ni?! la... lex la jgn marah2 k... hehe.. sabo..


-marinah-
~ladyheart_jayb@yahoo.com~