Wednesday, December 24, 2008

Kembara Cinta





Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,

Cuti persekolahan tahun ini memang dipenuhi dengan aktiviti santai berjalan2 semata2..dari mulanya cuti pada pertengahan November sehinggalah kini telah sampai ke penghujungnya, aku gunakan dengan sepenuhnya..

Di Muzium Kota Tinggi- Jejaka Harapan Malaysia!!

JB-Melaka-N9-Melaka-N9-KL-JB-Melaka-JB-Batu Pahat-Kulai-Kluang_JB-Kulai-Kota Tinggi-Sedili-JB..huhuhuhu..banyakkan lokasi bercuti2 Malaysia kali ini..



Bukan apa, tidak selalu dapat berjalan2 melawat tempat2 menarik..jadi bila ada kesempatan (duit cukup, masa berpadanan & kesihatan yang baik-alhamdulillah) dapatlah digunakan dengan sepenuhnya..

Di Makan Tun Habab @ Kg Makam, Kota Tinggi

Semalam, 23 hb Disember 08..sekali lagi dengan tiada perancangan strategik yang dirancang seawalnya, kami (aku, zawi, sid & Samsol) hanya sekadar berbalas beberapa sistem pesanan ringkas (SMS) dan janji tercipta..semalam aku gi jalan2 cari makan di Kota Tinggi, Johor..


Seperti yang sedia maklum, nak promosi sket ni..Kota Tinggi merupakan Pusat Pemerintahan Kerajaan Kesultanan Melayu Johor pada satu ketika dahulu setelah kejatuhan empayar Kesultanan Melayu Melaka..Di sini, sepanjang Sungai Johor inilah banyak penempatan dan pusat pemerintahan kerajaan Johor silih berganti lokasinya..


Di Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang @ Kg Makam, Kota Tinggi

Aku suka pada sejarah kerana ianya sesuatu perkara yang menarik..Dengan sejarah kita belajar siapa kita sebenarnya..dengan sejarah juga kita dapat mengetahui sesuatu perkara dengan tepat kerana sesuatu sejarah itu tidak akan terjadi tanpa ada fakta dan bukti yang tepat..


Oleh itu, semual mana pun anda semasa di sekolah menengah dahulu mempelajari matapelajaran sejarah, tolong jangan abaikan sama sekali.. sesebuah bangsa yang bertamadun tidak akan berjaya berdiri utuh tanpa mengambil iktibar dan pengajaran dari sejarah2 yang lalu..



Makan Laksamana Bentan @ Kg Kelantan, Kota Tinggi

Isu2 yang diutarakan berkaitan kaum di Malaysia sejak dua menjak ini, Insya ALLAH dapat kita kekang dan kawal andai semua pihak tahu dan ambil berat tentang SEJARAH..terutamanya Sejarah Pembentukan Malaysia..Aku cukup terkilan, ada antara sesetengah pihak yang bercakap mengenai sejarah tapi isi kosong..huhuhu, macam ketam mengajar anaknya berjalan..lawak pun ada rasanya..




Konklusinya, marilah kita menambah ilmu di minda walau sehebat mana pun kita..ilmu ada kunci kejayaan dalam hidup kita bukan untuk diri sendiri semata-mata malah untuk kegemilangan agama, bangsa dan negara..


WASSALAM..

2 comments:

Papa-Itam said...

aku lomah botui pasai sejarah....seb baik aku takyah ngadap benda tu lagi...tapi sejarah itu indah...ntahlah...

Anonymous said...

Salam gua respek lu beb..
huhu first time bg comment tu..