Monday, March 21, 2005

PERANG KLANG (org2 KL ingat lagik ke?)

1857, Sultan Abdul Samad yang berkuasa di daerah Langat ditabalkan menjadi sultan SELANGOR...Daerah Klang pada mulanya diletakkan dibawah kekuasaan Sultan Sulaiman..Apabila Sultan Sulaiman mangkat, daerah Klang ini diserahkan kpd Raja Abdullah...Raja Mahadi putera Sultan Sulaiman enggak puas hati..Daerah Klang semakin maju dengan aktiviti perlombongan bijih timah dan semakin ramai buruh2 cina masuk bekerja..lombong2 yang popular ialah di area kuala lumpur dan ampang..(org yang tinggal kat ampang duk atas lombong ka?) Kekayaan di Klang telah menjadi rebutan dan perbalahan di Selangor menjelang tahun 1860an...(lama tu)..RAJA MAHADI ingin memiliki daerah klang kerana daerah ini asalnya terletak dibawah kuasa ayahandanya..(RAJA SULAIMAN adik2 semua...) PERANG KLANG meletus pada 1866 bila RAJA MAHADI menyerang RAJA ABDULLAH di KLANG..
Perang ini merebak( mcm nyamuk aedes la pulak) ke daerah2 lain dan bertambah buruk bila kumpulan pelombong cina turut terlibat..( best ke perang ni? semua nak terlibat..hmm, fikirkanlah!!) aktiviti perdagangan di SELANGOR terjejas..so SULTAN ABD SAMAD telah mengarahkan MENANTU baginda, TENGKU KUDIN (kerabat KEDAH) untuk solve this problem...hehehe..kehadiran TENGKU KUDIN tak diterima oleh RAJA MAHADi dan pembesar2 SELANGOR krn. TENGKU KUDIN bukan anak negeri SELANGOR..(hek eleh..orang tu nak jadi org tengah pun taknak...itulah melayu..)TENGKU KUDIN ni sebenarnya putera Sultan Kedah..berkawin dengan puteri SULTAN SELANGOR dan dilantik menjadi wizurai(wakil ) utk mentadbir dan memajukan SELANGOR..Akhirnya TENGKU KUDIN gi jumpa BRITISH minta bantuan utk tamatkan kekacauan ini...dan british telah berjaya tamatkan perang ni..and THEN, British telah mencarik alasan utk menempatkan RESIDEN di selangor (nak kaut hasil bumi selangor la tu..macam org tak tau..)
So, pada tahun 1873, sebuah kapal dagang BRITISH telah di rompak dalam perjalanan ke Melaka di kawasan LANGAT..apa lagik, peluang dah terbuka..tambah2 lagik pada 1874, RUMAH API BRITISH di Tanjung RACHADO( huyooo nama tak ingat!!! RONALDO kot!!)telah diserang..peristiwa di perairan SLGOR telah membuka ruang utk british desak SULTAN ABD SAMAD terima BRITISH sebagai PENAUNG..(macam nak buat majlis rasmi lak ada penaung2 lak hehehehe) Akhirnya pada tahun 1874, J.G DAVIDSON dilantik menjadi RESIDEN yang pertama...dan FRANK SWETTENHAM dilantik sebagai penolong Residen...(Macam pernah dengar je nama SWETTENHAM ni...kat ner ek? jawab la kalu berani!!)
KONKLUSINYA, SEMANGAT PATRIOTISME YANG TIADA LANGSUNG DI JIWA MASING2 mengakibatkan negara dan maruah diri tergadai ...mudah terangsang dengan kekayaan yang sementara cuma tidak menjanjikan keuntungan berpanjangan..beringatlah..jangan berlagak kaya dan senang diatas kesusahan orang lain...muhasabah diri agak kita terus jadi bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang...bak kata HANG TUAH..takkan melayu hilang didunia( tapi nampaknya kata2 ni memang btul..kat tempat2 seperti disko memang banyak melayu bertempiaran...henjut2 sana..henjut2 sini...kena tangkap ngan jabatan agama meraung macam tak cukup newspaper...kui kui kui)fikirkanlah..dunia hanya sementara....buat baik berpada-pada...buat jahat jangan sesekali....!! WASSALAM

No comments: