Sunday, June 19, 2011

Cuaca Panas

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,

Alhamdulillah baru selesai menyiapkan rph dan soalan2 latihan untuk murid2 esok. Pening kepala juga kerana banyak soalan berlainan skil digubal untuk menyusuri tahap pencapaian murid2 ini. Mengajar kelas pemulihan ini bukannya ada set soalan yang tersedia dibeli di kedai2 buku..Kalau ada pun jumlahnya sangat terha
d dan bercampur2 skilnya..Tapi sedikit sebanyak bersyukur ada juga penerbit buku yang menjual buku2 khas untuk murid2 yang masih lemah penguasaan 3M ini.

Pertengahan tahun telah berlalu..Murid tahun 3 daripada 13 orang yang masih belum menguasai 3M, 8 orang telah menunjukkan peningkatan..3 orang daripadanya sangat2 menunjukkan kesungguhan..Walaupun selalu kena marah,cubit2..mereka tetap mahu belajar dan sangat rajin datang ke kelas tepat pada masanya..Apa yang mendukacitakan aku sekarang ialah perkembangan murid linus tegar tahun 2 amat perlahan..daripada 7 orang murid, hanya seorang bersungguh2..seorang lagi sedang menunjukkan minat..selebihnya statik perkembangan..Sebagai guru baru, aku masih belum dapat mengenali tingkah laku sebenar seseorang murid dengan berkesan. Nak kata istimewa, bila diuji dengan instrumen yang dibekalkan oleh KPM, mereka lulus
dan tidak menunjukkan ciri2 istimewa pun..Hmm, kena tingkatkan usaha...

Rabu dan Khamis lepas, aku mengiringi seorang murid sekolah aku ke latihan persediaan pertandingan robotik peringkat zon L Sarawak di Sibu..Baru sahaja sampai dari semenanjung dan penat perjalanan belum hilang, dah kena pi Sibu lagi..Huhuhu, tapi tak kisah sangat la, sebab aku pun memang guru penasihat kelab robotik sekolah..Mem
ang tahun ini bercadang nak hantar wakil bertanding..sekurang2nya, murid2 di Kapit ini ada keyakinan untuk bersaing dengan murid2 dari bahagian Sibu, Mukah dan Sarikei..Rombongan dari Kapit ini disertai oleh Pegawai PPD, 4 buah sekolah rendah dan 2 buah sekolah menengah..hebat tu..itu baru latihan belum pertandingan lagi..Semangat yang ditunjukkan oleh PPD (budget tahun ini ada kot) menyemarakkan lagi semangat aku untuk latih murid2 sekolah aku berjaya...(target 10 teratas)..Kalau berjaya boleh ke peringkat seterusnya di Bintulu..Insya ALLAH..

Arwah Pak Majid Berbaju Hitam

Dalam perjalanan pulang ke Kapit, aku melayari facebook dan terbaca info dari seorang guru di SDARY..aku terkejut...Pak Majid (PAR di SDARY,telah bersara akhir tahun lalu) telah kembali ke rahmatullah..Bergenang juga airmata aku..Teringat semasa majlis perkahwinan aku, arwah datang tapi aku belum sampai di rumah..arwah sanggup ke hotel penginapan aku..Katanya lama tidak jumpa aku..memang betul sejak aku berhenti jadi GSTT 2006,kami dah jarang berjumpa..Banyak kenangan bersama dengan arwah...semasa di SDARY 2004-2006, arwah antara terapat dengan kami GSTT...Main ping pong bersama, pergi ambil surat di JPN dan PPD pun sekali, mengeteh malam2 pun sama2..pendek kata arwah macam abang pada kami.. Semoga roh Pak Majid dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka yang dikasihi ALLAH..budi dan jasa akan aku kenang sampai bila2..

Berjumpa lagi...WASSALAM

Monday, June 13, 2011

Bermula Penggal Baru


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,

Sedar atau tidak, sudah berada di pertengahan tahun 2011..Sekejap sungguh masa berlalu..Rasa sebentar sahaja cuti 2 minggu..Cuti tahun ini sedikit berbeza dengan tahun2 lalu..Kalau tahun2 lalu, aku akan sentiasa bersantai bersama2 rakan2 menjelajah dan 'ukur jalan' di serata pelusuk negeri Johor..Tahun ini sedikit berbeza..rakan2 sesantai ku semuanya telah menamatkan zaman bujang tahun lepas termasuklah aku..Hmm, sedikit perubahan dalam perjalanan kehidupan aku..Rasa seronok pun ada bila kali ini bercuti dirumah mertua utk kali pertama..macam2 ada...Proses penyesuaian masih berlaku..yalah, bukan selalu berjumpa dengan keluarga mertua...Keluarga mertua pun memahami kot proses yang sedang aku lalui..hehehe..

