Tuesday, September 30, 2008

Edisi Raya Part 2- Selamat Hari Raya Aidilfitri!!

Raya Tahun Lepas di IPRM: Wan Besar balik Penang..Wan K.U beraya di Sarikei..Wan Fauzana di Kuantan & Aku

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,

1 Syawal semakin terasa bahangnya..Sana sini pastinya umat Islam sedang sibuk membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri..Meraikan kemenangan setelah sebulan berpuasa..simbolik rasanya..Alhamdulillah negara kita dapat menyambut bulan ramadhan dengan penuh kedamaian dan keharmonian tidak seperti di beberapa negara yang lain..hmm, syukur kita hidup dalam perpaduan sebegini..buang yang keruh ambil yang jernih..mana ada manusia yang sempurna ye tak..superman yang dipropagandakan sebagai hero barat pun pakai seluar dalam di luar..huhuhuhu..jgn terlalu taksub dgn negara2 barat..kita ada acuan sendiri..undang2 & perlembagaan sendiri..Umat Islam ada Al-Quran & Hadis menjadi panduan..so, renung2kan...

Pertama: Baju Raya
Tahun ni sama mcm tahun2 lepas tak bikin pun bj melayu..maybe tak sempat kot..selalu aku tempah di tailor kegemaranku di JB..tapi tahun ni tak sempat memandangkan berapa nun jauh di seberang laut cina selatan..so pakai je la baju melayu thn lalu, masih elok, cantik, segak dan bergaya..warna biru ye kawan2..huhuhu..cuma beli sehelai tshirt untuk dibawa balik ke kapit nanti...

Juga belikan ayah sehelai seluar berjenama..(levis jeans ke? huhuhuhu)..adik beradik lain dah belikan baju2..so, ayah aku mcm tau2 je aku nak belikan dia baju gak..tapi dia minta belikan seluar je..ayahanda terchinta punya pasal..no problem!! hehehe

Kedua: Kek & Kuih Raya
Tahun ni tak dapat la nak beli kuih or kek raya sebab mak n kakak aku dah tempah awal2..huhuhu..kalau beli bebanyak siapa plak nak habiskannya..adik aku je tinggal kat umah jb..mak & ayah aku tinggal dgn kakak aku di Melaka...sure tak ramai datang beraya di JB..semua sedara mesti pakat raya umah kakak aku di Melaka...cuma aku bawa balik kek lapis Sarawak (meriah sey kaler2nya!!)...

Ketiga: Duit Raya
Walaupun aku telah gaji namun gaji ku telah sempurna aku habiskan membayar tunggakan hutang2 ku yang berkali2 melilit pinggangku yang cute ni..cute kah?hehehe..just aku nak beri pada 2 orang anak saudaraku yang cute2 ni, mak, ayah dan nenda ku terchinta!! insya ALLAH..tahun depan pasti ada ku peruntukkan buget..

Keempat: Tiket Kapal Terbang
Tiket perjalanan kapal terbang airasia ku disumbangkan oleh ibu & akakku..namun begitu, aku tetap akan membayarnya..hehehe..sian gak dah gaji tak bayar smula..tapi yang tak best 4hb dah kena balik sibu daa..raya tahun ni rasa mcm sekejap je cutinya..tapi takpe..janji aku balik bercuti jumpa famili aku..tu yang paling utama...

Kelima: Cuti Raya
Seminggu..mula 27hb sehinggalah 4hb..aku kena balik sehari awal sebab flight ke sibu dari jb sehari sekali je..tu pun petang..then, bot ke kapit last around 2 pm..so, nak tak nak kena balik awal supaya tak terlepas bot keesokkan harinya..

Keenam: Kad Raya
Tahun ni aku tidak berkesempatan melayangkan kad2 ucapan hari raya kepada kekwan dan keluarga..nantikan sms raya ku ye..hehehe..terima 2 kad raya setakat ni dari MAS PK1 & ZAZA PK3..tu pun dah ok..ada juga yang mengingati diriku ni..tapi pastinya kiriman sms bakal mencurah2 malam nanti..huhuhu

Ketujuh: Zakat
Alhamdulillah berjaya ditunaikan kewajipan ini di Plaza Angsana, Johor Bahru pada hari Ahad yang lalu..syukur!!

Kelapan: Perancangan Berhari Raya
Pagi ni akan bertolak balik ke Batu Pahat..seperti biasa akan ronda2 di bandar BP malam ni..esok lepas solat raya akan menuju ke Alor Gajah, Melaka..dan sebelah malamnya akan kembali semula ke JB..tahun ni balik awal sebab mak n ayah ku rindu kat aku kot...huhuhuhu..selalu raya ketiga baru balik JB..Kakakku balik umah mak mertua dia dan akan pulang ke JB raya kedua..

Pada raya ketiga, perancangan lagi menarik kot sebab ada tour de raya..melibatkan aku, zawi, pojie, nen, put2, samsol & kemungkinan pejal serta sid..Plannya begini..Nen, Pojie & Pejal akan turun dari BP ke JB..Zawi & Sid akan turun dari KULAI..semuanya ke lokasi pertama JB rumah aku la..then, ke rumah SAMSOL di Kota Tinggi..Pastu naik ke Kulai rumah Zawi & Sid..Ke Pontian rumah Putri..then umah Nen di BP, rumah Pojie di Ayer Hitam..Penutupnya umah Pejal di Kluang..macam Kembara Mahkota je..lawat daerah2 kekwn berhari raya..huhuhuhu..umah Pae kalau dia ada di kampung, leh jugak gi..mcm tahun lepas..siap sesat ke rumah nenek dia di parit raja..huhuhuhu

Kesembilan: Ucapan Raya
Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir & Batin...kepada semua geng2 pembaca blogku yang tak seberapa ni, semua pengunjug2 yang tersinggah membaca disini & umumnya kepada umat Islam di seluruh pelusuk bumi ni..Raikan dengan gembira bersama2 orang yang kita sayangi..Insya ALLAH..Jangan makan banyak2 k..nanti overweight semula..hehehe..(ni aku nasihatkan pada diriku!!)


WASSALAM..


p/s-idea menulis kali ni diceduk dari blog teh shazana!! hehehe..pupus idea aku pepagi ni..jangan marah ek teteh!!

2 comments:

Anonymous said...

Trima kasih bab sudi gak pose kan skit gamba aku kat blog ko...
wei,aku harap ko sihat dan banyak menimba pengalaman masa kt sana apa2 yang interesting ckp la kt aku...
spp ko dh settle ke?

Anonymous said...

Trima kasih bab sudi gak pose kan skit gamba aku kat blog ko...
wei,aku harap ko sihat dan banyak menimba pengalaman masa kt sana apa2 yang interesting ckp la kt aku...
spp ko dh settle ke?

WAN acs