Thursday, November 20, 2008

Cuti Sekolah Lagi..




Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,

Lama aku tidak mencoretkan apa-apa di ruangan ini..sebulan setengah kan..sekejap saja masa berlalu..kini cuti persekolah bermula sekali lagi..Dalam sedar tidak sedar, tahun 2008 masihi juga semakin ke penghujungnya..sedar atau tidak, usia kita juga meningkat..pengalaman bertambah..sejarah kehidupan makin diisi dengan kepelbagaian cerita..ada ceria, ada derita, ada bahagia dan macam-macam lagi ujian dan cabaran..apa yang penting kukuhkan iman, usaha sedaya mampu, doa dan tawakal kepada NYA agar kehidupan kita ini sentiasa di berkati dan dirahmati..AMIN

Menaiki bot ke seberang Sungai Sarawak

Mana nak mula ya? Sebelum balik bercuti tempoh hari aku berkesempatan melancong ke Kuching..huhuhu..ada apa dengan Kuching? best la jejalan cuti2 Malaysia ke sana..misi aku bersama kawan2 kali ini tidak kepada melawat tempat2 menarik..kami just gi Kuching untuk membeli belah cenderamata untuk dibawa pulang utk dihadiahkan kepada kenalan dan juga keluarga masing2..Misi ke Kuching bermula seawal 7pagi 15hb Nov dgn aku bersama 4 lagi rakan2 (cikgu Aswad, cikgu Zaidi, cikgu Samsol & cikgu Ajib) menaiki bot ekspress dari Wharf di Kapit menuju ke Sibu..Perjalanan yang mengambil masa hampir 3jam...lama kan..jarak kapit-sibu tak la jauh mana..126km je..tapi memandangkan menggunakan bot melalui sungai rejang maka ianya memakan masa yang panjang..

Sampai di Sibu, kami berlima terus menaiki teksi ke rumah keluarga Cikgu Siti Mariam..(kenalan baru) Kami menumpang letak beg2 dirumahnya...terima kasih buat Siti kerana sudi membantu..di sana ada juga cikgu Zai menunggu..hehehe..kemudiannya kami bertujuh menuju ke Wisma Sanyen untuk makan..lapar ni..makan KFC..lama tak makan KFC..di kapit tiada KFC ye kawan2..di Wisma Sanyen aku bersua dgn kawan cikgu Martha dan cikgu Siti ak Nyamuk..kami meluangkan masa berjalan2 dan kembali semula ke rumah cikgu Siti Mariam untuk bersolat..jam 3ptg kami bertujuh bertolak ke Kuching dari Sibu menaiki bas..perjalanan ke Kuching memakan masa hampir 8 jam...ya ampun, lenguh2 pinggangku..
walaupun aku biasa naiki bas untuk perjalanan yang jauh, namun jalan raya di Sarawak ni bukannya seperti di semenanjung..di Sarawak tiada lebuhraya seperti lebuhraya PLUS di semenanjung...

Menanti Bot

Sampai di Kuching hampir jam 10 malam, check in di Regal Court..best hotel ni..belakang hotel ni, ada pasar tani Satok..apa yang menariknya, kami memilih lokasi dan hari yang tepat kerana hari Ahad sahaja ada Pasar Tani Satok yang mana ada pelbagai gerai yang menjual bermacam2 jenis cenderamata dan lain2 lagi barang..aku berhabisan hampir rm 200 semata2 untuk membeli ikan terubuk masin, baju2 untuk famili dan anak buahku, keychain dan mcm2 lagilah untuk kawan2..sehinggakan sendiri punya tak beli..dasyat tak..huhuhu...setelah penat membeli belah, sebelah petangnya, kami menyewa kereta makcik cikgu Zai.. Cikgu Angela bersama kekasihnya hadir dari Bau membawa kami ke Pekan Serikin, berhampiran sempadan kalimantan..disini boleh dikatakan seperti di Padang Besar..banyak kain batik yang khas untuk buat baju kurung dan kain pelikat..aku sambar 3 helai kain untuk kak wan, kak hanes dan 1 lagi berwarna pink untuk kawan ku di Jb..beli kain pelikat buat ayahanda dan juga kain batik buat emak terchinta..hehehe..Cikgu Angela bawa kami pusing2 tapi hari hujan jadi kami singgah di Pekan Bau untuk makan tengahari...

Cikgu Aswad & Cikgu Zaidi

Pada sebelah malamnya, kami hanya bersiar-siar di Waterfront..banyak hotel2 mahal kat sini..hehehe..tak mampu nak menyewa hotel disini..lepas bersiar dan makan malam kami kembali ke hotel dan ZZZzzzZZZ..tidur lah..Hari Kedua di Kuching, kami bergerak ke Waterfront..menaiki bot tambang ke seberang sungai Sarawak menuju ke kedai kek Lapis..sessi memborong kek lapis sarawak bermula..aku sendiri beli 10 jenis kek lapis..bukan yang sebuku besar tu..suku dari sebuku besar..makcik aku kirim lima..aku tambah 5 lagi wat keluarga dan kawan2..beli 10 free 1..sebelas la semua sekali..kedai kek lapis ni memang popular..Sultan Mizan pun pernah datang..(berdasarkan gambar dikedai tu) lain kali tak yah kirim2 lagi la..senang je kedai ni boleh hantar kek lapis guna pos laju je ke semenanjung..lagi mudah..time raya takyah berangkut beg banyak2..

Selepas memborong Kek Lapis..banyak tu!!

Selepas memborong kek Lapis, kami meneruskan aktiviti membeli belah di sepanjang waterfront..yang bestnya, kalau seorang beli di
satu kedai, semua sekali akan beli juga dikedai tu..untung la tuan kedai...lepas penat berjalan, kami menuju ke destinasi terakhir..rumah cikgu Siti Mariam di Kota Samarahan..dia sekeluarga jemput kami makan tengahari di rumahnya..nyum2x..bersama2 cikgu Ahmad dan Cikgu Zai kami ke sana..sedap masakan yang disajikan..sebenarnya lama tak makan masakan yang betul2 sedap dan memenuhi selera..jadi masing2 makan lah sepuas2nya namun tidak gelojoh dan penuh dengan adap kesopanan..wakakaka..siap mak cikgu Siti bungkuskan lagi..baik la..pasni leh la selalu bertandang ke rumah cikgu Siti Mariam jika datang ke Kuching..hehehehe...(nak jadi calon menantu boleh?)

Bersama Cikgu Siti Mariam

Balik hotel, berkemas dan bersiap untuk balik ke JB..penerbangan dijangka jam 945malam..dapat kapal terbang aku layan tidur..penat beb..sampai JB dalam pukul 11 malam..Adik aku ambil..Sampai rumah, rehat kejap dan hantar cikgu Samsol balik ke Kota Tinggi..jam 230pagi sampai semula di rumah..tidur..jam 6 bangun..nak hantar cikgu Ajib ke lapangan terbang..dia tidur dirumahku..balik rumah, sambung tidur...huuhuhu... Cuti ni, banyak jemputan perkahwinan..23hb, 29hb, 30hb dan 6hb..huhuhuhu..insya ALLAH aku akan cuba penuhi jemputan2 ni..dan aku lega juga berjaya menyelesaikan hutang2 ku.

oklah geng, nanti aku kemaskini lagi ye...selamat bercuti!!


p/s-cinta datang lagi? oohhh..not again!!!

4 comments:

Sufi Idany said...

salam....cikgu ariep....selamat bercuti... Cikgu.... byk shoping ek.... nak kek lapis gak bleh? ehem .. ehem... cikgu nmpk sedikit ensom la skang ni slim jek... saya tgh nerves tggu result posting ..... tak th mana tmpat sy nnt.....

AJ Style's said...

salam kembali cikgu sufi..slim ke..nak slim meh la datang ke sarawak..best la kat sini..

jangan risau pasal posting..dulu saya pun mcm awak tp kini saya redha dgn ketentuan ALLAH..

DIA lebih mengetahui segalanya..ada hikmah di sebaliknya..

yang penting kita dapat jalan tugas dan memperolehi rezeki yang diberkati..

Unknown said...

salam rip...lama ko ilang.... ingat dah kene pikat ngan puteri santubong...

apsal aku baca blog ko ni mcm aku baca tulisan dalam buku bahasa melayu..hahahahaha... skema bebbb......

nguahnguahnguah

AJ Style's said...

salam,

iela..aku cuba mendaulatkan bahasa melayu..!! hehehe