Saturday, April 11, 2009

Ku Temukan Sinarnya

Assalamualaikum WBT & Salam Perpaduan,

Menjadi warganegara Malaysia merupakan satu kesyukuran kepada saya. Saya hidup dengan aman dan tenang di sini, baik di Kapit mahupun di seluruh pelusuk negara bertuah ini..Dari Johor Bahru sehinggalah ke Bukit Kayu Hitam ataupun Padang Besar telah saya susuri..Kini saya berpeluang untuk menjejaki dan menjelajah Kepulauan Borneo pula. Alhamdulillah, kehidupan saya semakin teratur dengan berkerjaya tetap.. Walaupun agak lambat juga saya membina kerjaya ini, namun saya tetap yakin dengan setiap ketentuan yang diaturNYA..saya juga yakin segala yang saya laksanakan dan lalui ini semuanya kerana DIA..

Oleh itu, saya ada banyak perkara yang perlu say
a lakukan demi memelihara keberkatan rezeki dan kedamaian..Pepatah Melayu ada mengatakan hujan emas di negeri orang, hutan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri...
Dalam konteks ini, memang ada kebenarannya..Selepas habis sahaja SPM, saya mula berkelana ke utara ke sebuah daerah bernama SINTOK..5 tahun di sana, saya kembali..selepas 3 tahun bekerja di JB, saya sambung belajar di Seremban selama setahun dan seterusnya menyambung kerjaya ini di bumi kenyalang..

Berada di sini mengajar saya banyak perkara2 baru baik yang positif dan yang negatif..Pepatah melayu diatas menguatkan lagi keyakinan bahawa saya perlu pantas bergerak dan berasimilasi dengan budaya dan tatasusila di sini..Bukannya mengamalkan budaya secara total tapi belajarlah apa jua yang baik agar saya lebih mantap jati diri.. Ada banyak perkara yang saya rasa sangat 'kekok' bila mengenangkannya..

Walaupun saya masih baru dalam bidang perguruan ini,namun itu secara formalitinya, kalau secara realitinya sejak 2004 lagi saya telah menjadi cikgu..Adalah beberapa perkara positif saya pelajari dari pengalaman di sekolah menengah yang saya kira tiada di sekolah yang saya ajari sekarang..Insya Allah, mana2 perkara yang baik akan saya sebatikan dalam diri saya dan pengurusan P&P untuk memajukan anak2 murid saya kelak..


Perjuangan saya dalam bidang ini masih jauh lagi.. Doakan saya berjaya menempuh apa jua rintangan dan halangan..

p/s-21hb ni temuduga pengesahan jawatan..pulun membaca apa2 yang patut..


5 comments:

Anonymous said...

Nanti jangan pulak tersasul nama Menteri Penerangan Datuk Seri Hishamuddin pulak. Hehehe...

All the best Ariep!

AJ Style's said...

terima kasih saiful...hehehe

Anonymous said...

Assalamualaikum CIkgu... Semoga sentiasa diberkati dan diredhaai Allah sentiasa, InsyaAllah. Terima kasih atas segala ilmu yang diajarkan dan panduan yang diberikan...

Anonymous said...

Alamak, silap taip la Ariep... Sorry... Saya nak send kat CIkgu saya.

Apa pun, mintak tolong Ariep ubah link ke website saya... www.saifulazrul.net

TQ

su said...

Selamat mendidik anak2 bangsa....besar pengorbanan jd seorg guru..

~senyum slalu~