Thursday, March 31, 2005

PERSONALITI MEMBENTUK KETRAMPILAN POSITIF

SITI... GOOD LUCK!!!



Assalamualaikum WBT geng2 sekalian...ada sehat? alhamdulillah..syukur kepada ILLAHI memberikan kita ruang lagi untuk menempuh alam yang penuh cabaran ni..Pelbagai isu yang timbul sejak 2 menjak ni...isu pasal sosej ada kandungan OIK OIK (tonyok), isu imam perempuan kat US, isu samak menyamak yang ditimbulkan oleh seorang pengarang (bijak ke?), pastu gempa bumi..bila difikirkan semula kita sebenarnya sentiasa ambil sikap TAK APA LAH...semuanya berpuak2 tak mau duduk semeja berbicara demi kesejahteraan bangsa dan agama semua golongan...TEPUK DADA TANYA SELERA...Nabi Muhammad SAW menggalakkan umatnya bersepakat...tanpa sepakatan bangsa kita lemah longlai..seperti mana negara kita pernah alami satu masa dulu bermula dari tahun 1511 sehingga lah 1957...hampir 400 ratus tahun negara dibelenggu penjajahan akibat tiada sepakatan sesama kita..adakah kita mahu lihat sejarah berulang sekali lagik...
Siti Nurhaliza..nama yang cukup sinonim dengan industri muzik negara kita..Kerjaya dia selaku penyanyi begitu bergemerlapan...cukup pakej wanita melayu..cuma skrg ni CT berpakaian seksi sey!!! ikut potongan badan.. alamak jeles lak aku...hehehe..tapi aku respect CT dia berjaya dalam bidang yang diceburi dan esok dia ada konsert besar di kota LONDON..aku harap persembahan CT akan mendapat sambutan yang luar biasa..dan CT dapat melaksanakan persembahannya dengan sesuatu yang lain dari lain....jangan pakai seksi2 udahlah...GO LUCK CT!!!
Personaliti? hmm, sapa bleh terangkan maksud sebenar personaliti..? Entah ek..aku pun tak berapa arif dalam memberikan maksud sebenarnya..apa yang aku nak kongsi ialah apa yang kita tampilkan dalam kehidupan harian kita pasti akan menjadi daya tarikan sesapa saje...terutamanya orang yang meminati..(EPOL ada S.A sey!!) kalimah don't judge the book by the cover dah x leh diterima sekarang...Penampilan yang menyakinkan pasti menimbulkan reaksi positif..fitrah semulajadi ialah menuju ke arah kesempurnaan...so, berpakaianlah dengan sekemas yang mungkin..mana tau dengan etika pemakaian yang sopan,menutup aurat, tak ketat , rambut tak di kalerkan(sentitif ke?) & lain2 lagik akan menarik kita ke arah yang penuh keceriaan dan kegembiraan....
Aku sekarang ni bz ngan latihan bola baling..Match tinggal seminggu aje..6 & 7 April ni...persiapan ok cuma pemain ada kalanya tak ikut formasi yang diberikan...penat gak..pagi pukul 8 dah ada kat padang..balik umah 10.30 pastu 12.30 nak gi semula...tapi minatnya pasal aku NO HAL...janji kepuasan...kualiti mengajar pun kena jaga beb!! jangan biarkan anak bangsa terabai semata2 kepenatan kita...hehehehe...Last Sunday, aku hantar budak2 sekolah aku gi motivasi SPM yang dianjurkan oleh GPMS..baguslah motivasi ni tapi mungkin kuantiti peserta yang ramai dengan kondisi dewan yang x mampu tampung bilangan peserta kualiti yang dikecapi berkemungkinan tak mencapai objektifnya...hmm, guest what? aku jumpe Dato' Suhaimi Ibrahim...sempoi la Dato'...tak berlagak pun..berjiwa remaja gak dia ni..aku suka kalau orang yang ada nama tapi peramah...AMALINA aku tak sempat jumpa...aku balik awal...pas hantar balik umah la...dewan penuh kalau tak memang aku nak join utk dapatkan infomasi terkini tentang pelajaran..majlis2 ilmu macam ni rugi tinggal tapi itulah situasi tak berapa selesa..so konklusinya aku beredar balik umah siapkan sistem maklumat murid (SMM)yang terbengkalai...payah gak nak guna sistem ini pada mulanya..mana tak tensen aku taip semua hilang..pergh nak patah2 kan disketnya...hehehe(TOMIE ko tak kena wat SMM ke?)
Okay, aku nak isi borang keje UUM yang ABG RASUL tolong pos kan..tq u brother..nanti isi lambat2 mak aku marah...hehehehe...okey...WASSALAM

No comments: