Thursday, July 31, 2008

Segalanya Bermula Di sini!!



Jendela Hati- FIRDAUS

Aku ingin hidup secerah mentari pagi
Yang menyinari di taman hatiku

Aku ingin seriang kicauan burung

Yang terdengar di jendela kehidupan


Aku ingin segala-galanya damai

Penuh mesra membuahkan ceria

Aku ingin menghapuskan duka dan lara

Melerai rindu di dalam dada

Sedamai pantai yang memutih

Sebersih titisan embun pagi

Dan ukhuwah ini pasti berputik


Menghias taman kasih yang harmoni
Seharum sewangi kasturi

Seindah ceria pelangi

Segalanyakan bermula di sini



Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,

Tidak sampai tempoh 24jam lagi aku akan berangkat meninggalkan Semenanjung Malaysia menuju ke satu lagi lokasi untuk meneruskan kerjaya ku..Aku tidak pernah menyesal mengambil keputusan menjadikan kerjaya ini suatu keutamaan.. Aku tidak pernah menyesal kerna kerjaya ini bikin aku berkelana jauh meninggalkan daerah yang begitu akrab dgn diri ku ini..Dan pastinya aku memilih kerjaya ini atas minat dan kemahuan ku sendiri..Sedar tidak sedar semua kerjaya di dunia ni menuntut kepada komitmen dan aku rasa 95% aku dah bersedia untuk menjadi seorang guru cemerlang dalam pembikinan...5% lagi bergantung kepada suasana dan situasi aku disana kelak..


Aku yakin dengan segala rezeki dan anugerah ALLAH pasti ada hikmahNYA..dan aku perlu ingatkan diriku ini agar sentiasa mengingatiNYA, bersyukur dgn rahmatNYA serta berusaha mencari keberkatanNYA..semoga aku dan semua orang mendapat lindungan keselamatan, kesihatan dan yang pasti terus mengingati NYA...

Kadangkala aku berfikir, indahnya perjalanan kehidupan ini..penuh warna warni..ada suka, ada duka, ada ceria, ada dugaan, ada cabaran dan pelbagai2 lagi..unik kan..semua orang berbeza2 corak kehidupan..ada yang senang..ada yang susah..yang pasti bagaimana kita nak harungi dgn berhemah dan mengikut landasan yang betul..andai terpesong jauh..kembalilah ke pangkal..andai terjerumus jauh..bangkitlah dgn cekal melangit..andai senang beringatlah..senang cerita kita perlu ingat kepada 5 perkara..insya ALLAH kita pasti selamat...

Semalam aku keluar servis Myvi ku..hmm, aku dan kereta ni takleh dipisahkan..satu keperluan ni..tak tau mcmana lagi samada nak pos kan kereta ke sana atau tidak..bergantung kepada lokasi disana kelak...Berjumpa teman sekerja yang lama di Kulai..banyak perubahan aku lihat..alhamdulillah..Boss lama ku akan berpindah ke JB3..Boss baru aku adalah Abg Fendi..mentor aku semasa aku kerja sebagai Parts Executive di JB1..naik pangkatla bro..huhuhu..tahniah..Boss aku semasa di JB3 pindah ke JB2..semuanya dah berubah..kerna hidup ini perlu ada perubahan dan baru lah ada perkembangan yang baik..Aku masih baik dgn rakan2 sekerja lamaku..tidak rugi berbudi dan berkawan dgn ramai orang..

Aku menyiapkan beberapa perkara sebelum mengemas barang2 ke dalam beg..aku bawa dua beg besar tu..28 inci dgn 24 inci..hmm, satu beg isi pakaian..satu beg isi barang keperluan..sleeping bag pun aku bawa..

Malam tadi aku keluar makan bersama rakan ku Amirun..Aku kenal dia sejak di SMTJB..dulu kami duk bersebelahan di dalam kelas..di Pusat Matrikulasi kelas kami bertentangan..kini dia seperti dulu..dah nak kawin ni..bulan 8..sorry la bro, aku maybe tak dapat datang sebab dah ke Sarawak..tak gaji lagi tu nak gi Majlis ko..huhuhu..banyak topik aku bincang dgn dia terutama berkenaan keadaan politik di Malaysia..bukan sembang2 kosong tetapi kami utarakan logik2 realistik situasi sekarang..

oklah, kekawan...INSYA ALLAH kita akan bertemu skali lagi dalam penulisan blog ku ni...doakan aku berjaya menempuh cabaran2 disana..doakan aku berjaya jadi guru yang komited..kepada kawan2 ku yang lain, aku doakan kalian juga berada dalam keadaan bersedia mengharungi liku2 ini..yang pasti kita adalah antara yang terpilih untuk menjana minda masyarakat di Malaysia..Tekad, tabah dan tekun!!


WASSALAM...


Insan Dan Amalan -FIRDAUS

Agung
Di dunia
Memang harta
Jadi sandaran
Keagungan
Di akhirat
Amal jualah yang menentukan

Walau setinggi mana dudukmu
Amal jangan dilalaikan
Walau serendah mana letakmu
Amal tidak disampingkan
Tinggi atau rendah
Amalanmu tetap dihitungkan

Kehidupan yang sementara ini
Penuhilah dengan amalan murni
Semoga hidup direstu Ilahi
Biarlah pulang bagaikan dinanti
Terhimpun diri di dalam pilihan
Orang soleh di sisi Tuhan

Amalan baik dan buruk
Penentu aras letakmu
Bagaikan hidup dan mati
Insan dan amalannya sebati
Itu lumrahnya
Ketentuan hidup seorang insan

Hidup di dunia sementara
Pulang nanti amalan yang dibawa
Baik buruknya
Semua dihitung Tuhan Yang Esa


p/s- aku tetap setia menanti Dia..


3 comments:

ninot said...

bro..
gud luk bro...
thanks jmpa aku td..
harap semua ok..
huhuh :P

Anonymous said...

ko pergi ninggalin aku...uhuhuh.good luck bro. Aku doakan ko baik2 saja disana nnt

AJ Style's said...

sama2 la kita..
kat sini ok aje