Monday, March 21, 2005

TIP2 PAC utk Calon2 bakal PTD

assalamualaikum w.b.t..tahniah la kerana dapat panggilan PAC tu..dah start ke blum..maap terlambat reply...ok saya ceritakan serba sedikit pengalaman saya.. firstly, pemakaian..pakaian yang awak kena pakai mestilah mengikut etika pemakaian kakitangan kerajaan Malaysia..dari atas sampai kasut pegawai2 ptd ni akan perhatikan..kasut terutamanya..kalau perempuan kena pakai kasut yang bukan sandal...kalau lelaki kena pakai kasut yang bertali dan kulit..berkilat..hehehehe jangan pakai kasut yang sebarangan nanti tolak markah..
secondly, untuk presentation..ada 2 presentation individu..bm dan english..gaya mesti konfiden, jgn ada kertas kat tangan, lancar dan bleh tarik perhatian pegawai penilai dan para peserta pac sendiri..jangan gugup..semua dalam bilik tu sama..so diorang x kan tumpukan perhatian kat ucapan awak...pemakaian..kalau nak markah lebih bawak blazer or kot..baru nampak konfiden...pengucapan umum ni 5 minit untuk bm dan bi..isinya mengenai hal ehwal semasa,ekonomi,bisnes...sehari seblum dia akan kasik tajuk apa yang perlu kita buat...banyak tajuk pilih satu je...
thirdly, semasa aktiviti berkumpulan..serlahkan awaknya diri walaupun idea merapu jangan duk diam2 sebab ada markah..walaupun awak bukan ketua kumpulan sering bagi pendapat...dia kasik beberapa kajian kes dan kena selesaikan...aktiviti kumpulan ni terbahagi 2 satu bm dan satu lagi bi then, perbahasan seperti di parlimen,kita akan dibahagikan mengikut kumpulan pencadang dan pembangkang dan diberi satu tajuk...jangan malu2 nak kemukan hujah2..bernas dan padat...macam betui2 kat parlimen...
next, semasa di PAC nanti jangan sombong, perkenalkan diri dan cuba berkawan dengan semua orang tak kira bangsa apapun...peramah dan menegur pegawai2 ptd yang ada kat sana..time management dan sentiasa ceria dan senyum lastly, aktiviti berlari 2.4 km..cuba lari walaupun hanya berjogging..masa tak penting..dia nak tengok kesungguhan awak...
ok..good luck yer...
p/s: tips ni asalnya utk kak ina ( raina@ streamxy.com) tapi try email x leh hantar..alang2 kasik la kat semua orang..mana tau berguna...kongsi2...wokeySS..WASSALAM

No comments: