Tuesday, May 24, 2005

AL FATIHAH

Assalamualaikum WBT..apa khabaq geng2 sekalian..diharap berada dalam keadaan sihat dan sentiasa dirahmati ILLAHI..lama tak menulis..skill menulis pun semakin hambar...sekarang ni sibuk dengan peperiksaan pertengahan tahun..nak menanda kertas...Subjek bahasa melayu paling sukar nak menanda kerana memerlukan penghayatan dalam menanda..kesalahan ayat,format karangan dan pelbagai kesilapan perlu diambil kira...rasa2nya lah kan kalau nak dibuat perbandingan pelajar aku tahun 2004 dengan pelajar 2005 memang ada perbezaan yang ketara....pelajar aku tahun ni masih lemah dalam penguasaan bahasa ibunda kita..hmm, kalau dah bahasa melayu cukup2 makan aje, apa kes dengan subjek lain..itu cabaran bagi aku untuk memperkasa semula anak bangsa aku agar mereka tak hanyut dibuai kemajuan teknologi yang melanda kita semua...

Teknologi memang bagus dan sentiasa membantu perkembangan kehidupan masyarakat..namun ianya harus selaras dengan perkembangan intelektual dan sosial sesuatu masyarakat secara menyeluruh baik di bandar2 besar mahupun di kampung2...ada jurangnya teknologi bandar dan kampung...Cyber Cafe tumbuh bak cendawan selepas hujan namun berapa peratuskah yang menggunakan teknologi ini untuk knowlegde? tepuk dada tanya selera...kebanyakan Cyber Cafe di Malaysia ini dibuka hanyalah untuk kegunaan pelajar2 sekolah bermain games....memang tak salah bermain permainan komputer..tapi kalau dah selalu sampai melekakan sesorang itu..hmm, ianya akan menjadi barah kepada masyarakat Malaysia terutamanya BANGSA aku MELAYU...

Al- FATIHAH..aku menerima SMS dari ABG WAN petang semalam menyatakan NAIB CANSELOR UUM Dato' Fawzi Basri telah meninggal dunia..sememangnya aku terkejut dengan perkhabaran ini..Arwah bagi penglihatan aku yang lemah ini seorang yang cukup sihat dan bersemangat..masih terngia-ngia kata2 arwah ketika aku MULA menjejakkan kaki ke UNIVERSITI UTARA MALAYSIA 1998..antara kata2nya..orang melayu kita selalu amik mudah dengan persekitaran..malas belajar..mudah lupa diri..umpama " Terbongkang Terkangkang di Tepi Longkang"...hmm besar pengertian ayat arwah..dan kali AKHIR aku menjejakkan kaki untuk keluar dari UUM beliaulah yang menyampaikan IJAZAH SARJANA MUDA kepada aku...Semoga ALLAH menepatkan beliau dikalangan orang2 yang dirahmatiNYA..AMIN...

OK, aku nak kena bersiap gi sekolah..dah dekat pukul 12 dah ni...kepada kawan2 aku yang ada blog tu...rajin2 la UPDATE yer!! jangan malas2!! Saiful Azrul, Cikgu Tomei, Doktor Mata IZZUD, IELA dll...WASSALAM

No comments: