Saturday, June 20, 2009

Santai di Hari Sabtu


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,

Alhamdulillah dah seminggu sekolah dibuka..dah seminggu juga saya berada semula di Kapit..Semuanya berjalan dengan sempurna..

Hari ini mengambil kesempatan bercuti hujung minggu, saya bersama 12orang rakan2 seperjuangan (Samsol, Aswad, Amran, Ajib, Zaidi, Hadi, Mad, Ad, Azri, Lan, Daus, & Edy) berkonvoi beramai2 dengan sebuah kereta dan 8 buah motorsikal menuju ke sebuah sekolah di kawasan Pedalaman jenis 1 di bahagian Kapit ini.. Sekolah Kebangsaan Ulu Yong..

Perjalanan sejauh 23 kilometer ini dari Pekan Kapit mengambil masa lebih kurang 35 minit..Kami melalui kawasan jalan raya yang tidak berturap sejauh 6 kilometer dan bersambung dengan jalan bengkang bengkong yang berbukit untuk sampai ke sekolah ini..kiri kanan jalan kami hanya ditemani bukit2 menghijau yang ditanam padi huma dan tanaman kontan..

Selagi ada di Kapit ini, kami bercadang untuk melawat ke sekolah2 di sekitar bahagian Kapit untuk merasai sendiri suasana kawan2 kami yang berkhidmat di kawasan pedalaman..seronok..dan ada kesedaran betapa bertuahnya saya dapat mengajar di sekolah baru walaupun dalam kategori luar bandar berbanding rakan2 yang lain..Alhamdulillah..

Tujuan lainnya,hehehe Amran hendak melawat buah hatinya di sana..serampang dua mata la ni..pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah ini rasa masa biasa saja cuma jauh dari pekan la..jalan raya ada dan bekalan elektrik menggunakan generator..cuma air saja kot susah guna air hujan dan sungai..Apa yang paling menyeronokkan belakang sekolah ini ada sungai yang sangat jernih airnya..putih..sejuk..pergh..rugi tidak bawa baju basahan untuk mandi..

Buah hati Amran cikgu di sekolah ini, jadi kehadiran kami dijamu dengan makan tengahari di tepi sungai..Sambil makan kami berborak dan ketawa bersama2..rasa utuh dan rapat hubungan kami walaupun kami semua ada yang baru saja berkenalan..Alhamdulillah..semuanya kebaikan datang dari yang Maha Esa..Setiap kejadian mesti ada sebabnya kan..



Jam 2.30 petang kami meninggalkan SK Ulu Yong untuk kembali ke Pekan Kapit..Kami nak datang lagi sebab nak mandi sungai yang airnya jernih paras lutut je..nyaman tok!!..huhuhu

Ok, berjumpa lagi..

WASSALAM..

p/s: minggu depan kena sediakan jadual baru..hukhukhuk




2 comments:

azza_irah said...

salam..
seronoknya..
susah dah skrg nak cari air jeram sebegitu..semua dah tercemar.
jauh di pedalaman walaupun sukar..sebenarnya mberi seribu pengalaman yg cukup bharga kan..
mg arif semakin tabah menabur bakti d Kapit..

saiful said...

Bestnya harungi air jeram yang jernih macam tu. Memang best !