Cuti di Jb seperti biasa dihabiskan dirumah dan panggung wayang..hehehe boleh tak? Dulu memang kaki wayang..Tapi sejak berada di IPG, dah boleh disurutkan ketagihan menonton di pawagam...Layan Pirates , Nur Kasih, Karak, Kung fu Panda, Xmen & KL Gangster..pergh..kaya tokey2 wayang ni..Tapi bukan selalu dapat melayan wayang begini..Layan pun bersama 'tersayang'..hehehehe

Wah!! Murid2 pemulihan aku buat kerja dan latihan yang diberikan masa cuti sekolah lah..ada peningkatan dari segi kerajinan..Mereka ini walaupun lambat dalam proses pembelajaran tapi semangat tetap ada untuk belajar..Harap2 usaha mereka ini tidak 'hangat2 tahi ayam' la hendaknya...Murid Tahun 3 semua dah boleh menguasai KVKV..2-3 orang dah boleh sampai diagraf dan diftong..Yang sangat dirisaukan ialah murid2 tahun 2...LINUS Tegar ada 7 orang..2 orang boleh dipulihkan segera...bakinya..hmm...pelan2 kayuh lah..Insya ALLAH.. Oklah, nanti sambung lagi coretan..

WASSALAM..

Tuesday, March 08, 2011

Berita Gembira & Sedih



Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,

Minggu lalu, aku tersentak bila diberitahu oleh seorang rakan yang melanjutkan pelajarannya di Australia bahawa rakan sekelas semasa di Pusat Matrikulasi UUM telah meninggal dunia pada subuh 2 Mac 2011 dalam tidur.. Saudara Hilmy Hasrin merupakan seorang rakan yang baik semasa kami sama2 belajar di UUM.. Kebetulan, aku dan arwah dari Johor Bahru dan sekelas pula..Rasa seperti tidak percaya rasanya kerana arwah pergi terlalu awal pada usia yang baru mahu mencecah 31 tahun..Benarlah, ajal maut tidak mengira umur dan pasti akan datang..Kita yang masih hidup perlu teruskan hidup dengan menambahbaik segalanya untuk bekalan kita di akhirat kelak..

Seingat saya arwah walaupun perwatakannya adakala seperti 'garang' tapi sebenarnya dia seorang yang sangat peramah..Arwah suka bermain softball semasa di UUM..dan mahir bermain alat muzik..Kami pernah bergabung idea mencipta lirik untuk pertandingan muzik akustika anjuran Majlis Kebudayaan Universiti Malaysia (MAKUM) di UPM pada tahun 2001.. Kali terakhir aku berjumpa arwah pada tahun 2005 semasa memperbaharui kad pengenalan di Wisma Perseketuan Johor..Arwah bertugas sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik di JPN.

Sesungguhnya, pemergiaan arwah sangat2 dirasai..Walaupun aku dah lama tak berjumpa arwah, terasa sebak juga bila menatap gambar2 lama kami..Al-Fatihah, semoga arwah ditempatkan dikalangan insan2 yang dikasihi ALLAH SWT..

Hidup mesti diteruskan dengan sekualiti yang mungkin. Tahniah diucapkan kepada En. Fauzi & Pn. Ainani Faizura kerana telah dikurniakan cahayamata yang pertama..Insya ALLAH, makin berseri2 perjalanan kehidupan kalian..Nanti cuti sekolah bulan Mac, andai ada masa aku n isteri pergi melawat korang di Batu Pahat ya...

Tahniah juga diucapkan kepada En Ateh Salim kerana bertukar tempat bertugas di sekolah baru.. Walaupun diambang persaraan, aku percaya beliau sangat berpengalaman dan kepakaran yang ada pasti disalurkan demi kecemerlangan anak2 murid baru di sana. Selamat menjalankan tugas!!

Cuti sekolah pertengahan penggal pertama akan bermula 2-3 hari lagi..Masa untuk semak kembali kekurangan yang ada sepanjang 3 bulan pertama mengajar ni..


WASSALAM..




Friday, February 25, 2011

Musim Sukan


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,

Hari ini telah berlangsungnya pertandingan Hoki peringkat MSSD Kapit.. Seperti biasa sekolah aku terpilih sebagai penganjur pertandingan.. hanya 2 dari 3 daerah di Kapit sahaja yang mengambil bahagian..Daerah Song & Kapit.. Kali ini, aku ditugaskan oleh GB untuk menjadi AJK Logistik.. Bermakna segala persiapan tempat dan peralatan dibawah seliaan aku..Dibantu oleh pasukan Pengakap, TKRS, Tunas Puteri dan PBSM serta AKS tugasan ini dilaksanakan dengan baik dan lancar..

Cuaca yang tidaklah begitu panas merancakkan suasana pertandingan kali ini.. Perlawanan pertama menemukan pasukan lelaki dari daerah Kapit dan Song..Berat sebelah dari segi corak persembahan kerana pasukan Song lebih kerap menyerang sehingga di akhir tiupan wisel penamat,pasukan Song berjaya membenamkan juara bertahan tahun lalu, Kapit dengan jaringan 4-0.. terasa sungguh pemergiaan mantan jurulatih hoki Kapit , cikgu Azri yang telah berpindah ke Pulau Pinang...

Perlawanan kedua turut menemukan lawan dari daerah yang berjiran ini..Kali ini pasukan perempuan Kapit berjaya membalas dendam kekalahan pada tahun lalu dengan mengalahkan Song dengan jaringan 3 berbalas 1..(dah macam berita sukan surat khabar ni) hehehe..

Sebenarnya bukan isu sukan yang hendak diketengahkan..Aku sangat teruja dengan semangat murid2 yang membantu aku. Mereka ini bersungguh2 menyelesaikan tugas dengan baik..dengan senyuman dan rungutan yang minima..tenaga yang dikeluarkan bukannya sedikit..mengangkat kerusi panjang kantin, mengangkat meja, menjaga papan markah, membersihkan padang dan mengemas semula selepas acara berakhir..Dan, aku juga tidak terasa berat poket untuk membelanja mereka makan dan minum selepas itu..Mereka tersenyum menerima pemberian aku yang tak seberapa..dan yang terharu lagi, selepas makan dan minum mereka mengucapkan terima kasih..

Alangkah bagusnya andai ada 'segelintir' orang dewasa bersikap sebegitu lagi pada hari ini...

Jumpa Lagi...

p/s: mahu 'bersiar-siar' di bandar Sibu

Thursday, February 24, 2011

3 Purnama

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,

Pening juga kepala memikirkan tahap pencapaian murid2 tahun dua kelas linus pemulihan aku tahun ini..Sudah masuk bulan Mac, tahap penguasaan mereka terhadap nombor asas 1 hingga 10 sememangnya sangat menyedihkan..Adakah cara pengajaran yang salah atau ada sebab yang lain..yang pasti kena perti
ngkatkan kepelbagaian kaedah dan bahan bantu mengajar yang lebih efektif..

Sekarang ini musim sukan. Sekolah aku telah dijadikan pusat latihan untuk pasukan daerah K*pit sebab satu2nya sekolah yang ada padang dan gelanggang serbaguna.. 1 padang diwarnakan dengan pelbagai garisan untuk beberapa acara sukan. Menarik..Kekurangan padang disini menyebabk
an banyak jenis sukan tidak dijalankansecara efisyen..


Antara acara sukan yang dipertandingkan di padang sekolah saya

Karnival Sukan Dan Permainan ini akan dijalankan bermula hari ini sehinggalah 26 Februari 2011. Song, Belaga dan Kapit merupakan daerah2 yang akan bertanding da
lam Karnival ini..Dan saya juga terpilih menjadi pengadil untuk pertandingan bola baling pada 26hb..tapi saya akan menolaknya..sudah ada janji temu yang perlu diutamakan..Surat lantikan baru sahaja diterima pagi tadi..tak dapatlah membantu melancarkan pertandingan bola baling kali ini..Selalu sangat jadi bidan terjun..

Jumpa Lagi...


Saturday, February 19, 2011

Terjaga Semula

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,

Setelah lama blog ini dibiarkan bersawang, akhirnya saya kembali..Insya ALLAH kali ini, akan merajinkan diri..

Mood sekarang adalah melayan drama bers
iri Jepun, Gokusen 3..sememangnya sejak diperkenalkan oleh seorang rakan, saya jadi seronok menonton cerita seorang guru wanita mengajar anak2 murid lelakinya yang rata2 berada di kelas hujung dan nakal2 semuanya.. Menonton bukan sekadar untuk suka2..adakalanya mesej yang diutarakan memberikan ruang untuk kita yang dewasa ini berfikir.. Apa baik dan apa keburukannya..Saya suka melayan (kalau ada masa) drama Jepun..Korea saya tidak minat langsung...Entahlah mungkin, drama jepun lebih menyentuh ruang sensitiviti saya kot...

Selain drama Gokusen, Great Teacher Onizuka (GTO) antara drama jepun perihal tentang guru di sana suka saya tontoni berulang2 kali..Walaupun secara peribadinya watak dan perwatakan guru (watak utama) tidak mencerminkan etika sebenar, namun apa yang menariknya, guru tersebut sentiasa ada untuk murid2nya..tidak kiranya sama ada murid2nya suka atau tidak kepadanya, guru ini tetap mengaja
r dan melaksanakan tanggungjawab dengan baik..dan sebenarnya sejak menonton GTO ini pada tahun 2002 saya sudah mula menanamkan minat untuk menjadi guru..


Tidak kenal maka tidak cinta kan, syukur..perjalanan saya saya menjadi se
orang guru bermula dari tahun 2004..menjadi guru sandaran tidak terlatih memberi platform terbaik untuk saya mencapai cita2 baru ini..seterusnya 2007 setelah 3 kali mengambil Mtest diterima masuk ke IPGM Raja Melewar..dan 2008 ditempatkan disini sehinggalah ke hari ini..Alhamdulillah.. Saya suka mengimbas kembali sejarah2 lalu supaya saya sedar bahawa bukan mudah saya nak capai kerjaya ini..sejarah sentiasa ada untuk kita mengingati dan belajar menjadi lebih berkualiti dan berintegriti..

Jumpa lagi..Assalamualaikum...


Monday, August 30, 2010

Salam Kemerdekaan!!

Bicara itu tidak berhenti disitu,
Noktah itu tidak bisa tertitik disitu,
Laungan itu masih belum berakhir disitu,
Dan mereka masih lupa apa yang berlaku disitu,

Disini aku cuba berada disitu,
Disini aku cuba merapati detik disitu,
Disini aku cuba menghayati kenangan disitu,
Disini aku mencuba walau tiada disitu,

Namun apa yang berlaku disitu,
Seakan semakin dilupakan disaat ini,
Apa yang berlaku disitu,
Tidak seindah berlaku disaat ini,

Diluar lingkungan selesa,
Aku tersedar tidak seindah detik itu,
Diluar lingkungan itu,
Tiada semangat membara lonjakan sasa,
Diluar lingkungan itu,
Masih ramai layu lena nikmat seketika,
Dan diluar lingkungan selesa itu,
Kusut masih belum terurai,

Setiap apa yang berlaku disitu,
Akan aku cuba paksikan,
Akan cuba aku saksikan,
Akan aku wariskan,
Segalanya yang berlaku disitu,

Walau jauh detik masa disitu,
Melangkah aku meneruskan 'aspirasi' detik disitu,
Moga pewarisku sentiasa ingati saat disitu,
Moga kembali terjalin kental sejarah disitu,
Buat warisan disaat ini....

Semoga kemerdekaan ini terus berkekalan!! Al-fatihah kepada semua pejuang2 kemerdekaan sejak dahulu sehingga detik ini..!!





Saturday, August 14, 2010

Salam Ramadhan


Assalamualaikum WBT & Salam Perpaduan,

4 bulan lamanya blog ini tidak terusik..dibiarkan sepi sahaja..mungkin minat untuk menulis berkurangan sejak awal tahun ini..tapi walau apa pun, di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan...Semoga ramadhan kali ini lebih cemerlang dan berkualiti segala amalan dan ibadah yang kita laksanakan..

Tahun ini tahun ketiga berpuasa di Kapit..Alhamdulillah, walaupun ada sedikit janggal tapi tidak mengapa..semua itu adat..bila berada jauh diperantauan, kita akan sentiasa teringat kampung halaman..rindu dengan pelbagai perkara yang sudah menjadi kebiasaan dan amalan hidup di tempat sendiri..itu lumrah hidup.. Selamat Berpuasa..


Saturday, April 17, 2010

Terbit Akhirnya



Assalamualaikum WBT dan Salam Perpaduan,

Dalam merencanakan sesuatu tentatif atau program, perkara yang paling utama adalah disiplin dan semangat yang tinggi..tanpa 2 perkara ini apa yang cuba dirancang pasti akan menghadapi masalah dipertengahan..Perkara ini terjadi dalam kehidupan saya sekarang ini..Tapi alhamdulillah, setelah mencuba hampir sebulan akhirnya, kekuatan dalaman berjaya muncul sedikit demi sedikit..dan alhamdulillah juga, kemalasan yang saya kumpul sejak hari 1 Mac semakin berkurangan..

Perjalanan harian menjadi seorang cikgu ini bukan sesuatu yang mudah..Betul, semua jenis pekerjaan ada cabarannya yang tersendiri..sebagai cikgu, (walaupun bukan baru) setiap hari pada saya hari yang sangat berbeza2..terutamanya bila mengajar program pemulihan dan murid2 yang bukan menggunakan bahasa malaysia sebagai bahasa pengantar mereka.. melatih diri untuk menjadi lebih baik dari hari ke hari matlamat saya sekarang ini.. Proses kemenjadian murid2 ini sebagai insan yang mempunyai modal insan yang tinggi masih jauh lagi..

Harapan saya biarlah semangat ini terus membara..saya mengajar bukan kerana nak dapat APC ke anugerah ke (kalau dapat bonus), saya mengajar juga bukan sebelum ini saya tiada pekerjaan tetap...saya mengajar hari ini adalah kerana minat dan ALLAH memakbulkan hasrat saya, alhamdulillah ..dan saya tidak akan sia2 setiap detik menjadi cikgu..


WASSALAM

Friday, April 09, 2010

Menghilang...


Assalamualaikum WBT & Salam Perpaduan,
Sejak sebulan yang lalu, ada sesuatu yang menganggu kehidupan saya..Saya merasai kehilangan sesuatu dalam diri ini..sehinggakan rasa tidak begitu bersemangat menjalankan tugas2 saya disekolah..saya sedari sejak menjadi warden di sekolah, kehidupan saya semakin tidak terurus..terlalu memikirkan keadaan murid2 yang tinggal di asrama mungkin..kenapa ya? kemungkinan pertembungan budaya dan sosio budaya yang berbeza menyebabkan saya sedikit tertekan...

Saya memang suka melaksanakan tugas tapi biarlah dengan kerelaan hati..Pendek kata biarlah ikhlas..Permintaan menjadi warden ini adalah dari Guru Besar sendiri..hendak ditolak, GB meminta dengan penuh hormat..rasa bersalah untuk menolaknya.. Saya cuba sedaya upaya untuk menerima tentatif baru dalam kehidupan seharian saya..Namun setelah sebulan, bukan penerimaan yang positif saya terima tapi penolakan yang membuak2...tak tahu kenapa? Memang ada sesetengah pihak kata, senang sahaja jadi warden ini...buat je muka garang, serahkan sahaja kepada PPM (pengurusan asrama) tapi lebih senang dari berkata2 dari melaksanakan tugas ini..

Bukan nak mengatakan PPM tidak menjalankan tugas, tapi bila menyaksikan dengan mata sendiri bagaimana mereka mengendalikan kerja, timbul sedikit kehairan, takkan la melepaskan batuk ditangga sahaja..sedih melihat murid2 di asrama terabai..kebersihan, kekemasan diri, baju dan ketrampilan murid2 diabaikan oleh PPM..dan saya cuba sedaya upaya untuk mengubah kebiasaan murid2 ini dgn cara yang agak keras juga..tumpuan lebih kepada pemupukan disiplin dan kebersihan..

tapi kalau buat kerja berseorangan memang hasilnya tidak dapat sekelip mata..itu yang saya kesalkan dan hilang separuh semangat..bukan badan sahaja penat, otak pun letih memikirkan cara untuk murid2 ini berubah.. dan bila tumpukan kepada murid2 di asrama core business saya yang sebenar, terabai..
itu lah yang membuatkan saya cepat rasa bosan, malas dan tidak bersemangat..risau sebenarnya dengan diri sendiri..

semoga April ini memberikan kebangkitan semula kepada saya untuk membahagikan masa kepada 2 perkara utama...P&P dan pembentukan disiplin di asrama..doakan saya berjaya..berjaya untuk cari kerajinan yang menghilang sebulan yang lalu...
WASSALAM

Saturday, March 06, 2010

Warden Asrama?

Assalamualaikum WBT & Salam Perpaduan,

Mulai 1 Mac 2010 saya telah memulakan tugas sebagai warden asrama di sekolah..pengalaman baru..tugas baru..jumpa karenah manusia yang baru...

bersambung

Wednesday, January 20, 2010

Kau Teristimewa

Assalamualaikum WBT& Salam Perpaduan,

Ketika catatan ini dikarang, saya sedang duduk di restoran makanan segera di KLIA..jam baru 6.12pagi..mengantuknya mata saya..malam tadi sempat tidur 3 jam..jam 5 pagi saya dah berada dalam KLIA Ekspress dari KL Sentral..Sementara menanti penerbangan pulang ke Sibu ini, saya coretkan perjalanan kehidupan saya 3 hari yang lalu..

Pada mulanya memang saya tidak akan pulang melawat ayah yang akan menjalani pembedahan pada isnin 18.1.10 yang lalu..ayah yang pesan begitu..alasan ayah, dia akan selamat dan tidak mahu susahkan saya untuk pulang melawatnya..Saya berbelah bagi 2-3 hari sebelum hari pembedahan ayah..bercampur baur perasaan ini..saya kerap telefon emak untuk mengetahui perkembangan ayah..menerusi panggilan video, saya lihat ayah seperti biasa..senyum dan gagah..namun, hatinya siapalah yang tahu..sebak sangat saya masa tu..

Ahad, selepas magrib saya menelefon emak lagi..emak kata ayah akan jalani 2 dalam 1..By pass dan pembaikan injap.. kenyataan itu buatkan saya serba salah...doktor kata jantung ayah lemah tinggal 26% saja..lagipun ayah penghidap kencing manis..buat atau tidak, pembedahan ini risikonya 50-50.. dan malam itu juga saya bulatkan semangat untuk pulang ke Kuala Lumpur..

Perjalanan saya bermula seawal 730pagi..dan pada jam 330 petang saya selamat tiba di IJN.. emak terkejut dengan kehadiran saya..emak sangat risau menanti diruang menunggu pembedahan..saya harap kehadiran kami tiga beradik memberi kekuatan kepada emak..

Alhamdulillah jam 5 lebih ayah keluar dari bilik pembedahan dan ditempatkan di ICU..saya masuk bersama emak..ayah masih tidak sedar lagi..nafas ayah laju..pergh..tak sampai hati saya lihat wayar berselirat dan ayah masih dibantu dengan bantuan pernafasan..doktor kata tempoh 3 hari ini tempoh kritikal tapi doktor beri harapan pembedahan berjaya dan insya ALLAH dalam masa 3 hari ini kita berdoalah supaya ayah cepat pulih..

Semalam saya bersyukur sangat2..ayah dah sedar dan mampu memberi reaksi kehadiran kami sekeluarga..ayah sempat bertanya menerusi isyarat jari bila saya akan pulang ke kapit..muka dan tangan ayah masih bengkak..masih dibantu dengan bantuan pernafasan..nafasnya seperti laju..alhamdulillah..ayah ok..dia juga menunjukkan isyarat bagus..mungkin tidak mahu kami risau..harap emak pun akan lega sedikit..

Terima kasih kepada semua kawan diruang sembang sosial FACEBOOK dan rakan2 lain yang banyak memberi sokongan, mendoakan dan mengaminkan doa2 itu..sangat2 menghargai bantuan dan sokongan anda..Terima kasih juga kepada Puan Suraya (ERPD KPM) yang sudi melawat di IJN..pertama kali juga bersua dengan beliau setelah setahun lebih berkenalan..terima kasih puan..

Situasi di sekolah saya tidak tahu lagi..harap2 saya moga Guru Besar faham dengan situasi saya hadapi ini..murid2 mmg keutamaan saya namun, bila tiba bab keluarga dan melibatkan insan yang paling saya sayang, keutamaan itu berpindah kepada keluarga..kena ambil CRK pun tak kisah..Kasih sayang emak dan ayah mmg teristimewa dan tiada galang gantinya..


Wassalam..

Saturday, January 16, 2010

Rasa Itu...

Assalamualaikum WBT & Salam Perpaduan,

Minggu ke 2 persekolahan telah pun berlalu.. Alhamdulillah, semua berjalan dengan baik..Mesyuarat Kurikulum, HEM dan Panitia BM & Matematik juga diadakan setiap hari dari isnin hingga khamis lalu.. Tahun ini, rasanya akan ada barisan 'nazir' yang akan datang ke sekolah..pencapaian UPSR tidak menggalakkan..sekadar mencatat pencapaian 1.1% sahaja menjadikan peratus keseluruhannya 39%..Hmm, masih jauh dari sasaran.. bagus juga nazir datang..kalau boleh, ceraplah saya..agar saya tahu kelemahan saya..sekurang2nya saya tahu apa yang saya salah..apa yang saya kurang..apa yang saya kena perbaiki..apa yang perlu saya tingkatkan..ini perlu supaya saya tidak 'lalai' dan 'selesa' bukan pada tempatnya..

Tahun ini, setelah saya adakan ujian2 yang berkaitan dengan 2M ( membaca dan menulis) tahap TEGAR, Tahun 6 ada 12 orang murid yang belum menguasai, Tahun 5 ada 10 & Tahun 4 yang masih lemah ada 6 orang..ramainya..Murid tahun 2 untuk kelas pemulihan ( yang tidak lulus KIA2M) 17 orang. (satu kelas tahun 2D)...namun, saya bahagi dua dengan guru bahasa malaysia kelas.. Tahun 3 ada 8 orang..

Tahun ini saya merancang nak menyelitkan 2 orang murid tahap 2 dalam setiap sesi P&P saya, sekurang2nya murid2 tahap 2 ini yang masih ada tidak kenal huruf dapat membuat ayat2 mudah untuk menduduki UPSR tahun ini..Insya ALLAH, tahun ini saya akan lipat gandakan usaha dan kerajinan..lagipun saya masih bujang dan tiada masalah besar untuk saya melebihkan masa untuk murid2..cuma, masalah yang selalu hadir ialah MALAS...

Habis bab2 sekolah, semalam ayah telah dimasukkan ke wad di IJN..emak dan adik lelaki saya menghantar ke sana..Isnin ini, insya ALLAH ayah akan menjalani pembedahan di jantung..rasa terkilan juga berjauhan saat ini..ayah ada berpesan sebelum saya pulang ke kapit supaya tidak pulang melawatnya semasa dia operation sebab sekolah baru bermula..Hmm, berat juga..Saya sentiasa berdoa supaya ayah selamat..Walaupun saya dan ayah kurang 'berkomunikasi' sebab saya lebih rapat dengan emak, tapi saya rasa sangat 'sakit' tidak dapat buat apa2 disaat ayah sakit.. alhamdulillah, saya ada keluarga yang sangat mengambil berat antara satu sama lain..Kakak dan adik lelaki saya mampu laksanakan tanggungjawab dgn baik..saya hanya mampu berdoa dan memberikan semangat dari jauh..sebak ..

WASSALAM

Saturday, January 09, 2010

Seberapa Pantas

Assalamualaikum WBT dan Salam Perpaduan,

Sedar atau tidak sudah 9 hari kita berada di bulan Januari ini..cepat rasanya masa berputar..dan minggu pertama persekolahan sudah berlalu..tahun ini ada 42 minggu persekolahan..hmm, merancang yang terbaik dan melaksanakan perancangan dengan penuh bersistematik adalah intipati P&P aku pada tahun ini..Kadang2, rasa sangat ketinggalan cara saya mengajar..kadang2 rasa macam saya mengajar salah konsep je sebab murid2 saya masih di takuk lama..kadang2 rasa hebat juga la melihat prestasi murid2 saya meningkat dan melepasi ujian2 pelepasan..dan paling penting insya ALLAH, saya akan sentiasa ingat dan bersyukur kerana saya kini seorang guru..

Saya seperti entri2 dahulu selalu menyatakan bahawa, profesion perguruan ini bukanlah menjadi impian saya sejak kecil lagi..memang tidak terlintas dalam fikiran saya untuk menjadi guru..namun, semuanya telah berubah dengan hanya 1 panggilan dari Penolong Kanan 1 SMK Dato Abdul Rahman Yassin, Jb..terima kasih kepada Cikgu Ishak Md Nor (ketika itu) kerana memberi peluang kepada saya menjadi Guru Sandaran Tidak Terlatih pada tahun 2004..

Masa itu saya rasa bertuah kerana ada sekumpulan rakan kerja yang sangat baik, berhemah tinggi dan suka bantu membantu..seluruh warga SDARY dari pengetua sehinggalah ke staf bukan akademik bukan lagi saya anggap seperti rakan sekerja malah seperti keluarga rasanya..dan dari situ, penampilan dan ketrampilan guru2 yang berhemah ini membuat saya 'jatuh cinta' terus kepada profesion ini..

Budaya kerja dan situasi semasa saya di SDARY menyebabkan saya seronok berkhidmat dan seterusnya setiap hari saya ke sekolah mengajar dengan perasaan sangat gembira..kegembiraan ini saya kongsi dengan anak2 murid saya..saya pastikan setiap anak murid saya ketika itu juga akan berasa gembira ke sekolah..terutamanya ketika mengajar mata pelajaran sejarah..walaupun ramai yang berkata, sejarah merupakan satu subjek yang membosankan, namun saya cuba terapkan yang terbaik supaya anak murid saya tidak buta sejarah negara..

Saya jadi jurulatih bola baling sekolah..memang seronok juga kalau berjaya membawa murid2 yang bermasalah disiplin ke dalam padang lantas secara tidak mereka sedari, mereka telah dilatih berdisiplin..yang merokok terus meninggalkan tabiat merokok..yang tidak hormat guru akan lebih memperbaiki sahsiah dan yang tidak terurus penampilan akan lebih berketrampilan positif..semua itu telah berjaya saya laksanakan dengan bantuan guru2 secara berperingkat2 dan kerana perasaan seronok itulah pasukan bola baling kami bawah 18tahun berjaya menduduki tempat ke 4 MSSM Daerah JB tahun 2005..dan bawah 15 menjadi naib johan MSSM Daerah JB 2006..

Ogos 2006, saya meninggalkan sebentar profesion ini kerana bertukar bidang kerja..Logistic Planner di sebuah syarikat bumiputera di Masai.. saya sempat berkhidmat selama 2 bulan sahaja..hehehe..bukan saya lari atau berhenti suka2..saya mendapat tawaran berkhidmat di Perod*u sebagai PARTS EXECUTIVE..masuklah saya bertugas November 2006..pun semasa dah bekerja dengan gaji yang lumayan saya sentiasa berdoa agar saya akan kembali ke sekolah semula..

Alhamdulillah saya mendapat tawaran KPLI pada jun 2007..dan setahun di IPRM saya ditempatkan di sini..Kapit, Sarawak..dan sehingga ke hari ini kecintaan saya masih menebal..cuma budaya kerja di sini amat berbeza dengan di SDARY..jadi adakalanya saya sedikit tergelincir..adakalanya saya sedikit marah dan adakalanya saya menjadi sangat bersemangat..saya gusar ketidakstabilan seperti ini akan mengganggu misi saya.. dan saya sentiasa laparkan pengalaman2 baru dan pedoman2 lama seperti cikgu ateh dan pn suraya..agar jalan saya tidak bengkok dan syok sendiri..

WASSALAM..

Monday, December 21, 2009

Majlis Perkahwinan


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,

Semalam hari yang sibuk bagi saya..Seawal jam 6pagi saya telah keluar rumah mengambil rakan2 serumah di kapit dari Kedah dan Terengganu yang turun ke JB sempena Majlis Perkahwinan Samsol..Mula2 Wan sampai..selepas itu jam 7 Aswad dan akhir sekali Amran jam 10pagi..Semua kawan2, saya tempatkan di sebuah hotel di Jalan Meldrum..hotel itu sahaja yang membenarkan pelanggan masuk awal..hotel lain mengikut waktu standard jam 2petang..

Jam 1.30 petang, perjalanan menuju ke Felda Air Tawar 1 bermula..ambil masa 1 jam jugalah dari JB nak kesana..sampai2 je, pengantin baru je tiba..sempat juga kami menonton persembahan zapin..sangat menarik sebab selalunya hanya ada acara silat saja..tapi kali ini untuk kali pertama saya melihat persembahan zapin di majlis perkahwinan..Wan, Amran dan Aswad begitu teruja..teruja lihat zapin atau penari? sendiri mahu ingatlah..hehehe...

Ramai juga rakan2 semaktab yang hadir..ada Fauzi & Nen, Faizal, Sid & Zawi (ini muka2 biasa)...hehehe..Sementara menunggu pengantin makan dan melayan tetamu, kami berborak sakan..bukan selalu dapat berjumpakan..kalau tak majlis perkahwinan jumpa masa cuti sekolah saja..

Pulang dari rumah Samsol, saya membawa rakan2 serumah ke Jusco Tebrau..pergh..hampir 3 jam juga disini..mereka pulun window shopping..Kemudian menuju ke destinasi terakhir malam itu..Danga Bay.. Saya pun jarang2 juga ke Danga Bay..banyak perubahan juga..sekarang sudah ada zoo danga bay..siap bergambar dgn harimau tu..pergh, seram juga..dah la besar..hehehehe

Hari ini, nak pusing mana tak tau..hehehe...


WASALLAM..

Sunday, December 20, 2009

Nostalgia

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,

Pertengahan tahun 1996 hinggalah tahun 1997, kawasan ini sering menjadi tempat kunjungan saya..Jalan Meldrum, Jalan Wong Ah Fook & Jalan Trus di Johor Bahru..Setiap hujung minggu saya pasti melalui lorong2 belakang di Jalan Meldrum membeli komik ALAM PERWIRA dan menikmati sarapan pagi di restoran Mamak disana..kenapa saya ke sana? saya ada mengikuti kelas tuisyen di pusat tuisyen di kawasan ini.. sebelum kelas bermula, saya akan pastikan membaca komik kegemaran sambil makan nasi lemak dan teh tarik..Komik ALAM PERWIRA adalah antara bahan bacaan yang tidak saya pernah tinggalkan walaupun 1 isu pun..begitu 'taksub' ketika itu dengan komik..

Itu cerita 13 belas tahun dahulu, semalam saya kembali berkesempatan menyusuri sekali lagi Jalan Meldrum di waktu malam,,,wah, perubahan dan perubahan..cantik dan lebih kemas...Walaupun saya tidak tahu lagi samada kawasan ini masih lagi 'kawasan panas' untuk kegiatan yang tidak bermoral seperti dulu, namun ada sedikit kekaguman.. sekurang2nya keprihatinan PBT memperindahkan kawasan ini dapat juga menutup 'kegelapan' yang pernah wujud sejak dulu lagi...

Jalan Segget di waktu malam pun sudah ada aktiviti perniagaan dinamakan Bazar JB..Lebih tersusun dan rasanya jadi tumpuan warga bandaraya jugalah.. Cuma, pagi tadi ketika menjemput Wan dan menghantarnya ke hotel di Jalan Meldrum, ada ternampak jugalah kegiatan 'mak nyah' di sekitar Jalan Trus..

Apa2pun JB tidak seperti dahulu lagi...


WASSALAM...

Friday, December 18, 2009

SALAM MAAL HIJRAH

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,

Lama sudah saya tidak mencoretkan apa2 dalam blog ini..Nak katakan bercuti, mungkin ia..nak katakan mahu menutup blog ini pun iya juga..Hmm, sedar tidak sedar masa berlalu dengan sangat pantas..

Kepada kawan2 pembaca blog ini, saya telah kembali menulis..salah satu sasaran untuk tahun baru..

Apa2 kepada semua selamat menyambut Maal Hijrah..Semoga tahun ini membuka lembaran baru dengan semangat kental dan patriotisme yang tinggi kearah pembentukan jati diri yang unggul..

Cuti sekolah pun bakal berakhir tidak lama lagi..banyak persiapan yang perlu dilaksanakan bagi melicinkan minggu awal persekolahan..

Selamat Berjaya kepada diri sendiri...

WASSALAM..


Friday, August 14, 2009

Hari itu..1 Ogos


Saya, Cikgu Sharil, Ainul Mardiah(Baby), Cikgu Aswad, Cikgu Samsol, Cikgu Zaidi & Cikgu Zajib

Assalamualaikum & Salam Perpaduan,

Apa khabar semua? Moga semuanya sihat sejahtera dan dibawah rahmat ALLAH SWT..mood untuk menulis sejak beberapa bulan ini sangatlah tidak menentu..semakin sibuk di sekolah..

Alhamdulillah sekolah saya masih selamat dari serangan virus influeza A H1N1 walaupun ramai murid2 disini yang jatuh sakit seperti demam, selsema dan batuk..minggu lepas dan minggu ini saja hampir 30 orang murid yang tinggal di asrama mengalami simptom2 tapi semuanya telah dikuarantin..Cuaca yang panas akibat kemarau yang panjang dan ditambah dengan keadaan yang berjerebu memburukkan keadaan.. Pembakaran terbuka masih berlaku disana sini kerana sekarang ini juga musim menanam padi huma..habis semua bukit2 di bahagian ini digondolkan dan dibakar.. Selasa lalu, semak di kawasan bersebelahan sekolah saya terbakar hangus semuanya..kurang kesedaran sivik segelintir insan manusia di kawasan ini.. tambah la lagi bau2 an yang menyesakkan paru2..

Alhamdulillah, malam tadi hujan turun dengan lebat..rahmat..syukur...

1 Ogos lalu, saya dan beberapa rakan yang sama2 ditempatkan mengajar di Kapit ini bersama2 mengadakan sedikit kenduri kesyukuran dengan menjemput rakan2 guru sekolah masing2 bersempena genap setahun kami mengajar di Kapit.. Syukur kami diberikan kelapangan dan kesihatan yang baik untuk terus memikul tanggungjawab ini..mari kita layan gambar2 ya..

WASSALAM..


Kawan2 guru yang hadir bersama keluarga..seronoknya ramai datang

saya dan Aswad (hensem tak?)



Cikgu Amran, Cikgu Wan & Cikgu Zaidi

Kawan2 guru lelaki yang hadir,.


Cikgu Hani (baju pink), Cikgu Zila, Cikgu Nabila & Cikgu Ina

Cikgu Najmi, Cikgu Zaidi, Cikgu Azhar & Cikgu Aswad

Tetuan Rumah...


Cikgu Yatt & Cikgu Zai (pink)

Cikgu Lan,Fizan, Cikgu Amran & Firdaus

Cikgu Amran @ chirstiano ronaldo (ada sama ka?)

Ustaz Shuhaimi & Ustaz Zam

Cikgu Samsol @Acol

Cikgu Hardy, Cikgu Azhar, Cikgu Ezani & Cikgu Lan


Cikgu Rozi- Mengajar Pedalaman 3..Kalau keluar pekan naik perahu 5jam..hebat..

Thursday, July 30, 2009

365 Semakin Hampir


Assalamualaikum WBT & Salam Perpaduan,

Masa berlalu sangat2 pantas.. Sedar tidak sedar lagi 2 hari ,365 hari saya secara rasminya menjadi guru..setahun yang sangat mengajar saya satu lagi demensi tentang kehidupan di muka bumi ALLAH ini.. Alhamdulillah, segala nikmat dan rezeki yang telah dikurniakan ini..Doakan saya terus tabah dan bersemangat 'berkhidmat' di sini..Insya ALLAH...

kepada rakan2 seperjuangan yang satu 'batch' dengan saya, selamat menyambut ulangtahun pertama menjadi guru..walau dimana jua anda berada, kekalkan keazaman dan jangan mudah alpa..


Ukhwah yang terbina persis sekuntum bunga
meski pun kini kita terpisah demi kasih-Nya
namun cebisan kenangan kita
sentiasa bermain di bayangan mata
detik waktu yg berlalu
menjadi memori kau dan aku

Sewaktu kita bersama saling setia menimba ilmu
tanpa mengenal erti penat jemu
ingatkah kau lagi
kita bersama memijak onak duri
ditanah gersang mengutip semangat suci
kini segalanya tersurat dalam sanubari

bersabarlah dengan ketetentuan-Nya
ada rahmat yg tersembunyi
bertemu berpisah kerana Allah
lumrah kehidupan insan beriman
moga saat nan indah
ku harap berulang lagi

(Cebisan Kenangan-Ammar)