Thursday, May 19, 2005

GURU OH GURU-USMAN AWANG 1979

Dialah pemberi paling setia,
Tiap akar ilmu miliknya,
Pelita dan lampu segala,
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa,
Dialah ibu, dialah bapa juga sahabat,
Alur kesetiaan mengalir nasihat,
Pemimpin bertauliahkan segala umat,
Seribu tahun katanya menjadi hikmat,
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari hari ini Raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,
Jika hari ini Ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang Peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang Penulis terkemuka,
Jika hari ini sesiapa menjadi dewasa,
Sejarah dimulakan oleh seorang guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca,
Dimana-mana dia berdiri di muka muridnya,
Disebuah sekolah mewah di ibu kota,
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu,
Dia adalah guru mewakili seribu buku,
Semakin terpencil di ceruk desa,
Semakin bererti tugasnya kepada negara,
Jadilah apa pun akhirnya kehidupanmu, guruku,
Budi yang diapungkan di dulang ilmu,
Panggilan keramat CIKGU kekal terpahat,
Menjadi kenangan ke akhir hayat.



SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU-GURU yang pernah menaburkan ilmu kepada kehidupan diriku ini dari aku celik mata sehinggalah kini..Jasamu tinggi tiada terperi...baru ku kini fahami bebananmu guru...KHAS kepada semua guru-guru di Malaysia & bakal2 guru..tanamkan azam..pasakkan keikhlasan..mengajar & mendidik bukan perkara yang mudah masakini...niat kerana ALLAH pasti keberkatan akan diperolehi...INSYA ALLAH!!!

No comments: