Thursday, April 21, 2005

RINDU YER!!!

Assalamualaikum WBT..kepada geng2 diharap dalam keadaan sihat...lama x nampak mana tercampak? hehehe..sebenarnya pc aku ada problem...big problem..so kenalah berehat skejap..hmm, so you all miss me right? dalam tempoh masa 3 minggu ni macam2 perkara yang telah berlaku dalam kehidupan aku...sama jugak ngan korang...suma berubah2 ikut situasi semasa...Selamat Menyambut Maulud Nabi...Jadikanlah Rasulullah SAW sebagai idola ikutan kita...sifat2 yang terpuji wajib diteladani..jadilah umatnya yang mengikut sunnah Nabi SAW...INSYA ALLAH panduan hidup kita pasti tidak terpesong...contohnya bekerjalah anda dengan seikhlas yang anda mampu...jangan sesekali mengeluh dengan bebanan kerja kita..
Bola baling MSSD JOHOR BAHRU telah dilangsungkan dengan jayanya pada 7-8hb april yang lalu..walaupun cerita ni agak terlewat namun aku nak kongsi bersama2 bagaimana semangat juang pasukan yang diletakkan sebagai takde harapan berjaya melangkah sehingga berjaya mencuri tempat ke 4 daripada 25 buah sekolah yang bertanding dalam daerah JB ni...Aku memang tak menyangka skuad aku berjaya melangkah sejauh ni...TAHNIAH aku ucapkan buat RAMESH, CACA, NAZRI, ARIF,ZAINIE,BLACK,WAN,AIZAT,MUIZ,SYED,SABARUDIN,AID & AWIN yang berjaya merealisasikan harapan mereka sendiri untuk menaiki podium..hehehe..dengan rekod 4 perlawanan tanpa kalah dalam perlawanan pusingan pertama ( mengalahkan SMK MUTIARA RINI,SMK TEBRAU,SMK SERI PERLING 2 & SMK TMN UNIVERSITI) kami melangkah konfiden ke pusingan kedua...budget pun sampai 2nd round je tapi nasib masih lagi menyebelahi kami...SDARY muncul naib juara kumpulan X (Menang dgn Teknik Dagang 3-2, seri dgn Teknik Tanjung Puteri 2-2, seri dengan SMK SERI SKUDAI-calon juara & tewas dgan SSI 0-1)..
Kami tak menyangka akan layak kerana kami menang hanya dengan perbezaan gol dengan SMT Perdagangan...Aku dah menitiskan air mata bila game yang sepatutnya kami bleh menang tapi tewas dengan SSI...aduh!! semua dah muka sedih..budak Teknik Dagang sememangnya gembira...Namun,mungkin dah rezeki sekolah aku..tiba2 pengumuman dibuat SDARY telah dipilih jadi naib juara kumpulan dan layak untuk perlawanan tempat ke3 dan ke4...semua melonjak kegembiraan..aku bersyukur dan kali kedua airmata aku bergenang..pergh..bukan mudah nak bawak skuad ni..daripada awalnya tak nak hantar penyertaan langsung...budak2 datang merayu2 nak masuk..sampaikan sanggup bayar wang penyertaan sendiri...akhirnya ketua kelab bola baling akak Rozlinda bagi permission..aku pun sanggup luangkan cuti aku untuk sama2 turun padang menyihatkan badan..tambah lagi 2 minggu berturut2 aku datang pagi berlatih dgn diorang...Alhamdulillah janji aku untuk bawa balik pingat tercapai...tak sia2 aku menjerit2 kat padang coach diorang..coach merangkap guru2 pengiring pun tak seaktif aku...siap suara aku bleh kalahkan supporter tuan rumah yang berpuluh2 orang...hehehehe ada player pun turut ter psiko ngan ayat2 aku...adat permainan la..lagipun aku ni pun masih dikategorikan muda lagi kot..darah masih mendidih mengapi2kan skuad aku..berjaya gak strategi aku...Seorang player aku BLACK wakil daerah untuk ke peringkat negeri MSSJ, BLACK a.k.a Hasrul.
Ahad ni akan diadakan MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG & PIBG...aku incharge bahagian displin..Berdisplin kah aku? YANG ADO!! hehehe.. skrg ni pun aku jarang kuar malam...kalau ada seminggu sekali kot...nengok wayang...lain hari aku menanda buku ...buat nota...isi borang keje...(carik keje tetap)...wokeylah mata dah suam2 kuku...esok nak gi sekolah pagi..nak buat padang street soccer...sabtu kena iring budak ke KUIZ PERDANA di SMK TEBRAU..aku lagik? aku rasa kalau tahun depan aku kekal kat sekolah ni lagik...tiba MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG aku gerenti dapat trofi guru paling aktif mengiring budak2...hahahaha...(aku nak claim)...cemerlang ke? tepuk dada tanyalah hati...WASSALAM...

2 comments:

Anonymous said...

Kau ada sebut nama black... Tu Black yang wakil MSSJ Bola baling dulu tu ke? Aku kenal budak tu. Kau penah wakil MSSJ Bola baling tak?

AJ Style's said...

hmm,slyders..black tu wakil MSSM JB aje..MSSJ tak dapat..dia student aku tahun lepas..

Aku tak pernah main MSSJ ..tak pandai main masa sekolah...dah masuk U baru kenal bola baling..dari situ aku blaja dari semua pemain negeri seluruh Malaysia..yang main untuk Malaysia pun kenal la sorang..amik pengalaman...